Skip to content

Dini Schatzmann

“SAYA SUDAH SEDIA UNTUK BERKELUARGA.” – DINI SCHATZMANN, GLAM LELAKI NOVEMBER 2023

Kongsikan artikel ini

Untuk edisi digital November 2023, GLAM Lelaki mempersembahkan pelakon kacak, Dini Schatzmann yang baharu sahaja melangkah ke fasa baharu sebagai suami kepada Janna Nick.

Muhamad Dini Bin Azan Schatzmann atau lebih dikenali sebagai Dini Schatzmann bukanlah nama baharu dalam industri seni negara. Jejaka berusia 29 tahun itu mula menjadi bulan peminat selepas membintangi drama “Cik Reen & Encik Ngok Ngek” sebagai taruhan pertamanya sebagai pelakon pada 2018. Dini yang mempunyai darah campurah Melayu-Switzerland baharu memulakan langkahan sebagai pasangan hidup kepada Janna Nick.

Dini kini sedang giat mencipta nama sebagai hero dan pemain seni dalam industri hiburan tempatan. Pemenang trofi Artis Baharu MeleTOP di Anugerah MeleTOP ERA 2021 itu sibuk dalam proses penggambaran siri drama “Kau & Aku” untuk musim kedua. Pemilik ijazah dalam jurusan kejuruteraan itu juga sudah bersedia untuk membesarkan keluarga sejak mendirikan bahtera perkahwinan pada 10 Jun 2023.

Tommy Hilfiger Malaysia

Baju panas cetak, kemeja genggang & seluar chino, Tommy Hilfiger

 

GLAM Lelaki berkesempatan untuk menemu bual bersama Dini Schatzmann mengenai fasa kehidupan baharunya untuk edisi digital November 2023:

1. Dini Schatzmann dalam 3 patah perkataan.

Positif, good listener dan calm.

 

2. Perkara yang ramai tidak tahu mengenai Dini.

Ignorant in a good way. Saya tidak membenarkan orang lain untuk mempengaruhi diri saya.

 

3. Apakah perkembangan terkini anda?

Sekarang, saya sedang sibuk dengan penggambaran siri drama ‘Kau vs Aku” untuk musim kedua.

 

4. Apakah projek seterusnya untuk Dini?

Saya kini fokus dalam syarikat produksi kami.

 

5. Siapakah idola atau ikon anda dalam industri lakonan?

Saya sangat mengagumi bakat milik pelakon versatil, Jim Carrey.

 

 

6. Bagaimana Dini bermula dalam industri?

Ibu saya yang mula memperkenalkan diri saya kepada industri hiburan tempatan.

 

7. Jika anda mempunyai kuasa, apakah perkara yang anda mahu memperbaiki dalam industri seni Malaysia?

Saya mahu memperbaiki diri saya sendiri terlebih dahulu. Sebelum mahu memperbaiki industri hiburan. Saya lebih banyak fokus pada diri saya sekarang.

 

8. Apakah intipati maskuliniti dalam dunia moden hari ini?

Seorang lelaki yang mengikuti sunnah Rasullulah SAW dalam kehidupannya.

 

9. Stigma tentang lelaki yang anda mahu ubah?

Tidak salah untuk lelaki menjadi house husband. Jika anda bagus dalam menguruskan perihal rumah tangga, and it works for your relationship. Ia bukan sesuatu yang memalukan.

 

10. Sejak bergelar suami, apakah perbezaan yang paling ketara berubah dalam kehidupan harian anda?

Hari-hari kena sabar hahahahhaha.

 

Dini Schatzmann

Baju multi-warna & seluar denim, Tommy Hilfiger

 

11. Apakah perkara yang anda belajar atau kagumi mengenai Janna Nick?

Janna Nick adalah seorang yang sangat baik hati, mentally strong dan dia sentiasa meletakkan keluarga sebagai keutamaannya. Dia adalah seorang isteri yang terbaik dan tidak menimbulkan sebarang masalah. I am so lucky to have her!

 

12. Ada perancangan untuk membesarkan keluarga selepas ini?

Kalau ada rezeki, insya-Allah. Saya sudah sedia untuk berkeluarga.

 

13. Dini adalah seorang pelakon, hos, model dan banyak lagi. Bagaimana anda membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga?

Saya sentiasa meletakkan keluarga sebagai keutamaan. Dan kerjaya saya datang kemudian.

 

14. Dini juga seorang yang aktif. Apakah rutin senaman dan pemakanan yang diamalkan oleh anda?

Sentiasa bergeak. Saya cuba untuk bersenam setiap hari walaupun hanya untuk jangka masa yang pendek. Amalkan keseimbangan dalam pemakanan, dan saya cuba untuk mengelakkan minuman yang manis.

 

15. Kongsikan nasihat anda buat generasi baharu yang mahu memulakan karier dalam industri seni tempatan?

Sentiasa jujur dan menjadi diri anda yang sebenar. Dan fokus untuk menjadi seorang yang baik hati dan senitasa positif.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

 

16. What’s next for Dini Schatzmann?

Saya mahu mempunyai my little family insya-Allah.

 

17. Apakah impian dan harapan anda sebelum mencapai usia 30 tahun?

Saya hanya mahu terus berasa gembira.

 

Koleksi pakaian dan aksesori terbaharu daripada Tommy Hilfiger boleh didapati di semua stor fizikal dan stor atas talian di sini. 

 

Pengarah Kreatif @aizataidid Editor @muzammin Pengarah Seni @ayoi.arif Pereka Grafik @hil.pele Grooming @tiarzainal Gambar Aaron Lee @lensworks_production Video @th3littleproductions@leon_kangkang Pelatih Amali Zahirah Zulkhairi & Ronald Henry Outfit @tommyhilfiger

 

Baca lebih lanjut: THE OTHER SIDE OF FATTAH AMIN – GLAM LELAKI SEPTEMBER 2023

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Tommy Hilfiger Malaysia

TOMMY HILFIGER MERAIKAN KOLEKSI FALL 2023 BERSAMA FOURTH NATTAWAT, GEMINI NORAWIT DAN NANI HIRUNKIT

Bacaan Lanjut

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG OKTOBER 2023

Bacaan Lanjut
NOH SALLEH KEMBALI MEMEGANG STATUS SUAMI

NOH SALLEH KEMBALI MEMEGANG STATUS SUAMI

Bacaan Lanjut
NOH SALLEH KEMBALI BERGELAR SUAMI SEPTEMBER INI

NOH SALLEH KEMBALI BERGELAR SUAMI SEPTEMBER INI

Bacaan Lanjut
2 PUNCA PERCERAIAN PM KANADA, JUSTIN TRUDEAU YANG MENJADI SPEKULASI DI MEDIA SOSIAL

2 PUNCA PERCERAIAN PM KANADA, JUSTIN TRUDEAU YANG MENJADI SPEKULASI DI MEDIA SOSIAL

Bacaan Lanjut
MICHELLE YEOH & JEAN TODT TERIMA PEMBERIAN UNIK SEBAGAI HADIAH PERKAHWINAN

MICHELLE YEOH & JEAN TODT TERIMA PEMBERIAN UNIK SEBAGAI HADIAH PERKAHWINAN

Bacaan Lanjut