Skip to content

LEE SEUNG GI BAKAL BERGELAR BAPA

LEE SEUNG GI BAKAL BERGELAR BAPA

Kongsikan artikel ini

Pasangan popular Korea, Lee Seung Gi dan Lee Da In dikhabarkan bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi.

Berita gembira itu didedahkan pihak media pada hari Rabu. Agensi pengurusan milik Lee Seung Gi, Human Made mengesahkannya tidak lama kemudian. Lee Da In dijangka bersalin pada Februari 2024.

“Lee Seung Gi dan Lee Da In bakal menimang anak pertama pada tahun hadapan. Kami berharap anda mendoakan yang terbaik buat pasangan ini,” menurut kenyataan.

Agensi pengurusan Lee Da In, 9Ato Entertainment turut berkongsi khabar gembira itu bersama peminat. Mereka memaklumkan aktres berusia 31 tahun itu telah memperlahankan kerjaya seni untuk memberi fokus pada kehamilannya yang kini memasuki trimester kedua.

Walaupun jantina kandungan tidak didedahkan, pasangan itu dilaporkan bakal menimang seorang puteri.

Lee Da In dan Lee Seung Gi Disatukan Sebagai Suami Isteri

Selepas setahun menjalin hubungan, pasangan ini mendedahkan percintaan mereka kepada umum pada Mei 2021. Menurut 9Ato Entertainment, mereka bertemu satu sama lain sebagai rakan sekerja sebelum menjadi rapat kerana mempunyai minat sama dalam sukan golf.

Tanggal 7 April 2023, mereka mengikat tali perkahwinan dalam sebuah majlis tertutup. Acara yang hanya dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat itu berlangsung gemilang di Grand InterContinental Seoul Parnas Hotel, Seoul.

 Lee Seung Gi Lee Da In

Foto: Metro.Style

Rakan selebriti yang hadir memeriahkan majlis termasuk Lee Dong Wook, Cha Eun Woo, Jay Park, Yoo Yein Seok dan Bae Suzy. Bintang Running Man, Yoo Jae Seok dipilih sebagai pengacara majlis.

Lee Da In tampil persis bidadari dalam tiga gaun mewah, dua daripadanya adalah rekaan Pnina Tornai dan Muse by Berta. Aktor berusia 36 tahun itu turut menggayakan dua tuksedo berbeza warna iaitu hitam dan putih.

Foto: Instagram

 

Foto: Getty Images

Pautan berkaitan: BINTANG VAGABOND, LEE SEUNG GI DEDAH ISU KESIHATAN MENTAL YANG DIALAMI

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

BINTANG KOREA, LEE MIN KI TAWAN PUNCAK GUNUNG KINABALU

BINTANG KOREA, LEE MIN KI TAWAN PUNCAK GUNUNG KINABALU

Bacaan Lanjut
RANVEER SINGH & DEEPIKA PADUKONE BAKAL TIMANG CAHAYA MATA SULUNG

RANVEER SINGH & DEEPIKA PADUKONE BAKAL TIMANG ANAK SULUNG

Bacaan Lanjut
LEE SEUNG GI KINI BERGELAR BAPA

LEE SEUNG GI KINI BERGELAR BAPA

Bacaan Lanjut
10 FAKTA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU TENTANG AKTOR KOREA-AMERIKA, CHARLES MELTON

10 FAKTA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU TENTANG AKTOR KOREA-AMERIKA, CHARLES MELTON

Bacaan Lanjut

JI CHANG-WOOK MELANCARKAN PEMBUKAAN BUTIK RADO DI KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut
ROBERT PATTINSON BAKAL TIMANG CAHAYA MATA PERTAMA

ROBERT PATTINSON BAKAL TIMANG CAHAYA MATA PERTAMA

Bacaan Lanjut