Skip to content

BINTANG KOREA, LEE MIN KI TAWAN PUNCAK GUNUNG KINABALU

BINTANG KOREA, LEE MIN KI TAWAN PUNCAK GUNUNG KINABALU

Kongsikan artikel ini

Aktor, penyanyi dan model popular Korea, Lee Min Ki memberi kejutan apabila berkongsi fotonya di puncak Gunung Kinabalu, Sabah.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik baru-baru ini, dia berkongsi beberapa foto termasuk sebuah video mengenai kejayaan itu. Dalam salah satu foto, Lee Min Ki dilihat memegang satu papan tanda yang tertulis ‘Kinabalu Park World Heritage (Low’s Peak – 4,095.2 M, Mt. Kinabalu)’.

Gunung Kinabalu merupakan puncak tertinggi di Borneo dan gunung tertinggi antara Himalaya dan New Guinea. Ia mendapat namanya daripada perkataan Kadazandusun ‘Aki Nabalu’ yang bermaksud ‘tempat dihormati bagi orang telah mati’.

Lee Min Ki tawan gunung kinabalu

Tidak dipastikan bilakah aktor berusia 39 tahun ini memasuki Malaysia namun kemuculannya di Sabah mengundang keterujaan peminat. Malah ada yang mendakwa terserempak dengan pelakon itu sewaktu bersarapan pagi.

Kedatangan Lee Min Ki Ke Sabah Dirai

Sehingga kini perkongsian itu telah mendapat lebih 88,000 tanda suka daripada peminat. Video yang dimuat naik pula meraih lebih 120,000 tanda suka. Ramai mengalu-alukan kedatangannya ke Sabah dan sempat meluahkan kegembiraan mereka di ruangan komen.

“Tahniah Min Ki. Selamat datang ke gunung tertinggi Malaysia. Saya sangat berbangga dengan anda.”

“Syabas Min Ki. Anda pasti akan tersenarai dalam buku rekod kami sebagai bintang K-Pop pertama yang menawan Gunung Kinabalu.”

“Terasa indah hari ini apabila dikejutkan dengan perkongsian aktor Korea kesayangan saya tentang pendakiannya di Gunung Kinabalu, Malaysia,” tulis beberapa peminat.

Lee Min Ki mencipta nama dalam industri hiburan Korea pada 2005 menerusi drama sukan Taereung National Village. Sejak itu dia membintangi banyak siri antaranya Love Truly, Because This Is My First Life, Beauty Inside dan What’s Wrong With Secretary Kim. Barisan filem hebat lakonannya termasuk Tidal Wave, Quick, Spellbound dan Very Ordinary Couple.

 

Foto: X

Pautan berkaitan: BARISAN ARTIS KOREA YANG MENYUMBANG KEPADA MANGSA GEMPA BUMI TURKIYE & SYRIA

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

10 FAKTA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU TENTANG AKTOR KOREA-AMERIKA, CHARLES MELTON

10 FAKTA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU TENTANG AKTOR KOREA-AMERIKA, CHARLES MELTON

Bacaan Lanjut

JI CHANG-WOOK MELANCARKAN PEMBUKAAN BUTIK RADO DI KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut
LEE SEUNG GI BAKAL BERGELAR BAPA

LEE SEUNG GI BAKAL BERGELAR BAPA

Bacaan Lanjut
G-DRAGON BUAT KEMUNCULAN SEMULA DALAM INDUSTRI MUZIK

G-DRAGON BIGBANG TERLIBAT DALAM SKANDAL DADAH?

Bacaan Lanjut
KENALI LEE JUNG HA, AKTOR SIRI MOVING YANG SEMAKIN DIMINATI

KENALI LEE JUNG HA, AKTOR SIRI MOVING YANG SEMAKIN DIMINATI

Bacaan Lanjut
PARK SEO JOON ULAS GOSIP PERCINTAAN DENGAN BINTANG YOUTUBE, XOOOS

PARK SEO JOON ULAS GOSIP PERCINTAAN DENGAN BINTANG YOUTUBE, XOOOS

Bacaan Lanjut