Skip to content

JI CHANG-WOOK MELANCARKAN PEMBUKAAN BUTIK RADO DI KUALA LUMPUR

Kongsikan artikel ini

Bintang Korea Selatan, Ji Chang-wook yang juga merupakan duta Rado terbang ke Kuala Lumpur untuk merasmikan pembukaan butik terbaharu di Pavilion KL.

Kuala Lumpur sekali lagi digegarkan dengan ribuan peminat yang menantikan kehadiran bintang Korea Selatan ke ibu kota. Bersempena dengan pembukaan butik terbaharu Rado, Ji Chang-wook membuat kemunculan eksklusif ke Pavilion Kuala Lumpur. Lebih istimewa, acara ini merupakan yang pertama di luar negara dihadiri oleh bintang Korea Selatan itu selepas dilantik selaku duta Rado pada awal tahun ini.

ji chang-wook

Bersama CEO Rado iaitu Adrian Bosshard, Ji Chang-wook menerima laungan selamat datang yang cukup meriah daripada ribuan peminat yang berkumpul di sekitar Pavilion KL. Ramai yang sudah menunggu aktor kegemaran mereka sejak awal pagi lagi.

Bermula pada jam 3 petang, Ji Chang-wook dan Adrian Bosshard berjalan atas karpet merah yang menerima lauangan yang cukup kuat. Mereka berjalan sepanjang karpet merah ke pentas utama di Centre Court untuk memulakan acara perasmian butik terbaharu Jenama jam tangan popular Swiss. Ketika memberikan ucapan pelancaran, Adrian Bosshard memperkenalkan jam tangan Rado DiaStar Original bersama bezel CeramosTM yang hadir dalam warna kuning keemasan buat julung kali.

ji chang wook Malaysia

 

Ji Chang-wook dan Rado DiaStar Original Pertama di Dunia

Aktor Korea Selatan itu dipersembahkan dengan jam tangan Rado DiaStar Original terbaharu yang telah mencipta sejarah tersendiri. Secara rasminya dia merupakan pemilik pertama jam tangan DiaStar Original dalam warna kuning keemasan di dunia. Jam tangan ini telah dilancarkan pada 1972, dan terus menjadi kegemaran peminat horologi.

ji chang book rado

“Kita semua tahu ia akan menjadi sebuah acara yang hebat, tetapi saya tidak merasakan kita semua sedar berapa ramai yang akan datang. Semua orang di Kuala Lumpur telah memberikan sambutan selamat datang yang mengagumkan dan saya tidak sabar untuk kembali ke sini apabila saya mempunyai masa nanti. By the way, it was such a pleasure to be here with Adrian and the entire Rado team. I love the new watch!” kata Ji Chang-wook ketika cara pelancaran di Pavilion KL.

Selepas acara pelancaran di Centre Court, Ji Chang-wook dan Adrian Bosshard berjalan ke butik Rado untuk acara memotong reben. Ruang hadapan butik tersebut dipenuhi dengan kehadiran tetamu jemputan, media dan peminat yang terus memberikan laungan kuat sepanjang acara.

rado Malaysia

Butik Rado terbaharu ini memiliki keluasan lantai sebesar 94 meter persegi dan menampilkan konsep Shades of Time. Antara tarikan utama butik terbaharu ini adalah kaunter pengalaman seramik yang pertama di Malaysia. Di sini, pengunjung akan diperkenalkan dengan material signature yang sinonim dengan jenama. Butik ini memberikan pilihan kepada seleksi jam tangan yang popular daripada Rado. Ia turut merefleksikan desain penuh legenda dan status Rado sebagai Master of Materials.

Pelakon berbakat dari Korea Selatan itu mempunyai karier lakonan yang cukup berjaya. Selian di atas pentas muzikal, dia terus mewarnai industri dengan watak-watak yang digemari dalam siri televisyen dan filem sejak 2010. Dia juga telah memenangi pelbagai anugerah seperti APAN Global Star Award, Asia Artist Awards, dan KBS Drama Awards.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

 

Foto: Rado Malaysia

Baca lebih lanjut: MENGUASAI POLE POSITION BERSAMA JAZEMAN JAAFAR DAN JAM TANGAN BREITLING AVENGER

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Franck Muller Malaysia

TIGA EKSPRESI MASA JAM TANGAN FRANCK MULLER LONG ISLAND EVOLUTION TERBAHARU

Bacaan Lanjut
BINTANG KOREA, LEE MIN KI TAWAN PUNCAK GUNUNG KINABALU

BINTANG KOREA, LEE MIN KI TAWAN PUNCAK GUNUNG KINABALU

Bacaan Lanjut
Coach Malaysia

COACH LANCAR INSTALASI IMERSIF RAMADAN DI PAVILION KL

Bacaan Lanjut
omega apollo 8

MISI HOROLOGI ANGKASA JAM TANGAN OMEGA SPEEDMASTER

Bacaan Lanjut
Milan fashion week 2024

25 GAYA MENSWEAR SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI MILAN FASHION WEEK 2024

Bacaan Lanjut
Sisley Malaysia

SISLEY BUKA STOR FLAGSHIP PERTAMA DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut