Skip to content

Hugo Malaysia

ACARA EKSKLUSIF PERSEMBAHAN KOLEKSI TERBAHARU HUGO BERSAMA GLAM LELAKI

Kongsikan artikel ini

GLAM Lelaki dan HUGO mengadakan sebuah acara ekslusif yang dihadiri oleh barisan selebriti, artis seni, penari profesional dan bintang media sosial di butik HUGO LaLaport BBCC.

HUGO adalah sebuah label fesyen yang sinonim dengan muzik, seni, budaya pop dan juga gaya jalanan. Dalam mempersembahkan koleksi terbaharu, GLAM Lelaki mengadakan sebuah acara yang dihadiri oleh barisan selebriti, artis seni, penari profesional dan bintang media sosial. Kolaborasi eksklusif dengan sesi styling ini diadakan di butik HUGO LaLaport BBCC.

Hugo Malaysia

Dari barisan penyanyi kepada artis seni, serta penari professional dan juga bintang media sosial, tetamu jemputan terdiri daripada variasi latar kerjaya yang pelbagai. Untuk acara eksklusif ini, GLAM Lelaki turut menjemput tiga bintang utama iaitu penyanyi berbakat, Yonnyboii; penyanyi jelita, Sophia Liana; serta penari professional, Khenobu.

yonnyboii

GLAM Lelaki turut menjemput barisan tetamu yang bergaya untuk memeriahkan lagi acara. Antara selebriti yang hadir termasuklah Fazziq Muqris, Arif Kamarudin daripada Midnight Fusic, Zamaera, Mer Nash, dan Zizi Kirana. Juga Fiza Thomas, Asyraf Nasir, Rizal Rasid, Killa Driz, Zareef Sein dan SYA.

Selain itu, artis seni, Haris Rashid; penari prefisional, Tmfaris; dan model jelita, Natalie Prabha antara yang hadir. Tidak dilupakan, barisan bintang media sosial seperti Gajen Chandra, Iyzdham, Joe Shiang, Jason Tan, dan Leslie Png.

 

Sesi Styling Eksklusif Bersama HUGO

Bersempena dengan acara kolaborasi pertama ini, sebuah sesi styling diadakan dalam memperkenalkan koleksi musim luruh/sejuk 2023 terbaharu. Sesi styling ini diterajui oleh Editor GLAM Lelaki, Muzammin Muzlan yang menampilkan tiga bintang utama acara iaitu Yonnyboii, Sophia Liana dan Khenobu yang bergaya dalam koleksi terbahahru daripada HUGO.

Yonnyboii memakai baju hoodie yang menggunakan cetak HUGO daripada koleksi Monogram terbaharu. Ia digayakan bersama gilet serta seluar pendek dengan logo inspirasi seni graffiti daripada koleksi yang turut diperkenalkan musim ini.

Sophia Liana memadankan baju panas istimewa daripada koleksi Toile De Jouy terbaharu. Ia menampilkan cetak ikonik Perancis kurun ke-18 yang sofistikated, dibiaskan dengan energi moden GEN HUGO.

Khenobu menggayakan baju hoodie dan seluar jogger dalam ton coklat pastel yang sepadan. Kali ini, ia menampilkan logo HUGO dengan elevasi emboss dalam gaya yang lebih relaks dan moden.

 

Selesai sesi styling yang diadakan, tetamu yang hadir turut berpeluang untuk menonjolkan kreativiti masing-masing dengan aktiviti tie-dye yang disediakan. Aktiviti yang menyeronokan ini menyaksikan tetamu dapat menyuntik warna-warna tersendiri pada stoking HUGO mengikut cita rasa masing-masing.

Koleksi terbaharu untuk musim luruh/sejuk 2023 sudah tersedia di butik HUGO yang terletak di LaLaport BBCC. Peminat juga boleh mendapatkan koleksi yang mernagkumi pakaian, kasut, dan aksesori kulit ini secara atas talian di https://www.hugoboss.com/my/en/hugo-men/

Hugo Malaysia

 

Baca lebih lanjut: 25 SELEBRITI ‘BEST DRESSED’ DI GLAM LELAKI ALPHAMEN 2023

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Glam Lelaki Fashion Party 2024

25 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2024  

Bacaan Lanjut
Coach Malaysia

COACH LANCAR INSTALASI IMERSIF RAMADAN DI PAVILION KL

Bacaan Lanjut

25 SELEBRITI ‘BEST DRESSED’ DI GLAM LELAKI ALPHAMEN 2023

Bacaan Lanjut

MALAM ALPHAMEN 2023 DIRAIKAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut
Sean lee

MILIKI RAMBUT SIHAT BERSINAR DENGAN PEWARNA RAMBUT L’OREAL PROFESSIONNEL INOA BEBAS AMONIA

Bacaan Lanjut
projek high council

7 STAIL FESYEN PELAKON ‘PROJEK: HIGH COUNCIL’ YANG BOLEH JADI RUJUKAN LELAKI MASA KINI

Bacaan Lanjut