Skip to content

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG OKTOBER 2023

Kongsikan artikel ini

Dari siri popular “Loki” yang kembali dengan musim kedua kepada dokumentari mengenai ikon bola sepak “Beckham”, laman penstriman utama membariskan 15 rancangan yang ‘must watch’ sepanjang Oktober 2023.

Bulan ini, laman penstriman seperti Netflix, HBO GO dan Disney+ Hotstar bakal melancarkan pelbagai siri, filem, dokumentari dan rancangan realiti baharu buat peminat televisyen di Malaysia. Dari siri popular “Loki: Season 2” lakonan Tom Hiddleston kepada siri dokumentari mengenai ikon bola sepak “Beckham”, laman penstriman utama membariskan 15 rancangan yang ‘must watch’ sepanjang Oktober 2023.

pain hustlers

Cr. Brian Douglas/Netflix © 2023.

Berikut adalah 15 rancangan baharu yang ‘must watch’ sepanjang bulan Oktober ini:

1. BECKHAM (NETFLIX)

Tarikh tayangan: 4 Oktober 2023

Beckham

Sinopsis: Menampilkan adegan-adegan yang tidak pernah ditayangkan sebelum ini, siri dokumentari ini mengisahkan tentang ikon bola sepak popular, David Beckham. Ia mengikuti perjalanan karier dari padang bola sepak kepada pentas dunia sebagai antara wajah paling popular di dunia.

 

Baca lebih lanjut: 15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG SEPTEMBER 2023

 

2. Loki: Season 2 (DISNEY+ HOTSTAR)

Tarikh tayangan: 6 Oktober 2023

Loki season 2

Photo by Gareth Gatrell. © 2023 MARVEL.

Pelakon: Tom Hiddleston, Sophia Di Martino, Gugu Mbatha-Raw, Wunmi Mosaku, Eugene Cordero, Rafael Casal, Tara Strong, Kate Dickie, Liz Carr, Neil Ellice, with Jonathan Majors, Ke Huy Quan dan Owen Wilson.

Sinopsis: Tom Hiddleston kembali sebagai Loki selepas pengakhiran musim pertama yang mengejutkan apabila dia berhdapan dengan Time Variance Authority. Bersama Mobius, Hunter B-15 dan sekumpulan karakter baharu dan lama, Loki mengembara dalam multiverse yang berbahaya untuk mencari Sylvie, Judge Renslayer, Miss Minutes serta kebenaran dalam makna kebebasan dan tujuan yang sebenar.

 

3. Lupin: Part 3 (NETFLIX)

Tarikh tayangan: 5 Oktober 2023

lupin season 3

Pelakon: Omar Sy, Ludivine Sagnier, Clotilde Hesme, Antoine Gouy, Soufiane Guerrab, Vincent Londez dan Shirine Boutella

Sinopsis: Apabila pihak media dan polis sedang mencari Claire dan Raoul, Assane Diop yang sedang melarikan diri berusaha untuk melindungi mereka dari jarak jauh. Tetapi, kenalan lamanya mahu melumpuhkan misi tersebut.

 

4. Deane’s Dynasty (HBO GO)

Tarikh tayangan: 6 Oktober 2023

Deane's Dynasty

Sinopsis: Siri realiti HBO Asia Originals ini menampilkan kehidupa keluarga selebriti paling terkenal Thailand, Lydia Sarunrat dan Matthew Deane bersama rakan-rakan mereka yang popular. Di sebalik kehidupan penuh glamor, “Deane’s Dynasty” menyaksikan kepentingan kepada kepercayaan, persahabatan, dan paling utama, kekeluargaan.

Antara rakan-rakan mereka termasuklah Ploy Chermarn, Aerin Yuktadatta, Guy (Ratchanon) Suprakorb, Haru Suprakorb, Buakaw Banchamek dan ramai lagi.

 

5. The Fall of the House of Usher (NETFLIX)

Tarikh tayangan: 12 Oktober 2023

The Fall of the House of Usher

Cr. Eike Schroter/Netflix © 2023

Pelakon: Carla Gugino, Bruce Greenwood, Mary McDonnell, Willa Fitzgerald, Carl Lumbly, Mark Hamill, Henry Thomas, Crystal Balint, Kyliegh Curran, Samantha Sloyan, Matt Biedel, Kate Siegel, Rahul Kohli, Daniel Jun, T’Nia Miller,  Paola Núñez, Sauriyan Sapkota, dan Ruth Codd.

Sinopsis: Dalam memastikan harta dan masa depan mereka selamat, pasangan adik-beradik yang telah membina dinasti melalui syarikat farmasi. Tetapi, ia mula runtuh apabila pewaris mereka mati secara tiba-tiba, seorang demi seorang.

 

6. Jemputan Ke Neraka (NETFLIX)

Tarikh tayangan: 22 Oktober 2023

jemputan ke neraka

Pelakon: Janna Nick, Hafreez Adam, Sharifah Sakinah, Hariz Hamdan, Wafariena Roslan, dam Jasper Supayah

Sinopsis: Sekumpulan rakan berkumpul di sebuah rumah banglo yang terpencil untuk meraikan majlis perkahwinan sahabat mereka. Apabila pembunuhan misteri berlaku antara mereka, siapa yang terselamat harus mencari jawapan mengapa mereka semua diburu.

 

Baca lebih lanjut: 5 PERKARA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU MENGENAI KEKASIH LUNA MAYA, MAXIME BOUTTIER

 

7. Elite: Season 7 (NETFLIX)

Tarikh tayangan: 20 Oktober 2023

elite season 7

Cr. MATÍAS URIS/NETFLIX © 2022

Pelakon: Omar Ayuso, Ana Bokesa, André Lamoglia, Valentina Zenere, Álvaro de Juana, Carmen Arrufat, Álex Pastrana, Ander Puig, Nadia Al Saidi, Mirela Balić, Gleb Abrosimov, Fernando Líndez, Iván Mendes, Alejandro Albarracín, Maribel Verdú dan Leonardo Sbaraglia. Serta bintang pop Brazil, Anitta.

Sinopsis: “Elite” kembali dengan musim ketujuh. Kali ini menyaksikan Omar Kembali ke Las Encinas. Iván juga masih patah hati. Isadora perlu berhadapan dengan keluarganya yang        bahaya. Mampukah pelajar-pelajar Las Encinas untuk percaya antara satu sama lain?

 

8. Haunted Mansion (DISNEY+ HOTSTAR)

Tarikh tayangan: 4 Oktober 2023

HAUNTED MANSION

Photo by Jalen Marlowe. © 2023 Disney Enterprises, Inc. All Rights Reserved.

Pelakon: LaKeith Stanfield, Tiffany Haddish, Owen Wilson, Danny DeVito, Rosario Dawson, Chase W. Dillon and Daniel Levy, with Jamie Lee Curtis and Jared Leto as The Hatbox Ghost.

Sinopsis: “Haunted Mansion” adalah sebuah kisah mengenai seorang wanita dan anaknya yang meminta bantuaan sekumpulan pemburu hantu untuk menghalau entiti ghaib dari rumah mereka.

 

9. Goosebumps (DISNEY+ HOTSTAR)

Tarikh tayangan: 13 Oktober 2023

goosebumps

Pelakon: Justin Long, Ana Yi Puig, Miles McKenna, Will Price, Zack Morris, Isa Briones dan Rachael Harris

Sinopsis: Berdasarkan siri buku dengan judul sama tulisan R. L. Stine. Apabila mereka secara tidak sengaja melepaskan makhluk kuasa ghaib, lima remaja perlu mencari jalan untuk Bersatu dan menangkap mahkluk tersebut. Dalam masa yang sama, mereka telah membongkar rahsia ibu bapa mereka ketika zaman remaja mereka.

 

1o. Tokyo Revengers: Tenjiku Arc (DISNEY+ HOTSTAR)

Tarikh tayangan: 4 Oktober 2023

Tokyo Revengers S3 Tenjiku Arc

Sinopsis: Adaptasi daripada siri manga “Tokyo Revengers” oleh Ken Wakui ini menampilkan lagu tema baharu berjudul “Say My Name” oleh kumpulan punk popular, HEY-SMITH. Selepas finale siri yang menyaksikan kumpulan Tenjiku dari Yokohama melancarkan serangan ke atas geng Tokyo Manji, siri ini kembali dengan “Tokyo Revengers: Tenjiku Arc”.

 

Baca lebih lanjut: FAKTA MENARIK TENTANG TIGA PELAKON UTAMA ONE PIECE

 

11. Bodies (NETFLIX)

Tarikh tayangan: 19 Oktober 2023

bodies

Cr. Matt Towers/Netflix © 2023.

Pelakon: Shira Haas, Stephen Graham, Jacob Fortune-Lloyd, Kyle Soller dan Amaka Okafor

Sinopsis: Empat detektif. Empat garis waktu. Satu mangsa. Dalam ushaa untuk menyelamatkan masa hadapan, mereka perlu menyelesaikan kes pembunugan yang telah mengubah sejarah tamadun manusia.

 

12. Pain Hustlers (Netflix)

Tarikh tayangan: 27 Oktober 2023

pain hustlers

Cr. Brian Douglas/Netflix © 2023.

Pelakon: Emily Blunt dan Chris Evans

Sinopsis: Memulakan karier baharu dalam bidang farmasi mungkin boleh membantu masalah kewangan keluarganya. Tetapi, adakah usaha dalam mengejar cita-cita ‘American dream’ akan memakan dirinya sendiri?

 

13. Ballerina (NETFLIX)

Tarikh tayangan: 6 Oktober 2023

Ballerina

Pelakon: Jun Jong-seo, Kim Ji-hun dan Park Yu-rim

Sinopsis: Meratapi kematian sahabat baiknya yang dia mampu untuk lindungi. Bekas pengawal peribadi, Ok-ju memulakan misi untuk memenuhi impian terakhir sahabatnya, balas dendam.

 

14. Lego Marvel Avengers: Code Red (DISNEY+ HOTSTAR)

Tarikh tayangan: 27 Oktober 2023

lego marvel avengers

Sinopsis: Dalam misi untuk menyelamatkan kota New York, pasukan Avengers perlu bersatu. Tetapi selepas pergaduhan antara Balck Widow dan bapanya, Red Guardian, dia tiba-tiba menghilangkan diri. Pasukan Avengers memulkan investigasi dan mendapati Collector yang kejam menangkap semua orang yang nam bermula dengan perkataan ‘red’. Kini menjadi tanggungjawab Black Widow untuk mengetuai pasukan Avengers untuk mencari Collector.

 

15. A Werewolf Boy (NETFLIX)

Tarikh tayangan: 1 Oktober 2023

A Werewolf Boy

Pelakon: Park Bo-young, Song Joong-ki, Lee Young,ran, Jang Young-nam, Yoo Yeon-seok, Kim Hyang-gi

Sinopsis: Akibat penyaki yang dihadapinya, seorang gadis remaja pindah dari bandar ke kawasan perkampungan. Di sana, dia menjadi sahabat kepada seorang remaja lelaki  yang bisu dan dibesarkan oleh serigala.

 

Baca lebih lanjut: THE OTHER SIDE OF FATTAH AMIN – GLAM LELAKI SEPTEMBER 2023

Foto: Netflix Malaysia, Disney+ Hotstar & HBO Asia

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DAVID BECKHAM FAIL TUNTUTAN SAMAN RM50 JUTA TERHADAP MARK WAHLBERG

DAVID BECKHAM FAIL TUNTUTAN SAMAN RM50 JUTA TERHADAP MARK WAHLBERG

Bacaan Lanjut
INSPIRASI SUT RONA BERANI DARIPADA FESYEN KARPET MERAH

INSPIRASI SUT RONA BERANI DARIPADA FESYEN KARPET MERAH

Bacaan Lanjut

NADHIR NASAR, THE LUCKY STRIKE!

Bacaan Lanjut
rancangan raya 2024

5 RANCANGAN ANDA BOLEH ‘LAYAN’ SEPANJANG HARI RAYA INI

Bacaan Lanjut
must watch April 2024

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG APRIL 2024

Bacaan Lanjut
Paris fashion week 2024

15 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI PARIS FASHION WEEK FALL 2024

Bacaan Lanjut