Skip to content

rancangan baru september 2023

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG SEPTEMBER 2023

Kongsikan artikel ini

Dari filem “Dungeons & Dragons: Honor Among Thieves” kepada siri popular “Sex Education: Season 4”, laman penstriman utama membariskan 15 rancangan yang ‘must watch’ sepanjang September 2023.

Bulan ini, laman penstriman seperti Netflix, HBO GO dan Disney+ Hotstar bakal melancarkan pelbagai siri, filem, dokumentari dan rancangan realiti baharu buat peminat televisyen di Malaysia. Dari filem “Dungeons & Dragons: Honor Among Thieves” kepada siri popular “Sex Education: Season 4”, laman penstriman utama membariskan 15 rancangan yang ‘must watch’ sepanjang bulan September 2023.

Dungeons & Dragons

Dungeons & Dragons: Honor Among Thieves from Paramount Pictures.

Berikut adalah 15 rancangan baharu yang ‘must watch’ sepanjang bulan September ini:

 

1. Dungeons & Dragons: Honor Among Thieves (HBO GO)

Dungeons & Dragons

Dungeons & Dragons: Honor Among Thieves from Paramount Pictures and eOne.

Tarikh tayangan: 30 September 2023

Pelakon: Chris Pine, Michelle Rodriguez, Regé-Jean Page dan Hugh Grant.

Sinopsis: Sekumpulan pencuri dan rakan-rakan memulakan sebuah pengembaraan dalam rompakan epik untuk mendapatkan sebuah relik yang sudah hilang. Tetapi ia menjadi berbahaya apabila mereka bertembung dengan pihak yang menakutkan.

 

2. Burning Body (NETFLIX)

burning body

Tarikh tayangan: 8 September 2023

Pelakon: Úrsula Corberó, Quim Gutiérrez, and José Manuel Poga.

Sinopsis: Apabila seorang anggot polis dibunuh dan dibakar, semua tumpuan beralih kepada dua orang agen lain iaitu kekasih dan juga wanita simpanannya. Siri mini Sepanyol ini diinspirasikan daripada kisah sebenar.

 

3. The Worst of Evil (DISNEY+ HOTSTAR)

The Worst of Evil

Tarikh tayangan: 27 September 2023

Pelakon: Ji Chang-wook, Wi Ha-jun, Lim Se-mi

Sinopsis: Berlatarkan tahun 1990-an, siri 12-episod ini mengisahkan tentang polis penyiasatan yang perlu menembusi sebuah organisasi jenayah. Geng tersebut bertanggungjawab dalam perdagangan dadah haram antara Korea, China dan Jepun.

 

4. The Wonderful Story of Henry Sugar (NETFLIX)

The Wonderful Story of Henry Sugar

Cr. Netflix ©2023

Tarikh tayangan: 27 September 2023

Pelakon: Benedict Cumberbatch, Ralph Fiennes, Dev Patel, Ben Kingsley, Rupert Friend, dan Richard Ayoade.

Sinopsis: Sebuah kisah terkenal daripada Roald Dahl mengenai seorang lelaki kaya yang mengetahui mengenai seorang guru yang boleh melihat tanpa menggunakan mata. Lantas dia mahu mendalami ilmu tersebut untuk melakukan penipuan dalam perjudian.

 

5. Tár (HBO GO)

cate Blanchett

Tarikh tayangan: 9 September 2023

Pelakon: Cate Blanchett, Noemie Merlant, Nina Hoss, Sophie Kauer, Julian Glover, Allan Corduner dan Mark Strong.

Sinopsis: Karya daripada pengarah hebat, Tood Field, filem ini mengisahkan tentang seorang pemuzik ikonik yang telah memberikan impak besar kepada dunia muzik moden. Dilakonkan oleh pemenang Oscar, Cate Blanchett, figura itu merupakan antara komposer dan pengarah muzik terhebat serta ketua pengarah muzik Wanita pertama untuk German Orchestra.

 

Baca lebih lanjut: “EXPECT SOME MUSIC FROM ME THIS YEAR!” – SEAN LEE, GLAM LELAKI JULAI/OGOS 2023

 

6. Once Upon a Crime (NETFLIX)

Once Upon a Crime

Tarikh tayangan: 14 September 2023

Pelakon: Kanna Hashimoto, Yuko Araki, Takanori Iwata Tsuyoshi Muro, Miki Maya, Natsuna Watanabe, Yumi Wakatsuki, Mizuki Yamamoto, Midoriko Kimura, Mirei Kiritani, Masaki Kaji, Tomoharu Hasegawa dan Atsuhiro Inukai

Sinopsis: Semasa berada di majlis tari-menari bersama Cinderella, Little Red Riding Hood mendapati dirinya dibelenggu sebuag misteri. Mampukah dia menyelesaikan kes tersebut sebagai detik tengah malam?

 

7. The Little Mermaid (DISNEY+ HOTSTAR)

The Little Mermaid

Tarikh tayangan: 6 September 2023

Pelakon: Halle Bailey, Jonah Hauer-King, Daveed Diggs, Awkwafina, Jacob Tremblay, Noma Dumezweni, Art Malik, Javier Bardem, dan Melissa McCarthy

Sinopsis: Filem live-action daripada Disney kali ini menampilkan kisah ikonik The Little Mermaid yang telah berjaya mengutip lebih US$ 542 juta di pawagam seluruh dunia. Penonton Disney+ Hotstar juga berpeluang untuk menyaksikan rakaman bonus secara eksklusif.

 

8. Love at First Sight (NETFLIX)

Love at First Sight

Cr. Rob Baker Ashton/Netflix © 2023

Tarikh tayangan: 15 September 2023

Pelakon: Haley Lu Richardson, Ben Hardy, Dexter Fletcher, Rob Delaney, Sally Phillips dan Jameela Jamil.

Sinopsis: Dalam penerbangan dari New York ke London, Hadley dan Oliver telah jatuh cinta antara satu sama lain. Tetapi, mereka telah terpisah ketika di kastam dan peluang untuk mereka bertemu semula menjadi tipis. Tetapi, cinta mempunyai kuasa yang luar biasa untuk bersatu semula.

 

9. I Am Groot (DISNEY+ HOTSTAR)

i am groot season 2

Tarikh tayangan: 6 September 2023

Pelakon suara: Vin Diesel dan Bradley Cooper

Sinopsis: Daripada francais “Guardians of the Galaxy”, siri pendek ini menampilkan watak kegemaran ramai, Baby Groot. Kali ini, Baby Groot mengembara ke angkasa di dalam kapal Guardians dan bertemu dengan pelbagai mahkluk dan persekitaran yang baharu.

 

10. Song of the Bandits (NETFLIX)

Song of the Bandits

Tarikh tayangan: September 2023

Pelakon: Kim Nam-gil, Seohyun, Yoo Jae-myung, Lee Hyun-wook dan Lee Ho-jung

Sinopsis: Di sebuah kawasan tanpa undang-undang bernama Gando, sekumpulan perompak yang menakutkan berjuang untuk tanah air dan keluarga mereka yang tercinta. Walaupun sehingga nafas yang terakhir.

 

Baca lebih lanjut: PENGALAMAN SERAM YANG MENDEBARKAN: THE CONJURING UNIVERSE TOUR KINI TIBA DI MALAYSIA

 

11. The Fabelmans (HBO GO)

The Fabelmans

Tarikh tayangan: 23 September 2023

Pelakon: Michelle Williams, Paul Dano, Seth Rogen, Gabriel LaBelle, dan Judd Hirsch.

Sinopsis: Diinspirasikan daripada kisah Steven Spielberg sewaktu kecil, filem ini mencerikakan tentang seorang lelaki muda dalam membongkarkan rahsia keluarga yang menyedihkan. Ia juga menonjolkan kuasa filem dan imginasi yang mampu untuk mendalami diri sendiri dan orang lain.

 

12. A Time Called You (NETFLIX)

A Time Called You

Tarikh tayangan: 8 September 2023

Pelakon: Ahn Hyo-seop dan Jeon Yeo-been

Sinopsis: Seorang wanita yang dalam kesedihan kembali ke tahun 1998 secara magikal. Di situ dia berjumpa dengan seorang lelaki yang kelihatan sama seperti cinta hatinya yang sudah tiada.

 

13. Han River Police (DISNEY+ HOTSTAR)

Han River Police

Tarikh tayangan: 13 September 2023

Pelakon: Kwone Sangwoo, Kim Hiewon, Lee Sangyi, Bae Dabin, Shin Hyeonseung

Sinopsis: Apabila seorang pengawai polis yang rajin dan baran disatukan dengan seorang yang tidak bersemangat. Pasangan yang bertentangan itu ditugaskan untuk menyelesaikan satu kes konspirasi kriminal yang berlaku di hadapan mereka.

 

14. Sex Education: Season 4 (NETFLIX)

Sex Education_ Season 4

Cr. Thomas Wood/Netflix © 2023 – WSP00509.arw

Tarikh tayangan: 29 September 2023

Pelakon: Asa Butterfield, Ncuti Gatwa, Emma Mackey, Aimee Lou Wood, Connor Swindells, Gillian Anderson, Kedar Williams-Stirling, Mimi Keene, Chinenye Ezeudu, Dua Saleh, George Robinson, Samantha Spiro, Rakhee Thakrar, Alistair Petrie, Jim Howick dan Daniel Ings

Sinopsis: Siri popular Netflix ini kembali untuk musim keempat bulan ini. Selepas penutupan Moordale Secondary, Otis dan Eric berhadapan dengan dengan persekitaran yang baharu, hari pertama di Cavendish Sixth Form College.

 

15. Batman Day (HBO GO)

batman day

Tarikh tayangan: 16 September 2023

Sinopsis: Berita baik buat peminat adiwira Batman! Bersempena dengan Batman Day, anda boleh menontonkesemua aksi Batman dalam filem-filem ionik seperti “Batman Returns” dan juga trilogi hebat daripada pengarah hebat, Christopher Nolan.

 

Baca lebih lanjut: 15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG OGOS 2023

Foto: Foto: Netflix Malaysia, Disney+ Hotstar & HBO Asia

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

CHRIS PINE SERLAH BAKAT DALAM BIDANG PENULISAN

CHRIS PINE SERLAH BAKAT DALAM BIDANG PENULISAN

Bacaan Lanjut
10 AKTOR TERKENAL YANG MERUPAKAN ANAK BINTANG POPULAR HOLLYWOOD

10 AKTOR TERKENAL YANG MERUPAKAN ANAK BINTANG HOLLYWOOD POPULAR

Bacaan Lanjut

NADHIR NASAR, THE LUCKY STRIKE!

Bacaan Lanjut
rancangan raya 2024

5 RANCANGAN ANDA BOLEH ‘LAYAN’ SEPANJANG HARI RAYA INI

Bacaan Lanjut
must watch April 2024

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG APRIL 2024

Bacaan Lanjut
new shows march 2024

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG MAC 2024

Bacaan Lanjut