“EXPECT SOME MUSIC FROM ME THIS YEAR!” – SEAN LEE, GLAM LELAKI JULAI/OGOS 2023
Bintang GLAM Lelaki Julai/Ogos 2023, Sean Lee berkongsi harapan menjejak usia 30 tahun, perancangan masa hadapan dan impiannya untuk menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.
Personaliti penuh bakat, Sean Lee bukanlah nama asing dalam industri hiburan tempatan. Dia merupakan seorang pengacara dan pelakon yang sangat disenangi oleh peminat. Mempunyai sisi komedi yang santai dan bersahaja, dia akan menjejaki usia 30 tahun pada tahun ini.

Jaket kulit, BOTTEGA VENETA
Bintang GLAM Lelaki untuk edisi Julai/Ogos 2023 ini berkongsi harapan menjejak usia tiga dekad, perancangan masa hadapan dan impiannya untuk menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.
1. Sean Lee dalam 3 perkataan.
Fun, silly dan chill.
2. 3 perkara yang ramai tidak tahu mengenai diri anda?
Saya mempunyai obsesi terhadap croissant. Saya juga pernah memiliki sebuah motor berkuasa tinggi, Kawasaki Ninja. Selain itu, saya mempunyai dua pusar rambut di kepala saya.

Baju kait logo, DIOR
3. Apakah perkembangan terkini Sean Lee?
Expect some music from me this year!
4. Apakah projek anda yang akan datang?
Saya akan berlakon dalam sebuah drama terbaharu. Saya juga akan terbitkan sebuah projek rahsia yang masih dalam perancangan. Sesuatu yang tidak pernah saya lakukan sebelum ini. Nantikan.
5. Apakah pencapaian yang paling membanggakan sebagai seorang anak seni?
Sudah semestinya memenangi kategori “Pasangan Serasi Telenovela Popular” bersama Amelia Henderson di Anugerah Telenovela 2021. Ia merupakan anugerah pertama saya sejak bergelar anak seni.
6. Siapakah idola anda di dalam industri hiburan?
Di Malaysia, saya sangat memandang tinggi kepada seorang personaliti yang menjadi idola kepada ramai orang iaitu Alif Satar. Untuk artis antarabangsa pula, saya sangat mengagumi bintang kelahiran Hong Kong, Jackson Wang yang sangat berbakat.
7. Apakah maksud seksi kepada Sean Lee?
Seksi pada saya adalah mempunyai keyakinan pada diri sendiri. Ia datang dari dalam diri, dan lantas sisi seksi itu akan bersinar secara luaran.
8. Pada pendapat anda, siapakah yang seksi menurut diri anda?
Pada saya, pelakon “Wonder Woman” iaitu Gal Gadot merupakan seorang wanita yang seksi.

Kemeja-t logo, DIOR
9. Apakah bahagian badan anda yang paling seksi?
Bahagian paha saya. Saya tidak pasti tetapi saya pernah dengar ramai wanita menyukai lelaki yang mempunyai sepasang paha yang kuat! 🤷🏻♂️
10. Apakah bahagian tubuh wanita yang seksi pada mata anda?
Adakah pelik jika saya merasakan wajah seorang wanita itu seksi? Saya tidak tahu, tetapi saya sentiasa tertarik kepada wajah jika mahu dibandingkan dengan tubuh badan.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
CARA HILANGKAN JERAWAT DENGAN CEPAT TANPA PARUT
Dari rawatan kulit terapi cahaya, GLAM Lelaki membariskan 5 cara untuk menghilangkan jerawat pada wajah dengan cepat tanpa parut buat lelaki.
WARISAN BRITAIN DAN INSPIRASI UNIVERSITI KOLABORASI UNIQLO BERSAMA JW ANDERSON
Koleksi kolaborasi UNIQLO dan JW ANDERSON untuk musim luruh/sejuk 2023 mengambil inspirasi daripada warisan tradisi Britain dan inspirasi kehidupan universiti.
SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-40 G-SHOCK BERSAMA 88RISING
Sempena ulang tahun ke-40 G-SHOCK yang bersejarah, jenama ini singgah ke Kuala Lumpur dalam meneruskan jelajah pop-up di seluruh Asia Tenggara yang bertemakan "Rooted in Toughness" bersama 88rising.
YUNA MENCIPTA REKOD MEMBUAT PERSEMBAHAN KEPADA 4000 ORANG MALAYSIA TERBESARNYA
Perkara yang hebat datang kepada mereka yang menunggu. Yuna berjaya membuat 4000 penonton kagum di konsertnya, Yunaverse. Hit lamanya yang mendahului carta, kehadiran pentas yang memukau dan gerakan tarian yang memukau.
MONTBLANC MEMARTABATKAN PUSTAKA
Montblanc kaya dengan segala aspek baik dunia horologi mahupun seleksi aksesori kulit yang bermutu tinggi, namun satu lagi misi yang dipacu gemilang adalah menaikkan kesedaran tentang seni tulisan di kalangan generasi sekarang.
#GLALPHAMEN2023 ‘FRAGRANCE GAME CHALLENGE’ BERSAMA MONTBLANC EXPLORER PLATINUM
Siapakah yang bergelar juara? GLAM Lelaki mengadakan ‘game challenge’ bersama Montblanc Explorer Platinum dan 10 personaliti #GLAlphamen2023 untuk edisi “Our Heroes” tahun ini.