Skip to content

ZUL ARIFFIN LETAK SYARAT UNTUK TERUS MEMBINTANGI DRAMA TEMPATAN

ZUL ARIFFIN LETAK SYARAT UNTUK TERUS MEMBINTANGI DRAMA TEMPATAN

Kongsikan artikel ini

Nama Zul Ariffin hangat diperkatakan pada tahun lalu setelah adegan panasnya dengan aktres Siti Hariesa menerusi drama Perempuan Itu tular di media sosial.

Video promosi yang dimuat naik Zul Ariffin di akaun Instagram miliknya pada 18 Mac 2022 mengundang kecaman dan kemarahan ramai. Netizen meluahkan rasa kecewa dan tidak menyokong tindakan pengarah serta barisan pelakon yang bersetuju melakukan babak mengghairahkan.

Disebabkan itu, dia dikenakan denda sebanyak RM30,000 selepas mengaku bersalah memuat naik kandungan bersifat sumbang di media sosial.

Kini selepas lebih setahun berdepan kontroversi yang mencalarkan namanya, aktor Sangkar itu menegaskan dia tidak akan terlibat lagi dalam adegan seksi dan babak memeluk wanita. Keputusan itu dibuat selepas dia mengerjakan rukun Islam kelima, ibadah haji di Tanah Suci Mekah pada Jun lalu.

Zul Ariffin Nekad Dengan Keputusannya

Penerbit, Fadzil Teh berkongsi mengenai perkara itu di akaun Facebook miliknya semalam. Jelasnya, dia menawarkan satu watak dalam drama Dosa Cinta kepada pelakon itu namun ditolak secara baik.

“Dua tiga hari lalu saya bersembang dengan aktor Haji Zul Ariffin. Saya tawarkan watak-watak untuk drama siri baru. Zul beritahu dia masih berlakon tapi sudah tidak mahu lakonkan adegan seksi dan berpelukan.

“Jadi saya tawarkan watak tanpa adegan rogol dan ‘gomol’ wanita, tetapi dia menolak dan mintak maaf kerana tak mahu lagi terlibat dalam cerita-cerita seperti ini.”

Terkesan dengan syarat yang ditetapkan Zul Ariffin, Fadzil Teh menghubungi ‘orang kuat’ televisyen untuk memotong babak-babak keterlaluan yang mungkin mengundang kecaman. Permintaannya dipersetujui.

“Saya pernah berjanji dengan diri untuk tidak lagi menerbitkan drama yang jalan ceritanya seksi. Tapi kadangkala saya sendiri lalai dan lemah dengan dunia glamor ini. Terima kasih Haji Zul Ariffin,” dia menyambung.

Kini Bergelar Haji

Mei lalu pelakon berusia 37 tahun itu meluahkan rasa gembira apabila dijemput menjadi tetamu Allah sekali lahi selepas tiga kali mengerjakan ibadah umrah. Terutama selepas perancangannya untuk berpuasa dan menyambut Syawal di Tanah Suci Mekah tidak kesampaian.

“Saya menerima jemputan mengerjakan haji, jadi saya pergi bersama-sama pasukan saya. Bukan melalui Tabung Haji. Sudah tiga kali saya buat umrah sejak Ogos tahun lalu. Kalau ikutkan perancangan sebelum ini saya nak puasa dan raya di sana, tapi tak berkesempatan disebabkan penggambaran. Tapi dapat pula pergi haji, jadi saya anggap rezeki.”

Zul Ariffin

Foto: Kosmo

Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-31 itu mengakui gembira namun agak bimbang dengan dugaan yang perlu dihadapi di sana terutama orang ramai dan cuaca panas terik. “Saya teruja nak mengerjakan haji. Lautan manusia tak berkesempatan untuk tengok lagi kerana sebelum ini musim haji ditonton di televisyen sahaja. Kali ini saya akan alaminya sendiri dalam cuaca panas. Suhu di sana sekarang mencecah 45 darjah celsius,” ujarnya.

Foto: Instagram

Pautan berkaitan: PERNAH DIRAKAM BERSAMA, ZUL ARIFFIN ULAS KONTROVERSI YANG MELIBATKAN EBIT LEW

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

25 SELEBRITI ‘BEST DRESSED’ DI GLAM LELAKI ALPHAMEN 2023

Bacaan Lanjut
“SAYA ANGGAP REZEKI!” - ZUL ARIFFIN SAHUT PANGGILAN HAJI

“SAYA ANGGAP REZEKI!” – ZUL ARIFFIN SAHUT PANGGILAN HAJI

Bacaan Lanjut
ZUL ARIFFIN LETAK SYARAT UNTUK TERUS MEMBINTANGI DRAMA TEMPATAN

ZUL ARIFFIN DIKENAKAN DENDA RM30,000

Bacaan Lanjut
ZUL ARIFFIN LETAK SYARAT UNTUK TERUS MEMBINTANGI DRAMA TEMPATAN

PERNAH DIRAKAM BERSAMA, ZUL ARIFFIN ULAS KONTROVERSI YANG MELIBATKAN EBIT LEW

Bacaan Lanjut
ALASAN SEBENAR REMY ISHAK MENARIK DIRI DARI ANUGERAH BINTANG POPULAR

ALASAN SEBENAR REMY ISHAK MENARIK DIRI DARI ANUGERAH BINTANG POPULAR

Bacaan Lanjut
“SAYA ANGGAP REZEKI!” - ZUL ARIFFIN SAHUT PANGGILAN HAJI

“SAYA DOAKAN YANG TERBAIK BUAT SEMUA” – ZUL ARIFFIN

Bacaan Lanjut