TOTAL GROOMING CHECK: SELEBRITI LELAKI PALING FIT 2025
Selebriti lelaki sentiasa menjadi tumpuan dalam dunia hiburan kini. Oleh itu penampilan fizikal bukan bukan lagi pilihan tetapi ia mencerminkan disiplin, komitmen dan gaya hidup seseorang lelaki.
Tahun ini, beberapa selebriti lelaki tempatan tampil dengan transformasi dan konsistensi kecergasan yang mengagumkan, menjadikan mereka inspirasi dalam dunia grooming dan fitness. GLAM Lelaki menyorot tiga figura yang bukan sahaja kelihatan fit, tetapi benar-benar mengamalkan gaya hidup aktif.
#1 Meerqeen
Meerqeen mencuri perhatian dengan transformasi fizikal yang ketara sepanjang tahun ini. Komitmennya terhadap gaya hidup sihat jelas terserlah apabila Meerqeen aktif melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sukan antaranya adalah sukan bola sepak. Usaha yang konsisten ini bukan sahaja membentuk tubuh yang lebih cergas dan seimbang, malah memperlihatkan tahap disiplin yang tinggi dalam rutin hariannya. Transformasi Meerqeen membuktikan bahawa kecergasan bukan dicapai secara segera, tetapi hasil daripada komitmen berterusan dan fokus terhadap kesejahteraan diri.
#2 Zul Ariffin
Zul Ariffin kekal sebagai simbol maskuliniti dengan fizikal tegap dan berotot, sinonim dengan imej dirinya. Menurut Zul, dia mengamalkan disiplin latihan yang ketat selama tempoh tertentu bagi memastikan tubuhnya sentiasa berada dalam kondisi terbaik. Konsistensi dalam rutin kecergasan serta gaya hidup aktif menjadikan penampilannya sentiasa mantap, tidak kira di set penggambaran mahupun di luar kamera.
#3 Ikmal Amry
Ikmal Amry pula menonjol dengan pendekatan kecergasan yang berfokus kepada ketahanan diri. Dia juga dilihat aktif dalam menyertai HYROX. Sebuah sukan kecergasan berintensiti tinggi yang menguji kekuatan fizikal serta mental. Tahap konsistensi Ikmal dalam menjalani gaya hidup aktif ini jelas tercermin pada tubuhnya yang semakin atletik, bertenaga dan seimbang. Ikmal membuktikan bahawa kecergasan bukan hanya tentang bentuk badan, tetapi juga kekuatan minda dan daya tahan diri.
Meerqeen, Zul Ariffin dan Ikmal Amry masing-masing menampilkan definisi kecergasan yang berbeza. Dalam dunia grooming lelaki moden, kecergasan adalah refleksi disiplin dan penghormatan kepada diri sendiri. Tiga selebriti lelaki ini membuktikan bahawa menjadi fit bukan sekadar untuk kelihatan baik, tetapi juga menjadi ‘investment” untuk masa depan yang mendatang.
Artikel Berkaitan: GROOMING CHECK PILIHAN EDITORIAL GLAM LELAKI: PENCUCI MUKA LELAKI TERBAIK
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
YSL BEAUTY BLOCK PARTY KUASAI MALAM KUALA LUMPUR DENGAN GAYA
YSL Beauty sekali lagi membuktikan pengaruhnya dalam dunia kecantikan dan budaya pop menerusi penganjuran YSL Beauty Block Party.
KOLEKSI FILEM DAN DRAMA LAKONAN IKMAL AMRY YANG PALING MENYERLAH
kmal Amry antara pelakon yang memiliki pakej lengkap. Imbas filem dan drama yang pernah menampilkan Ikmal Amry sebagai pelakon utama.
IKMAL AMRY, “SAYA PERCAYA PROGRES LEBIH PENTING DARIPADA KESEMPURNAAN.”
Ikmal Amry menghiasi cover digital GLAM Lelaki bulan Mei 2026. Menyingkap pertumbuhan diri Ikmal yang semakin progresif dan serius dalam mengatur perjalanan kerjaya seninya, di samping konsisten menjalani tanggungjawab keluarga.
ENAM PERSONALITI TEMPATAN CABAR DIRI SERTAI HYROX DI SHANGHAI, BARCELONA & SEOUL
Enam personaliti tempatan kini mencuri perhatian apabila menyertai cabaran kecergasan HYROX di Shanghai, Barcelona & Seoul. Acara yang terkenal sebagai gabungan larian dan latihan fungsi ini semakin popular dalam kalangan selebriti Malaysia
THE LEGENDARY ZUL ARIFFIN: 7 FILEM WAJIB TONTON SEPANJANG ZAMAN
Terokai 7 filem terbaik lakonan Zul Ariffin yang wajib tonton. Temui evolusi kerjaya ikon aksi Malaysia ini sekarang.
HIGH PERFORMANCE: IKMAL AMRY AKTIF AKTIVITI KECERGASAN, CETUS INSPIRASI BUAT LELAKI MASA KINI
Aktif dalam bidang berprestasi tinggi, mereka bukan sahaja menguji had keupayaan diri, malah secara tidak langsung pencetus inspirasi buat generasi masa kini











