3 SEBAB MENGAPA LELAKI GAGAL CAPAI EREKSI & CARA ATASI
Tidak mampu mencapai ereksi apabila anda telah bersedia sepenuhnya di ranjang boleh mengundang rasa bimbang.
Namun sebelum anda panik, ketahuilah ramai lelaki di luar sana yang menghidapi situasi sama ketika ingin melakukan hubungan kelamin.
Zakar gagal mengeras sepenuhnya bukanlah petanda anda mengalami disfungsi erektil yang memerlukan pengambilan ubat-ubatan. Ia juga tidak bermakna anda akan sentiasa gagal setiap kali berhubungan intim.
Dalam kebanyakan situasi, ereksi separa atau lemah boleh berpunca daripada sebab psikologi atau persekitaran. Bagaimanapun ia juga boleh disebabkan oleh isu fizikal. Mengenal pasti puncanya boleh membantu anda mendapatkan penyelesaian yang tepat.
Ini antara sebab mengapa anda tidak mengalami ereksi penuh seperti yang sepatutnya
1. Anda Mengalami Tekanan Atau Keletihan

Foto: Freepik
Ada pelbagai punca yang menyumbang kepada situasi ini dan ia membuatkan anda hilang fokus sekali gus mengurangkan keghairahan seksual.
Tekanan membuatkan mental dan fizikal anda berasa letih. Apabila tertekan, tubuh cuba menggerakkan semua tenaga ke organ utama jadi organ lain seperti zakar akan menjadi yang terakhir dalam senarai.
Selain itu tekanan boleh meningkatkan paras kortisol. Ini menimbulkan masalah kerana hormon tekanan boleh menyekat kesan testosteron, menurut kajian. Ini boleh membunuh nafsu syahwat dan mengganggu ereksi.
Jika rutin tidur dan senaman anda terganggu disebabkan tekanan, berhati-hati. Ini kerana kedua-duanya menyokong sistem kardiovaskular yang sihat seterusnya ereksi penuh.
Perkara perlu dilakukan jika anda mengalami masalah ini? Beri perhatian kepada rutin penjagaan diri yang membantu anda tidur lebih lena dan bersenam lebih banyak. Ini biasanya membantu mengurangkan keresahan serta keletihan.
Untuk mengatasi tekanan, jika ia mengganggu rutin harian atau mengambil terlalu banyak tenaga mental anda, berjumplah kaunselor atau pakar kesihatan mental.
2. Pengambilan Ubat-Ubatan Tertentu

Foto: Freepik
Ada banyak ubat-ubatan yang boleh mengganggu keupayaan anda untuk mencapai ereksi. Ini termasuk beberapa jenis ubat tekanan darah tinggi seperti penyekat beta dan diuretik.
Walaupun ia bagus untuk jantung, gangguan terhadap sistem saraf simpatetik dan dinding saluran darah boleh mengurangkan aliran darah ke zakar.
Kajian Stanford University mendapat sebanyak 75 peratus pesakit mental mengalami penurunan syahwat. Pengambilan antidepresan tertentu juga boleh menganggu ereksi.
Perencat serotonin seperti Prozac dan Lexapro boleh menurunkan paras testosteron dan dalam sesetengah kes menyebabkan ejakulasi tertunda.
Jika anda mengalaminya, maklumkan segera kepada doktor agar dos ubat anda boleh dilaras. Terdapat juga ubat-ubatan lain yang boleh membantu mengatasi penyakit mental anda tanpa memberi kesan sampingan.
3. Anda Dan Isteri Sedang Berusaha Mendapatkan Anak

Foto: Freepik
Ini merupakan antara isu yang biasa terjadi di kalangan pasangan suami isteri. Rancangan untuk membuatkan isteri hamil boleh memberi banyak tekanan kepada suami di ranjang.
Tekanan untuk berhubungan intim ketika kitaran ovulasi boleh menghilangkan keseronokan, menjadikan seks lebih kepada tugasan yang perlu diselesaikan.
Sebaiknya jangan terlalu memikirkan perancangan untuk memiliki anak sehingga mengganggu emosi dan kesihatan mental.
Anda juga boleh mengurangkan keresahan dan melegakan fikiran dengan pergi berbulan madu sekali lagi ketika isteri sedang berovulasi. Tanpa tekanan, matlamat anda dan isteri untuk mendapatkan cahaya mata lebih mudah dicapai.
Foto: Freepik
Pautan berkaitan: EJAKULASI PRAMATANG: APA PERLU BUAT JIKA IA MENGHANTUI ANDA?
Tags
Artikel Yang Berkaitan
#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024
Coach SS24 menyajikan koleksi penuh dengan jukstaposisi antara dua aspek berbeza, pretty and tough. Jennifer Lopez hadir buat julung kalinya.
5 TIP PENJAGAAN KULIT PENTING LELAKI MESTI IKUTI
Satu tinjauan mendapati lelaki berbelanja hampir sama banyak dengan wanita untuk membeli produk kecantikan. Ini membuktikan betapa lelaki amat mementingkan penjagaan kulit.
DO’S & DON’TS BERCUKUR BETUL UNTUK ELAK KEGATALAN & KERENGSAAN
Bercukur boleh buat diri nampak lebih kemas. Namun tahukah anda do's dan don'ts bercukur yang betul? Semak di sini.
8 TIPS MUDAH UNTUK PENJAGAAN KUKU LELAKI
Konsep grooming lelaki kini tidak lagi hanya terbatas kepada rambut mahupun jambang. Lelaki juga semakin peka dengan penjagaan kuku yang baik.
EJAKULASI PRAMATANG: APA PERLU BUAT JIKA IA MENGHANTUI ANDA?
Ejakulasi pramatang atau lebih dikenali sebagai ‘cepat pancut’ adalah satu bentuk disfungsi seksual yang paling biasa berlaku. Walaupun jarang dibincang secara terbuka, ia dialami hampir kebanyakan lelaki di seluruh dunia.
5 GAYA MISAI TERBAIK UNTUK PENAMPILAN SEPERTI SELEBRITI TERKENAL
Tidak kira era apa sekalipun. gaya misai lelaki hadir dalam pelbagai stail dan potongan. Tiru gaya ini untuk tampak seperti selebriti.