Skip to content

the conjuring universe tour Malaysia

PENGALAMAN SERAM YANG MENDEBARKAN: THE CONJURING UNIVERSE TOUR KINI TIBA DI MALAYSIA

Kongsikan artikel ini

Peminat francais filem seram popular, “The Conjuring” boleh mencuba pengalaman imersif The Conjuring Universe Tour yang yang membuat debut di Malaysia dan Asia Tenggara pada 26 Ogos 2023 di The Curve, Mutiara Damansara. 

Panggilan kepada penggemar genre seram dan peminat francais filem “The Conjuring! Dengan melakukan debut ulung di rantau Asia Tenggara, The Conjuring Universe Tour sudah bermula pada 26 Ogos hingga 19 November  2023 di The Curve, Mutiara Damansara. Upacara perasmian yang telah diadakan menandakan detik permulaan pengembaraan yang menggerunkan ini.

the conjuring universe tour

Pengalaman yang seram dan imersif ini merupakan suatu perjalanan serba baharu yang menampilkan semula set penggambaran yang mengerikan. Ia diinspirasikan oleh adegan-adegan ikonik daripada filem-filem seram popular New Line Cinema. Termasuk ketiga-tiga filem “The Conjuring, ketiga-tiga filem “Annabelle” dan juga “The Nun”. The Conjuring Universe Tour merupakan sebuah produksi yang dihasilkan oleh Warner Bros.Discovery Global Themed Entertainment, Sunny Side Up dan Incubase Studio, rakan kongsi dengan AM PM (HK) dan Ace Media Network.

the conjuring universe tour

 

Pengembaraan Imersif Melalui 20 Zon Seram Francais Filem “The Conjuring”

Produksi luar biasa ini menjadikan pengunjung sebagai protagonis yang mengikut jejak penyiasat paranormal. Mereka akan dipadukan oleh pekerja dalam lawatan ini untuk meneroka 20 zon seram yang merangkumi lebih daripada 15,000 kaki persegi. Zon-zon tersebut mencipta semula adegan klasik daripada filem seram untuk memastikan pelawat sentiasa tertarik dan mendebarkan dalam perjalanan tersebut.

Bagi semua pelawat yang menyertai lawatan berpadu ini, petugas yang terlatih akan memadukan peminat paranormal dari awal hingga akhir. Ia untuk menjelajah laluan yang telah dirancangkan dengan cermat. Mereka akan bersemuka dengan entiti-entiti yang menggentarkan sepanjang perjalanan yang tidak dapat dilupakan ini.

the conjuring universe tour

Semakin dalam pelawat-pelawat terokai, semakin banyak adegan sedang menantikan mereka. Sebagai contoh, set penggambaran The Abbey of St. Carta daripada filem “The Nun, di mana upacara pengorbanan sedang dijalankan semula, The Workshop daripada filem “Annabelle: Creation+ pula adalah tempat pembuatan anak patung Annabelle yang dirasuk. Altar daripada “The Conjuring: The Devil Made Me Do It”, tempat penyembahan yang dihiaskan dengan simbol-simbol ghaib dan memberikan cabaran kepada pengunjung untuk berinteraksi dengannya. Artifact Room yang ikonik juga disediakan. Ruang ini dipenuhi dengan barang-barang terkutuk dan peninggalan daripada kes-kes yang amat menyeramkan.

the conjuring universe tour Malaysia

Serentak dengan pelancaran The Conjuring Universe Tour, filem yang amat popular di seluruh dunia iaitu “The Nun II” juga akan ditayangkan dalam pawagam mulai 7 September 2023 di seluruh Malaysia. Untuk mendapatkan pengalaman yang lebih imersif, tonton filem terbaharu ini dan kunjungi The Conjuring Universe Tour dengan harga diskaun! Pihak penganjur akan bekerjasama dengan Golden Screen Cinemas (GSC) untuk menjual Tiket Wayang Bundle melalui WeTix dan Keepsake by GSC.

the conjuring universe tour

Tiket biasa bagi The Conjuring Universe Tour boleh diperoleh menerusi laman web rasmi www.theconjuringtour.com, KLOOK, IncuTix dan WeTix. Tiket boleh didapati bermula pada carga RM80.00.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

 

Baca lebih lanjut: 5 FILEM SERAM MESTI TONTON SEPANJANG OGOS 2023

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

FILEM LAKONAN ASHRAF SINCLAIR, SYAITAN MUNAFIK AKHIRNYA DITAYANGKAN DI PAWAGAM

FILEM LAKONAN ASHRAF SINCLAIR, SYAITAN MUNAFIK AKHIRNYA DITAYANGKAN DI PAWAGAM

Bacaan Lanjut

‘ANAK PERJANJIAN SYAITAN 2’ BAKAL DITAYANGKAN 4 JANUARI 2024

Bacaan Lanjut

11 FILEM SERAM ASIA YANG BAKAL MENGHANTUI HUNGRY GHOST MONTH

Bacaan Lanjut

SIRI TRILOGI ‘FEAR STREET’ BAKAL MENGHANTUI ANDA JULAI INI

Bacaan Lanjut