ADAKAH ANDA SEORANG INTROVERT? KENALI CIRI-CIRI INDIVIDU INI
Ramai yang menganggap individu introvert adalah mereka yang pemalu dan mempunyai isu bergaul secara sosial. Ini salah sama sekali! Mereka sebenarnya lebih gemar meluangkan aktiviti dalam kumpulan yang lebih kecil malah seringkali memerlukan lebih masa untuk recharge tenaga mental dan emosi mereka.
Adakah anda rasa diri anda seorang introvert? Ayuh semak ciri-ciri di sini.
Apa Itu Introvert?

Foto: Freepik
Seperti yang diujarkan tadi, introvert ialah individu yang lebih selesa fokus kepada pemikiran dan idea dalaman mereka. Mereka lebih gemar meluangkan masa dengan teman-teman rapat sahaja berbanding secara berkumpulan yang ramai.
Berbeza dengan ekstrovert, mereka juga lebih banyak meluangkan masa bermain dengan imaginasi sendiri dan seringkali dianggap lost in their own thoughts.
Malah, individu introvert juga lebih cenderung untuk bertindak dengan kekangan. Mereka lebih biasa menyimpan fikiran dan perasaan sendirian dan akan cuba elak mencuba perkara baru tanpa melakukan banyak research terlebih dahulu.
5 Ciri-Ciri Introvert Yang Anda Perlu Tahu
Jika anda rasa diri anda, pasangan mahupun teman rapat seorang introvert, ini beberapa perkara penting yang anda perlu tahu:
1. Suka menyendiri

Foto: Freepik
Mereka lebih gemar meluangkan masa menikmati hobi dan minat mereka sendirian. Kebanyakkan introvert gemar membaca buku, menonton televisyen ataupun bersiar-siar seorang diri.
Namun begitu, ini tidak bermakna individu introvert mahu bersendirian sepanjang masa. Mereka juga gemar meluangkan masa untuk bersosial tetapi lebih selesa jika ia dalam kumpulan yang kecil dan mereka yang rapat sahaja.
2. Lebih gemar bersifat berwaspada
Mereka akan mengambil lebih lama masa untuk membuat keputusan kerana mereka perlu fikirkan pro dan kontra terlebih dahulu. Mereka juga kurang mengambil risiko berbanding dengan ekstrovert kerana mereka lebih gemar rasa selamat dan secure.
Sekali sekala ingatkan diri anda untuk lakukan sesuatu yang berbeza untuk elak anda terlepas peluang berharga. Cabar diri sendiri agar dapat memenuhi potensi sebenar.
3. Pemerhati dan pendengar yang baik
Mereka akan mengambil masa dengan memerhati sebelum melakukan sesuatu yang baru. Ini kerana mereka mahu rasa lebih yakin sebelum membuat perkara tersebut. Mereka juga gemar membina kemahiran diri bersendirian dan di tempat privasi tanpa pengetahuan ramai.
Malah, ada juga menganggap aktiviti bersosial memenatkan bagi mereka, jadi mereka lebih senang mendengar perbualan orang lain daripada melontarkan pendapat sendiri. Jika anda perhatikan dalam aktiviti sosial ini, introvert hanya mendengar sahaja perbualan ramai tanpa menambah input.
Kadang kala mereka inilah teman yang baik untuk meluahkan perasan kerana mereka tidak akan bergaduh dengan anda!
4. Mudah cepat penat selepas bersosial
Pernahkah anda rasa penat selepas meluangkan masa dengan orang ramai? Adakah selepas berinterkasi dengan orang lain, anda akan hilang dan menyendiri lebih lama berbanding orang lain? Ini memang ciri-ciri utama orang yang bersifat introvert.
Namun ini tidak bermakna mereka tidak suka bersosial. Mereka hanya gemar meluangkan masa dengan teman-teman rapat yang boleh dipercayai sahaja. Sekiranya anda mempunyai teman sebegini, lebih baik anda lakukan aktiviti di rumah berbanding di tempat ramai orang yang buatkan mereka rasa kurang selesa.
5. Orang sukar memahami anda
Ramai orang akan menganggap anda sebagai pendiam, pemalu mahupun sombong. Sama ada anda berada di pejabat mahupun di ruang sosial, sifat introvert anda ini seringkali disalah anggap.
Ya benar, anda tidak boleh mengawal tanggapan orang terhadap diri anda. Namun jika anda rasa akan memberi masalah pada diri, anda harus cuba keluar daripada kepompong dan tunjuk pada orang ramai siapa diri anda yang sebenar.
Introvert hanya sebahagian daripada keperibadian anda. Ia bukan satu kecacatan yang anda perlu ubah. Bagi kami, tidak salah untuk anda meluangkan masa bersendirian. Semuanya bergantung kepada keselesaan diri sendiri.
Lagipun jika anda seorang introvert, anda masih lagi boleh menjadi pemimpin yang bagus kerana semuanya bergantung kepada keupayaan anda, bukan kerana anda pendiam.
Artikel berkaitan: ADAKAH ANDA SEORANG SAPIOSEKSUAL? KETAHUI CIRI-CIRINYA!
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’
Jelajahi jangkaan barisan duta global dan bintang K-Pop di pentas Menswear RTW SS27. Ikuti perkembangan trend terkini bersama GLAM LELAKI.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL
Tingkatkan gaya kembara maskulin anda dengan Samsonite Myton dan Hi-Fi. Sertai Kempen Tukar Beli Bagasi 2026 demi kelestarian alam hari ini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA
Inspirasi gaya street luxury maksimum ke konsert akan datang dengan padanan eksklusif jenama tempatan popular pilihan GLAM Lelaki.
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.











