ADAKAH ANDA SEORANG SAPIOSEKSUAL? KETAHUI CIRI-CIRINYA!
Lelaki straight pastinya mudah cair melihat raut jelita seorang wanita. Begitu juga sebaliknya. Tambahan pula dengan susuk tubuh menawan, pastinya menjadi idaman untuk dijadikan teman hidup. Namun lain pula dengan golongan Sapioseksual yang ternyata ‘nafsu’ mereka lebih terarah kepada tahap pemikiran seseorang. Jadi, adakah anda seorang sapioseksual? Ini tanda-tandanya.
1. AMBIL LEBIH MASA UNTUK MENGENALI DIA
Adakah anda pernah bertemu dengan seseorang di mana kecantikan tidak begitu menarik perhatian, namun cara pembawakan diri mereka ternyata lebih menyerlah. Jika ada, ya anda salah seorang daripadanya. Sapioseksual adalah seorang yang tidak mudah tertarik dengan kecantikan seseorang dalam masa yang singkat dan mereka tidak terburu-buru, malah he will take his time just to know her better then fall in love.
Happy relationship is a healthy relationship. Golongan sapioseksual adalah antara mereka yang memiliki perhubungan yang sihat. Masa banyak dihabiskan dengan berbicara dari hati ke hati, saling bertukar pandangan dan pendapat malah langsung tidak melibatkan tarikan seksual yang adakala boleh mengganggu kelangsungan satu-satu perhubungan.
3. TERUJA DENGAN KECERDIKAN
Intelligence can turn you on! Ya, nafsu golongan sapioseksual mungkin pelik sedikit tetapi inilah realitinya. A beauty with brains adalah golongan idaman para sapioseksual di luar sana. Ilmu dan kepandaian si wanita dalam pelbagai sudut dan ruang membuatkan mereka lebih menyerlah walaupun tidak memiliki raut wajah jelita.
4. TURNED ON BY WHAT THEY KNOW THAN WHAT THEY HAVE
Wanita tersebut mungkin tiada segalanya, namun akal dan kebijaksanaan sudah cukup mencairkan golongan sapioseksual ini. Walau tiada rupa yang boleh dijadikan aset bagi menyerlahkan keperibadian, namun dengan adanya akal dan buah fikiran, golongan sapioseksual ini tidak kisah akan semua itu.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
10 FAKTA MENARIK TENTANG ZAKAR TIDAK SEMUA LELAKI TAHU
Ramai lelaki masih tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai zakar mereka sendiri.
HOT BOY SUMMER! MIERUL AIMAN IS GLAM LELAKI MAY/JUNE’S COVER BOY
First time in GLAM Lelaki, kami mendekati Mierul Aiman yang mula serius untuk bergelar pelakon yang berjaya.
VA VA VOOM ATHINA! ATHINA KAMARUDIN IS GLAM LELAKI MAY/JUNE’S COVERGIRL
Athina Kamarudin, satu lagi wanita yang menjadi our newest crush! Athina bercerita tentang cinta, body positivity dan lelaki!
TIGA KOLEKSI MUSIM PANAS TERHANGAT
Ketahui tiga koleksi khas musim panas untuk melengkapi penampilan hangat ‘summer break’ nanti.
MESTI TAHU! TIGA KOLEKSI BARU MUSIM PANAS 2023 PILIHAN GLAM LELAKI
What to buy this summer? Ketahui tiga koleksi musim panas 2023 untuk menghangatkan penampilan musim panas.
5 IDEA GAYA DARI HACKETT LONDON & JENSON BUTTON
Semak lima idea gaya dari Jenson Button untuk Hackett London. Dirancang sesuai dengan gaya hidup lelaki alfa.