Skip to content

10 ALASAN REALISTIK MENGAPA ANDA MASIH SINGLE

6 ALASAN REALISTIK MENGAPA ANDA MASIH SINGLE

Kongsikan artikel ini

Pernah tertanya mengapa agaknya anda masih tidak punya pasangan hidup? Mengapa anda masih single kala teman-teman lain sudah beranak pinak. Di mana silapnya? Atau adakah ini soal jodoh suatu yang sensitif yang tidak boleh dipertikaikan?

“Biarlah, jodoh masih belum sampai dan anda masih punya masa untuk terus mencari ‘the one’ sebagai peneman hidup,” inilah yang biasa didengar oleh teman rapat dan keluarga yang mahu membela nasib anda. Namun pernah anda tepuk dada tanya diri sendiri, mengapa agaknya perkara ini terjadi?

Jelas, sebilangan besar anda yang masih single adalah kerana anda memilih untuk tidak mempunyai teman hidup yang tetap kerana mungkin anda jenis yang cepat bosan dan tidak berminat untuk berada dalam hubungan serius untuk masa yang sama.

Namun apa agaknya alasan realistik yang menjadikannya sebab musabab anda memilih untuk hidup sendiri? Kami bongkarkan hari ini.

1. Terlalu Banyak Fikir

Sebilangan besar manusia terluka dalam hubungan interpersonal. Dari pengalaman silam yang menyakitkan dek kegagalan cinta lama atau misalnya, jika anda dibesarkan oleh keluarga sering lalai atau bersikap dingin, anda mungkin membesar dengan perasaan tidak percaya akan kasih sayang. Kerap merasa curiga terhadap pasangan yang menunjukkan minat dan cenderung menyendiri atau menjauhkan diri bila emosi mendahului hati dan minda.

2. Tarikan Tidak Sihat

Kecenderungan memilih pasangan yang kurang ideal sering berlaku sebelum anda menjumpai the right one. Setuju? Tapi dipengakiran, kita menyalahkan pasangan kerana hubungan cinta yang gagal. Ia satu keputusan yang kurang bijak.

Mengapa ini terjadi? Kerana pada awalnya anda sering memilih pasangan berdasarkan taste tersendiri. Mahu yang badboy atau fashionable ataupun nerd dan apa jua pilihan yang berlawanan dengan karakter sendiri. Lama kelamaan ia tidak lagi menyenangkan, anda rasa gelisah dengan karakternya dan beranggapan  yang bukan-bukan dek kerana tarikan yang tidak sihat.

3. Rasa Rendah Diri

Ramai berkongsi sentimen yang sama. Kurangnya keyakinan membuat anda memberi isyarat kepada pasangan untuk tidak bersikap terbuka. Ramai menghadapi masalah yang sama. Sering merendahkan diri, apatah lagi apabila mereka bertemu dengan pasangan yang berpotensi. Apabila sudah tertarik kepada seseorang, mereka mungkin gagal mendapatkannya kerana kurangnya kenyakinan dalam diri.

4. Takut pada Intimasi

Sebilangan besar dari kita mengaku bahawa kita mencari pasangan biarlah yang penyayang dan bertanggungjawab. Adakalanya kita lupa akan kepentingan kebersamaan. Intimasi penting dalam perhubungan dan jangan terkejut bila ada diantara kita yang takut akannya. Ia bukanlah suatu yang asing. Rasa takut kepada kemesraan dan sering punya pendapat kedua tentang pasangan buat anda curiga untuk bersama.

5. Kurang Daya Saing

Kekurangan keyakinan diri sering menimbulkan ketakutan untuk bersaing. Sangat mudah untuk merendah diri dan kalah dengan orang lain, terutama ketika masih dalam fasa bercinta. Apabila anda bertemu dengan seseorang yang anda suka, anda sering berfikir, “dia terlalu bagus.” dan apabila melihat orang lain menunjukkan minat padanya, anda cepat-cepat undur diri. Takut kepada persaingan mendorong kita untuk tidak meletakkan diri kita di peringkat yang lebih baik. Buang sikap ini jika anda mahu seseorang melihat anda sebagai seorang yang unik dan berbeza.

6. Gaya Hidup dan Rutin Harian

Dengan bertambahnya usia, anda cenderung untuk berada zon selesa. Anda seorang yang moden dan berjaya, berdikari, pendek kata anda menjalani kehidupan yang sangat positif. Tetapi apabila lelaki dan wanita menjadi lebih selesa, baik kewangan atau praktikal, lebih sukar untuk mengambil risiko atau meletakkan diri mereka bersama pasangan yang salah. Setelah seharian bekerja, anda lebih rela mengenakan baju tidur dan berehat di rumah berbanding keluar bersosial. Rutin ini mungkin antara masalah sebenar anda masih lagi single hingga ke hari ini.

Foto: Ahmed Nishaath on Unsplash

By Nisa' Halid
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut

STREET PIZZA MILIK GORDON RAMSAY KINI DIBUKA DI SUNWAY PYRAMID

Bacaan Lanjut
Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

Bacaan Lanjut

BACHA COFFEE MEMBUKA DESTINASI SUMBANGANNYA DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut
senaman sakit pinggang

5 SENAMAN TERBAIK UNTUK KURANGKAN SAKIT PINGGANG

Bacaan Lanjut