Skip to content

JUNGKOOK RAMPAS TAKHTA BTS DI SPOTIFY

JUNGKOOK RAMPAS TAKHTA BTS DI SPOTIFY

Kongsikan artikel ini

Ahli kumpulan BTS, Jungkook mencipta sejarah rekod tersendiri di Spotify menerusi debut solo yang telah lama dinantikan peminat, Seven.

Lagu berbahasa Inggeris itu memperoleh 30 juta strim di Spotify hanya selepas dua hari dilancarkan. Seven menjadi lagu penyanyi solo lelaki terpantas mencapai angka tersebut sekali gus menewaskan rekod yang dipegang Harry Styles menerusi lagu popularnya, As It Was.

Dilancarkan pada 14 Julai lalu, ia debut di tangga teratas dalam carta Global Top Songs, meraih 15,995,378 strim pada hari pertama. Jungkook kini menyertai penyanyi popular, Taylor Swift yang memegang rekod secara keseluruhan. Hanya dua lagu Taylor dalam sejarah Spotify yang memperoleh strim lebih tinggi daripada Seven pada hari pertama, Anti-Hero dan Lavender Haze.

JUNGKOOK SPOTIFY SEVEN

Kini selepas lebih sebulan, lagu duet bersama penyanyi rap Latto itu menjuarai carta Weekly Top Songs Global selama enam minggu berturut-turut. Jungkook menjadi penyanyi Asia pertama meraih pencapaian sedemikian. Ia juga berjaya mengungguli carta Daily Top Songs Global selama 42 hari.

Menurut laman penstriman popular itu, Seven mencapai purata 7.6 juta strim setiap hari manakala mingguan pula kira-kira 53.7 juta strim. Penyanyi berusia 26 tahun itu kini memegang takhta ‘Raja Spotify’ setelah memperoleh 35.5 juta pendengar bulanan hanya menerusi satu lagu. Dia meninggalkan BTS di belakang dengan 34.9 juta pendengar.

Pencapaian Jungkook Selain Di Spotify

Menariknya percapaian hebat Seven tidak terhenti di Spotify. Lagu itu menduduki tangga teratas dalam Top 100 Melon di Korea dan menjuarai carta lagu digital harian Oricon di Jepun.

Jungkook turut menjadi artis K-Pop terpantas menjuarai carta iTunes di Amerika Syarikat dengan memperoleh kejayaan luar biasa ini dalam hanya satu jam enam minit selepas Seven dilancarkan. Dia mengatasi rekod kumpulannya sendiri iaitu lagu Take Two.

Selain itu video muzik Seven yang menampilkan aktres The World Of The Married, Han Soo Hee turut meraih pencapaian hebat. Ia mendapat dua juta tanda suka di YouTube dalam tempoh amat singkat iaitu satu jam lima puluh lapan minit.

Foto: Big Hit Entertainment

Pautan berkaitan: JIMIN PINTAS KEJAYAAN JUNGKOOK DALAM GUINESS WORLD RECORD

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

must watch December 2023

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG DISEMBER 2023

Bacaan Lanjut

CALVIN KLEIN MERAIKAN KOLEKSI MUSIM LURUH 2023 BERSAMA JUNG KOOK

Bacaan Lanjut
JUNGKOOK LANCAR ALBUM 3D: THE REMIXES KOLABORASI BERSAMA JACK HARLOW

JUNGKOOK LANCAR ALBUM 3D: THE REMIXES KOLABORASI BERSAMA JACK HARLOW

Bacaan Lanjut
samsung galaxy z flip5

APA CIRI BAHARU YANG MEMBUAT SAMSUNG GALAXY Z FLIP5 LEBIH BERKUASA ?

Bacaan Lanjut
JUNGKOOK PECAH REKOD SPOTIFY MENERUSI LAGU SOLO PERTAMA, SEVEN

JUNGKOOK PECAH REKOD SPOTIFY MENERUSI LAGU SOLO PERTAMA, SEVEN

Bacaan Lanjut
BTS KONGSI PERJALANAN HIDUP & KERJAYA DALAM SIRI DOKUMENTARI TERBARU

BTS KONGSI PERJALANAN HIDUP & KERJAYA DALAM SIRI DOKUMENTARI TERBARU

Bacaan Lanjut