FILEM LAKONAN ASHRAF SINCLAIR, SYAITAN MUNAFIK AKHIRNYA DITAYANGKAN DI PAWAGAM
Selepas 15 tahun, filem lakonan Allahyarham Ashraf Sinclair yang ditunggu-tunggu kini bakal menghiburkan penonton di layar perak.
Filem seram berjudul Syaitan Munafik itu dihasilkan pada tahun 2008 dengan modal sebanyak RM1.7 juta. Ia digilap semua menerusi sentuhan penerbit kreatif, MP Roslin Md Sharif namun masih mengekalkan jalan cerita sedia ada.
Walaupun lebih sedekad tertangguh, ia masih relevan untuk ditayangkan kepada peminat, menurut penerbit Datuk Mohd Roshdi Shair.
“Tiada apa-apa perbezaan masa dan latar cerita untuk genre ini. Lainlah kalau genre cinta kerana pasti ada perbezaan aspek yang disebutkan tadi. Filem ini tertangguh akibat masalah tertentu seperti aspek teknikal.
“Ashraf pun hanya sempat tengok treler dan bukannya filem penuh. Dia memang teruja dan puji filem hasil arahan Majeed Salleh ini,” ujarnya.
Selain Ashraf, ia turut dibintangi oleh Faizal Hussein, Raja Farah, Ruminah Sidek, Datuk Jalaluddin Hassan, Dian P Ramlee, Linda Hashim, Kazar Saisi dan beberapa lagi pelakon terkenal.
Artis Indonesia Bantu Promosi Filem Allahyarham Ashraf Sinclair
Sempena malam gala tayangan Syaitan Munafik dua hari lalu, 18 pelakon filem dan sinetron Indonesia diterbangkan ke Kuala Lumpur untuk memberi sokongan sekali gus memeriahkan acara.
Antara yang hadir adalah Mayang Lucyana, Dafina Jamasir, Ichal Muhammad, Vanda, Hami DIA, Vinessa Ines, Derick Jordan, Lolly Ismaya, Erlina Sutansyah, Arida Nuraini, Vidya Ully dan Anissa Kayla.
“Mereka merupakan sahabat kepada pelakon Allahyarham Ashraf Sinclair dan pernah berlakon dengan hero filem Syaitan Munafik ini,” kata penerbit.
Tambahnya, selain menjadi sahabat Ashraf, barisan artis ini juga merupakan teman dua pelakon Indonesia yang turut membintangi Syaitan Munafik, Dea Lestari dan Tessa Mariska.
Filem ini bakal ditayangkan di pawagam Malaysia dan Brunei pada 21 Disember 2023. Manakala di Indonesia pada pertengahan Januari 2024.
Pautan berkaitan: ‘ANAK PERJANJIAN SYAITAN 2’ BAKAL DITAYANGKAN 4 JANUARI 2024
Tags
Artikel Yang Berkaitan
NETFLIX: 10 SIRI DAN FILEM PALING MENAKUTKAN WAJIB TONTON
Filem dan siri seram di Netflix tidak akan pernah habis dan akan sentiasa menjadi tontonan ramai kerana elemen kejutan dan misterinya.
‘ANAK PERJANJIAN SYAITAN 2’ BAKAL DITAYANGKAN 4 JANUARI 2024
Setelah 5 tahun selepas filem pertama ditayangkan, Grand Brilliance Studio bakal kembali dengan "Anak Perjanjian Syaitan 2" yang akan mula menghantui peminat bermula awal tahun hadapan.
PENGALAMAN SERAM YANG MENDEBARKAN: THE CONJURING UNIVERSE TOUR KINI TIBA DI MALAYSIA
Peminat francais filem seram popular, “The Conjuring” boleh mencuba pengalaman imersif The Conjuring Universe Tour yang yang membuat debut di Malaysia dan Asia Tenggara pada 26 Ogos 2023 di The Curve, Mutiara Damansara.
BUNGA CITRA LESTARI AKHIRNYA TEMUI PENGGANTI ASHRAF SINCLAIR?
Genap tiga tahun pemergian Ashraf Sinclair, Bunga Citra Lestari akhirnya terbuka hati untuk menjalin hubungan baru.
11 FILEM SERAM ASIA YANG BAKAL MENGHANTUI HUNGRY GHOST MONTH
Netflix membariskan 11 filem seram dari rantau Asia yang bakal mengerikan malam anda sempena perayaan Hungry Ghost Month tahun ini.
SIRI TRILOGI ‘FEAR STREET’ BAKAL MENGHANTUI ANDA JULAI INI
Gergasi penstriman antarabangsa, Netflix membariskan siri trilogi ‘The Fear Street Trilogy’ yang pasti bakal menghantui malam anda sepanjang bulan Julai ini.