Skip to content

‘ANAK PERJANJIAN SYAITAN 2’ BAKAL DITAYANGKAN 4 JANUARI 2024

Kongsikan artikel ini

Setelah 5 tahun selepas filem pertama ditayangkan, Grand Brilliance Studio bakal kembali dengan “Anak Perjanjian Syaitan 2” yang akan mula menghantui peminat bermula awal tahun hadapan. 

Grand Brilliance Studio mempersembahkan filem genre seram “Anak Perjanjian Syaitan 2″ yang kini kembali untuk menuntut janjinya di pawagam serta menghantui peminat filem seram tempatan, terutamanya di Malaysia dan Brunei. 

Buat pertama kalinya, Eyka Farhana telah diberikan tanggungjawab untuk melakonkan watak utama dalam filem ini. Bergandingan dengan barisan pelakon hebat lain seperti Alif Satar dan Fasha Sandha. Juga dibantu oleh Azlan Komeng, Dian P. Ramlee, Azizah Mahzan, Shaharuddin Thamby dan ramai lagi. 

“ANAK PERJANJIAN SYAITAN 2” DITAYANGKAN PADA 4 JANUARI 2024

Filem ini diarahkan oleh Dr. Ahmad Idham, seorang sutradara hebat yang terkenal dengan karya-karya pecah panggung sebelum ini. Kini membuat kemunculan semula di kerusi pengarah selepas empat tahun ‘berehat’ dari pembikinan filem.

“Anak Perjanjian Syaitan 2” mengisahkan tentang perjalanan seorang wanita muda bernama Azlinda (Eyka Farhana). Dia dalam perjuangannya menentang pertarungan mistik yang menghantuinya sejak kecil. Walaupun Azlinda telah didiagnosis secara medikal dengan penyakit “anxiety disorder”, dia yakin bahawa gangguan yang menghantuinya sejak kecil berkait rapat dengan sejarah hitam ibu bapanya.

Sehinggakan bapanya tidak sanggup lagi untuk membesarkan Azlinda dan tekad menyerahkan Azlinda ke pusat kebajikan. Mampukah Azlinda menentang perjanjian malapetaka yang telah menjadi sebahagian daripada darah dagingnya?

Tayangan perdana dan sidang media untuk filem seram ini telah diadakan di pawagam Golden Screen Cinemas, Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur. Hampir 500 tetamu dijemput, termasuk pengamal media, peminat, dan penggiat industri tanah air telah hadir memeriahkan majlis tersebut.

MURKA ATAU CINTA SEBAGAI LAGU TEMA

“Murka atau Cinta” yang dinyanyikan oleh Puteri Khareeza kerana suaranya yang boleh membuatkan pendengar merinding. Lagu ini dihasilkan oleh Amer Munawer Yusoff, seorang komposer dan penulis lirik berpengalaman. Lagu ini mengisahkan tentang perjalanan seseorang dalam memilih antara jalan yang benar.

Nantikan naskah blokbuster pembukaan tahun 2024 oleh Dr. Ahmad Idham yang akan menemui para penonton di pawagam di Malaysia dan Brunei mulai 4 Januari 2024 nanti. 

 

Artikel Berkaitan: 15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG DISEMBER 2023

By Ronald Henry
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

glam fashion party 2024

20 GAYA SELEBRITI WANITA TERBAIK DI GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2024 

Bacaan Lanjut
new show February 2024

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG FEBRUARI 2024

Bacaan Lanjut
FILEM LAKONAN ASHRAF SINCLAIR, SYAITAN MUNAFIK AKHIRNYA DITAYANGKAN DI PAWAGAM

FILEM LAKONAN ASHRAF SINCLAIR, SYAITAN MUNAFIK AKHIRNYA DITAYANGKAN DI PAWAGAM

Bacaan Lanjut
alphamen 2023

#GLALPHAMEN2023 ‘FRAGRANCE GAME CHALLENGE’ BERSAMA MONTBLANC EXPLORER PLATINUM

Bacaan Lanjut

25 SELEBRITI ‘BEST DRESSED’ DI GLAM LELAKI ALPHAMEN 2023

Bacaan Lanjut
Alphamen 2023

EKSPLORASI GLAM LELAKI ALPHAMEN 2023 BERSAMA MONTBLANC

Bacaan Lanjut