Skip to content

maxime bouttier luna Maya

5 PERKARA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU MENGENAI KEKASIH LUNA MAYA, MAXIME BOUTTIER

Kongsikan artikel ini

Maxime Bouttier yang mula dikenali selepas membintangi filem “Ticket to Paradise” kini sedang hangat bercinta dengan aktres popular Indonesia, Luna Maya.

Nama Maxime Bouttier mungkin tidak sebesar seperti pelakon Indonesia lain. Pelakon, pemuzik dan model berusia 30 tahun itu mula dikenali selepas membintangi filem “Ticket to Paradise” yang menampilkan dua legenda Hollywood iaitu George Clooney dan Julia Roberts. Kini, namanya rancak diperkatakan selepas sering dilihat bersama aktres popular Indonesia, Luna Maya.

maxime bouttier

(Photo by Jeff Spicer/Getty Images for Universal)

Berikut adalah 5 perkara yang anda mungkin tidak tahun mengenai Maxime Bouttier:

1. Bintang Taurus

maxime bouttier

Maxime Andre Selam Bouttier atau popular dengan nama pentas Maxime Bouttier dilahirkan pada 22 April 1993 di Poitiers, Perancis. Pelakon berbintang Taurus itu adalah kacukan Indonesia-Perancis.

Ibu Maxime, Siti Purwanti berkahwin dengan bapanya, Patrice Bouttier yang merupakan seorang chef yang sudah mempunyai pengalaman 30 tahun dalam bidang kulinari di Indoensia. Mereka mempunyai dua orang anak termasuklah Elodie Bouttier.

 

2. Ketinggian Maxime Bouttier

maxime bouttier

(Photo by JC Olivera/WireImage)

Maxime mempunyai ketinggian 1.83 meter atau 6 kaki. Berbekalkan wajah kacak dan ketinggiannya, dia memulakan karier dalam bidang peragaan di Bali, Indonesia.

Pada tahun 2010, dia memulakan langkah ke dunia lakonan dengan membintangi siri drama, “Arti Sahabat Musim Kedua”. Dia juga membintangi beberapa filem popular seperti “Kuntilanak 2”, “Matt & Mou” dan banyak lagi.

 

3. Ticket to Paradise

Ticket to paradise

(Photo by Tim P. Whitby/Getty Images for Universal)

Maxime Bouttier mula dikenali peminat di Indonesia dan antarabangsa selepas membintangi filem “Ticket to Paradise”. Filem romantik komedi itu menampilkan dua nama besar Hollywood dan pemenang Anugerah Oscar iaitu George Clooney dan Julia Roberts.

Maxime memegang watak Gede yang merupakan seorang petani rumpai laut di Bali yang jauh cinta dengan anak George Clooney dan Julia Roberts yang dilakonkan oleh Kaitlyn Dever. Filem yang turut dibintangi oleh pelakon “Emily in Paris”, Lucas Bravo itu telah berjaya mengutip US$172 juta (RM802 juta) di seluruh dunia.

 

4. Bintang Fesyen Dan Pemuzik

maxime bouttier

Menurut akaun Instagram-nya, Maxime mempunyai hampir 2 juta pengikut di akaun media sosial tersebut.  Dia juga sering kali dilihat menghadiri acara fesyen oleh jenama antarabangsa seperti Louis Vuitton, Dior dan Gucci.

Selain bergelar pelakon dan pengarah, dia juga merupakan seroang oemuzik yang berbakat, Maxime pernah menerima nominasi Anugerah Musik Indonesia untuk kategori Artis Solo Pria/Wanita Rock Terbaik untuk lagu “Make Your Day”.

 

5. Kekasih Hati Luna Maya

luna maya maxime bouttier

Jarak usia 10 tahun tidak menghalang mereka untuk menjalinkan hubungan percintaan. Maxime kini sedang hangat bercinta dengan aktres popular Indonesia iaitu Luna Maya. Dia sering dilihat berada di sisi pelakon berusia 40 tahun itu. Luna Maya juga mengaku Maxime merupakan lelaki idamannya.

Menurut berita dari seberang, pasangan itu juga dikhabarkan bakal bertunang tidak lama lagi.

 

 

Baca lebih lanjut: THE OTHER SIDE OF FATTAH AMIN – GLAM LELAKI SEPTEMBER 2023

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

COACH KINI MEMBUKA THE COACH RESTAURANT PERTAMANYA DI JAKARTA

Bacaan Lanjut
Milan fashion week 2024

25 GAYA MENSWEAR SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI MILAN FASHION WEEK 2024

Bacaan Lanjut
4 SELEBRITI YANG PERNAH DUA KALI MEMEGANG TAKHTA SEXIEST MAN ALIVE

4 SELEBRITI YANG PERNAH DUA KALI MEMEGANG TAKHTA SEXIEST MAN ALIVE

Bacaan Lanjut
10 MOMEN FESYEN TERBAIK GEORGE CLOONEY & AMAL ALAMUDDIN

10 MOMEN FESYEN TERBAIK GEORGE CLOONEY & AMAL ALAMUDDIN

Bacaan Lanjut
BARISAN PELAKON YANG BERUNDUR DIRI DARIPADA RANCANGAN TV POPULAR

BARISAN PELAKON YANG BERUNDUR DIRI DARIPADA RANCANGAN TV POPULAR

Bacaan Lanjut
must watch July 2023

10 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG JULAI 2023

Bacaan Lanjut