6 SEBAB KENAPA LELAKI PERLU BERJAMBANG
Lihat saja Jamie Dornan, Adam Lavine, Chris Pine mahupun Ryan Gosling. Mereka adalah antara seleberiti lelaki Hollywood popular yang sering kali tampil berjambang.
Tahukah anda bahawa jambang lelaki mempunyai kebaikan untuk kesihatan diri lelaki? Bukan hipster, bukan selekeh. Namun memelihara jambang memberikan kebaikkan tersendiri buat lelaki.
Yang pasti, kini banyak wanita yang mendambakan seorang lelaki berjambang. Jadi, jom ketahui enam sebab kenapa lelaki perlu berjambang.
6 SEBAB KENAPA LELAKI BERPERLU BERJAMBANG
1. CACAT CELA TIDAK KELIHATAN

Bila lelaki mempunyai jambang bukan hanya boleh menutup cacat cela pada raut wajah mereka, malah juga boleh mengelakkan dari adanya lagi cacat cela.
Kesan ruam, jerawat dan radang pada folikel rambut merupakan kesan buruk yang terjadi pada wajah lelaki akibat mencukur.
Bahkan, pencukur juga boleh merebakkan bakteria pada kulit sekaligus menyebabkan jangkitan pada folikel rerambut pada wajah.
2. PELINDUNG CAHAYA MATAHARI
Banyak kajian yang telah dijalankan mendapati bahawa jambang boleh melindungi kulit wajah lelaki lebih dari 95% dari sinaran UV.
Ini bermakna jambang memainkan peranan penting dari wujudnya sel-sel ketumbuhan yang lebih ke arah kanser. Ini kerana sinaran UV juga dipersalahkan atas punca kepada tanda-tanda penuaan pada kulit wajah.
3. TAMPIL LEBIH MASKULIN

Sebenarnya lelaki akan lebih tampil maskulin apabila berjambang. Kajian juga mendapati bahawa jika anda ingin menarik lebih perhatian perempuan, elak bercukur lebih 10 hari berterusan kerana kebanyakan perempuan akan lebih tertarik untuk melihat lelaki berjambang kerana ia lambang kepada maskuliniti dan lebih muda.
Lihat sahaja pada David Beckham, Chris Pine dan Hugh Jackman yang tampil maskulin dengan jambang.
4. PERANGKAP HABUK DAN DEBU
Fungsi rerambut di dalam liang hidung kita adalah untuk memerangkap segala debu dan habuk yang boleh mengakibatkan asma dan semput.
Fungsinya sama seperti jambang yang mana ia boleh memerangkap habuk dan debu masuk ke dalam liang pori pada wajah yang kemudiannya boleh mengakibatkan masalah jerawat jika berlaku.
Menurut pakar, jambang perlulah dibersihkan setiap hari bagi memastikannya ianya tumbuh bersih, rapi serta kemas.
5. MELEMBAPKAN KULIT

Foto: Instagram Azrel Ismail
Mungkin anda tidak tahu bahawa kulit wajah kita mempunyai rejimen pelembap yang semulajadi membuatkan kulit kekal lembap.
Dengan adanya jambang ia boleh melindungi kulit dari ditiup angin kencang yang mana boleh menyebabkan kemerahan dan kekeringan pada kulit wajah.
6. TANDA SEORANG LELAKI SEJATI
Yang, pasti bukan semua lelaki boleh berjambang, atau yang bijak merapikan jambang tersebut. Jadi, jika seorang lelaki berjambang ia pasti tampil berbeza in a good way di hadapan wanita-wanita.
Bukan itu saja, ia juga menandakan seorang lelaki sudah melalui fasa kematangan yang menandakan dia sudah bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya.
Teks Wan Mohd Firdaus
Foto Instagram Zul Ariffin, Instagram Redza Rosli, Instagram Fattah Amin
Artikel berkaitan: DO’S & DON’TS BERCUKUR BETUL UNTUK ELAK KEGATALAN & KERENGSAAN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
NAZIFI NASRI: MINIMALIS, MODERN, & MADE IN MALAYSIA
Nazifi Nasri tampil dengan gaya minimalis dan moden, bahawa identiti serta bakat tempatan mampu mencipta statement dalam dunia fesyen.
TREND GROOMING LELAKI YANG AKAN MENDOMINASI HUJUNG TAHUN 2026
Daripada skinimalism hingga teknik fragrance layering, trend grooming lelaki kini mengutamakan rutin yang ringkas dan praktikal.
LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN
Daripada jam tangan flashy hingga seluar yang tampil baggy, GL melampirkan lima tips fesyen untuk tampil bergaya ala Kabilan Jelevan.
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026
Terokai trend utama KLFW 2026 dari sentuhan batik moden, gaya jalanan berani, hingga busana lelaki terkini di pentas peragaan tempatan.
VISI KREATIF BERWAWASAN UZAIR SHOID
Bayu, koleksi keempat oleh Uzair Shoid, terus menjadi bukti bahawa pereka fesyen dari Utara ini perlu diperhati.
EMPAT TREND FESYEN PALING HANGAT SELEPAS FIFA WORLD CUP 2026
Daripada fenomena tas Hermès Haaland hingga trend warna icy blue, lihat empat trend hangat yang membuktikan hubungan rapat antara FIFA dan fesyen.











