4 AKTOR YANG PERNAH DINOBAT SEXIEST MAN ALIVE SEBANYAK DUA KALI
Anugerah Sexiest Man Alive diperkenalkan oleh majalah People pada 1985.
Sejak itu lebih 35 lelaki telah dinobat dan tampil menghiasi kulit majalah tersebut. Baru-baru ini pelakon, penulis dan pengarah, John Krasinski dinamakan sebagai Sexiest Man Alive 2024.
Bercakap kepada People, aktor berusia 45 tahun itu mengakui berasa keliru selepas dimaklumkan mengenai kemenangan tersebut.
“Saya bagaikan nak pitam, fikiran jadi kosong. Saya sangka saya dipermainkan. Bila bangun pagi saya tidak terfikir pun, ‘Adakah saya akan dinobat sebagai Lelaki Paling Seksi hari ini?’ Namun itulah yang terjadi. Kalian benar-benar telah menaikkan standard saya,” katanya.
Selain John, selebriti lain yang pernah menerima pengiktirafan ini termasuk Patrick Demsey, Chris Evans, Paul Rudd, Idris Elba, David Beckham, Chris Hemsworth, Adam Levine dan Sean Connery. Mel Gibson merupakan penyandang pertama gelaran itu pada 1985.
Dalam kesemua penerima ini, hanya empat pernah dinobat Sexiest Man Alive lebih daripada sekali
1. Brad Pitt
Brad Pitt pada 1995 dan 2000. Foto: Business Insider
Aktor tampan ini memperoleh gelaran Sexiest Man Alive sebanyak dua kali dalam tempoh lima tahun. Kali pertama pada tahun 1995 berikutan popularitinya yang meningkat selepas membintangi Legend of the Fall dan Interview with the Vampire. Pada 2000 tidak lama selepas berlakon dalam Fight Club, Brad Pitt menjadi individu pertama yag dinobat sebanyak dua kali.
2. Richard Gere
Richard Gere dan Cindy Crawford pada 1993; Richard Gere pada 1999. Foto: Business Insider
Pelakon Pretty Woman ini menghiasi kulit majalah People sebanyak dua kali iaitu pada 1993 dan 1999. Kali pertama, dia muncul bersama bekas isteri, supermodel Cindy Crawford ketika People menggantikan gelaran Sexiest Man Alive kepada Sexiest Couple Alive. Enam tahun kemudian pada usia 50 tahun, Richard Gere dinobat Lelaki Paling Seksi buat kali kedua.
3. George Clooney
George Clooney pada 1997 dan 2006. Foto: Business Insider
Pelakon dan pembikin filem ini diberi penghormatan oleh People pada tahun 1997 dan 2006. George Clooney dinobat kali pertama selepas menjayakan watak Dr Doug Ross dalam siri popular ER. Dia merampas kembali gelaran itu sembilan tahun kemudian pada 2006, tahun sama dia memenangi Oscar untuk pelakon pembantu lelaki terbaik bagi filem Syriana.
4. Johny Depp
Johnny Depp pada 2003 dan 2009. Foto: Business Insider
Selebriti terkini yang dinamakan Sexiest Man Alive sebanyak dua kali adalah Johnny Depp. Dia diiktiraf pertama kali pada 2003 selepas membintangi Pirates of the Caribbean: The Curse of the Black Pearl. Gelaran kedua diraihnya pada 2009 selepas menjayakan filem Alice in Wonderland arahan Tim Burton.
Foto: Dior
Pautan berkaitan: CHRIS EVANS DINOBAT LELAKI PALING SEKSI, INI REAKSI NETIZEN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BRAD PITT BERSUARA SELEPAS WANITA DITIPU HASIL PENIPUAN CATFISHING
Nasib si malang! Heboh satu dunia apabila hanya dengan menggunakan teknologi seorang wanita Perancis yang ditipu untuk menjalinkan hubungan dalam talian dengan seorang penipu yang menyamar sebagai pelakon pemenang Oscar itu. Dalam satu kisah seperti filem Hollywood, seorang penipu yang menyamar sebagai Brad Pitt didakwa melarikan wang ribuan dolar dalam satu skim penipuan catfishing. Inilah…
KES PERCERAIAN SELESAI, ANGELINA JOLIE & BRAD PITT BUKA LEMBARAN BARU
Nampaknya tahun 2025 membawa sinar buat bekas pasangan popular Hollywood, Angelina Jolie dan Brad Pitt.
5 AKTOR YANG MENIMANG CAHAYA MATA SULUNG PADA USIA LEBIH 50-AN
Ramai selebriti memilih untuk memulakan keluarga pada lewat usia kerana bimbang komitmen akan mengganggu perjalanan kerjaya.
JOHN KRASINSKI DINAMAKAN SEXIEST MAN ALIVE 2024, INI REAKSI ISTERINYA EMILY BLUNT
John Krasinski mengambil alih ‘takhta’ itu daripada bintang Ferrari, Patrick Demsey yang dinobat pada tahun lalu.
5 AKTOR POPULAR YANG PERNAH BERNIAT MENINGGALKAN INDUSTRI HOLLYWOOD
Beberapa pelakon Hollywood pernah meluahkan hasrat untuk meninggalkan dunia lakonan. Mujurlah mereka membuat keputusan tepat dan membatalkan niat itu!
6 SELEBRITI & KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG MERUPAKAN RAKAN BAIK
Kerabat Diraja Britain mempunyai ramai kenalan dari kalangan selebriti, malah ada juga yang boleh dianggap sebagai rakan karib.