Skip to content

TRANSFORMASI CHRIS HEMSWORTH DALAM FILEM FURIOSA: A MAD MAX SAGA

TRANSFORMASI CHRIS HEMSWORTH DALAM FILEM FURIOSA: A MAD MAX SAGA

Kongsikan artikel ini

Treler pertama filem terbaharu arahan George Miller, Furiosa: A Mad Max Saga baru sahaja dikongsikan bersama peminat di media sosial.

Prekuel ini menyusuri kehidupan awal watak ikonik asal yang digalas Charlize Theron dalam Mad Max: Fury Road (2015). Anya Taylor-Joy mengambil alih peranan Furiosa dalam filem yang bakal ditayangkan pada 2024.

Sedutan babak Anya yang dikongsi dalam treler ini membuatkan peminat francais Mad Max teruja untuk melihat lebih banyak lagi aksi lakonannya. Bagaimanapun netizen tidak terlepas pandang penampilan pelakon gandingannya, Chris Hemsworth.

Dengan rambut panjang, wajah berjambang dan jubah merah yang disarung, penampilan bintang Thor ini tampak biasa buat peminat MCU. Bagaimanapun usaha pihak produksi untuk membuatkan dia kelihatan lebih ‘ganas’ tidak berjaya dengan hidung prostetik dan barisan giginya yang kelihatan palsu.

Foto: Looper

Foto: X

Respons Terhadap Hidung Chris Hemsworth Dalam Prekuel Mad Max

Seperti dijangka, transformasi pelakon Australia ini mencetuskan perbualan hangat di media sosial. Beberapa netizen membandingkan hidung palsu Chris dengan Bradley Cooper dalam filem biopik Maestro.

“Ke tepi hidung prostetik Bradley Cooper kerana hidung palsu Chris Hemsworth sudah pun tiba,” tulis seorang pengguna X manakala seorang lagi menambah, “Chris Hemsworth mesej Bradley Cooper untuk pinjam hidung prostetiknya.”

TRANSFORMASI CHRIS HEMSWORTH DALAM FILEM FURIOSA: A MAD MAX SAGA

Bercakap mengenai penglibatannya dalam filem ini, Chris berkata kerjasama antara dirinya dengan Anya dan George membantu mencetuskan kembali kreativitinya selepas membintangi begitu banyak projek Marvel.

“Saya memulakan penggambaran filem itu dalam keletihan dan terfikir, ‘Bagaimana saya akan mengharungi semua ini?’. Selepas seminggu latihan bersama George Miller, tenaga kreatif saya tiba-tiba kembali. Ini membuatkan saya terfikir, sebenarnya kerja itu sendiri tidak memenatkan. Apa yang membuatkan kita letih adalah jenis kerja yang kita lakukan dan sedalam mana fokus kita terhadapnya.”

Selain Chris dan Anya, turut membintangi filem ini adalah Charlize Theron, Tom Hardy, Yahya Abdul Mateen II dan Nicholas Hault. Ia dijangka menemui penonton di layar perak pada bulan Mei 2024.

 

Foto: Getty Images

Pautan berkaitan: TRANSFORMASI MENGEJUTKAN BRADLEY COOPER UNTUK FILEM TERBAHARU

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

15 FILEM BARU HEBAT BAKAL MENEMUI ANDA SEPANJANG 2024

15 FILEM BARU HEBAT BAKAL MENEMUI ANDA SEPANJANG 2024

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI LELAKI LEBIH KACAK BERAMBUT PANJANG

10 SELEBRITI LELAKI LEBIH KACAK BERAMBUT PANJANG

Bacaan Lanjut
boss elixir

BOSS FRAGRANCE RAI ULANG TAHUN KE-25 DENGAN WANGIAN BOSS BOTTLED ELIXIR BAHARU

Bacaan Lanjut
5 BINTANG HOLLYWOOD MENCARI JODOH MELALUI APLIKASI CINTA

5 BINTANG HOLLYWOOD MENCARI JODOH MELALUI APLIKASI CINTA

Bacaan Lanjut
PERSOALAN MENGAPA AARON AZIZ & IEDIL PUTRA SEPENTAS DENGAN CHRIS HEMSWORTH TERJAWAB

PERSOALAN MENGAPA AARON AZIZ & IEDIL PUTRA SEPENTAS DENGAN CHRIS HEMSWORTH TERJAWAB

Bacaan Lanjut
Chris Hemsworth

10 FAKTA MENARIK AKSI DI BALIK TABIR FILEM ‘EXTRACTION 2’ LAKONAN CHRIS HEMSWORTH [SPOILER ELERT]

Bacaan Lanjut