Skip to content

CHRIS HEMSWORTH PAMER BAKAT BARU DI KONSERT ED SHEERAN

CHRIS HEMSWORTH PAMER BAKAT BARU DI KONSERT ED SHEERAN

Kongsikan artikel ini

Dari layar perak, bakat Chris Hemsworth kini meluas ke pentas konsert pula!

Bintang Marvel itu dilaporkan mempelajari kemahiran bermain instrumen untuk dokumentari National Geographic berjudul Limitless With Chris Hemsworth.

Dalam musim pertama rancangan yang memberi fokus pada kesihatan mental itu, Chris mendedahkan bahawa dia mempunyai risiko tinggi untuk menghidap penyakit Alzheimer.

Jadi apakah instrumen yang dipelajarinya? Dram, dan dia berpeluang menunjukkan bakatnya buat kali pertama dengan cara paling epik; di atas pentas bersama Ed Sheeran.

Ed berkongsi serba sedikit tentang persembahan Chris menerusi satu hantaran di Instagram baru-baru ini. Konsert itu berlangsung di Bucharest, Romania namun tarikhnya tidak didedahkan.

Foto: News18

“Jadi apa sebenarnya yang terjadi adalah Chris menghantar e-mel kepada saya Disember lalu. Katanya dia sedang menghasilkan sebuah dokumentari tentang kesihatan kognitif dan manfaat mempelajari cara bermain instrumen.

“Dia kemudiannya datang melawat saya, belajar cara bermain dram, dan akan membuat persembahan di hadapan 70,000 penonton,” katanya dalam video yang dikongsi.

Chris Hemsworth Teruja Dapat Tunaikan Impian

Menerusi video sama, Chris berkata dia telah lama mengimpikan untuk memiliki kemahiran bermain dram.

“Saya selalu sangat memikirkan tentangnya,” katanya sambil membuat gerakan tangan bermain dram. “Saya gembira kerana dapat menjadikan impian ini satu kenyataan,” tambahnya.

Video tersebut turut memperlihatkan Chris bersiap sedia menaiki pentas, seterusnya aksi Ed memberi kejutan dengan mendedahkan pelakon itu kepada penonton yang hadir.

“Dia telah bermain muzik bersama kita dari awal persembahan tadi. Berikan tepukan gemuruh buat Chris Hemsworth,” sorak Ed kepada hadirin.

Chris Hemsworth Ed Sheeran

Foto: YouTube

Usai konsert, kedua-duanya dilihat berpelukan di belakang pentas. Malah Ed sempat memberi pujian kepada Chris, “Anda sememangnya sangat berbakat.”

Pelantun lagu Don’t itu turut menganugerahi trofi berupa tangan memegang kayu dram sempena kemahiran baru Chris dan kecemerlangannya bermain dram.

 

Foto: People

Pautan berkaitan: ALZHEIMER: CHRIS HEMSWORTH LUAH HASRAT BEREHAT DARIPADA INDUSTRI HIBURAN

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 AKTOR HOLLYWOOD TERKENAL YANG PERNAH BERHASRAT UNTUK BERHENTI BERLAKON

5 AKTOR HOLLYWOOD TERKENAL YANG PERNAH BERHASRAT UNTUK BERHENTI BERLAKON

Bacaan Lanjut
CHRIS HEMSWORTH TERIMA PENGIKTIRAFAN BINTANG HOLLYWOOD WALK OF FAME

CHRIS HEMSWORTH TERIMA PENGIKTIRAFAN BINTANG HOLLYWOOD WALK OF FAME

Bacaan Lanjut
RAHSIA TUBUH MANTAP CHRIS HEMSWORTH

RAHSIA TUBUH MANTAP CHRIS HEMSWORTH

Bacaan Lanjut
cannes 2024

30 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI FESTIVAL FILEM CANNES 2024 (SETAKAT INI)

Bacaan Lanjut
TRANSFORMASI CHRIS HEMSWORTH DALAM FILEM FURIOSA: A MAD MAX SAGA

TRANSFORMASI CHRIS HEMSWORTH DALAM FILEM FURIOSA: A MAD MAX SAGA

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI LELAKI LEBIH KACAK BERAMBUT PANJANG

10 SELEBRITI LELAKI LEBIH KACAK BERAMBUT PANJANG

Bacaan Lanjut