Skip to content

5 AKTOR HOLLYWOOD TERKENAL YANG PERNAH BERHASRAT UNTUK BERHENTI BERLAKON

5 AKTOR HOLLYWOOD TERKENAL YANG PERNAH BERHASRAT UNTUK BERHENTI BERLAKON

Kongsikan artikel ini

Sama seperti orang biasa, selebriti juga pernah memasang niat untuk berhenti kerja. Tidak kira artis tempatan, Hollywood mahupun dari seluruh dunia.

Baru-baru ini Evangeline Lilly mengumumkan persaraannya dari industri hiburan untuk mencuba haluan kerjaya baru. Dalam sebuah video yang dimuat naik di Instagram, aktres itu berkata dia mahu menulis dan mempengaruhi kehidupan orang ramai dengan cara kemanusiaan.

Terdapat beberapa pelakon lelaki yang pernah berniat untuk bersara dari industri hiburan. Namun mujurlah mereka akhirnya membuat keputusan tepat dan membatalkan hasrat itu.

Ini lima aktor Hollywood yang Glam Lelaki maksudkan

1. Chris Hemsworth

5 AKTOR TERKENAL YANG HAMPIR MENINGGALKAN INDUSTRI GLAMOR HOLLYWOOD

Foto: Getty Images

Pelakon ini mengaku hampir bersara kerana bergelut dengan tawaran selepas membintangi Star Trek pada 2009. “Saya berasa sangat risau sehinggakan saya tidak boleh manfaatkan tenaga untuk mencari kerja,” katanya pada 2019. Dia kemudian temui ketenangan apabila mula menjadi diri sendiri. “Dari situlah semuanya berubah. Saya rasa lebih gembira.” Chris terus membintangi filem berprofil tinggi selepas itu termasuk Thor, Ghostbusters dan Bad Times at the El Royale.

 

2. Henry Cavill

5 AKTOR TERKENAL YANG HAMPIR MENINGGALKAN INDUSTRI GLAMOR HOLLYWOOD

Foto: Getty Images

Henry akan selamanya dikenali sebagai Superman, namun itu tidak akan terjadi jika dia mendengar kata hatinya untuk berhenti berlakon. “Saya bersyukur kerana pada tahap ini, saya sudah pun melangkah melepasi pintu. Jadi jika sesiapa cuba menutup pintu (peluang), masih ada ruang untuk saya selit masuk dan pastikan pintu terbuka,” katanya pada 2016. Pelan B Henry pada waktu itu adalah untuk menyertai pasukan tentera British. “Tetapi pada usia 33 sekarang, rasanya saya sudah terlalu tua untuk sertainya.”

 

3. Robert Pattinson

5 AKTOR TERKENAL YANG HAMPIR MENINGGALKAN INDUSTRI GLAMOR HOLLYWOOD

Foto: Getty Images

Bintang Tenet ini tekad untuk berhenti berlakon selepas melalui sesi uji bakat yang teruk, yang kemudiannya membuatkan namanya meletup dan menjadi watak kegemaran ramai dalam Twilight. “Ia antara uji bakat paling teruk yang pernah saya hadiri. Saya ingat lagi bagaimana saya menghubungi ibu bapa dan berkata, ‘Cukuplah. Saya tak boleh seksa diri lagi,’” ujarnya pada 2019. Keesokan harinya, dia ditawarkan untuk memegang watak utama dalam filem tersebut.

 

4. John Krasinski

Foto: Getty Images

Penerbit filem The Quiet Place ini hampir-hampir berhenti berlakon sebelum menerima tawaran hebat untuk The Office. Ketika dia sudah membuat keputusan untuk melupakan impiannya sebagai pelakon, ibunya berpesan, “tunggu dulu” dan “tunggu sampai hujung tahun.” Itulah yang dilakukannya dan tiga minggu selepas perbualan dari hati ke hati bersama ibunya, dia ditawarkan berlakon dalam sitkom tersebut. “Sebagai tanda terima kasih, saya berikannya kasih sayang yang tidak terhingga banyaknya, dan 10 peratus gaji,” selorohnya pada 2018.

 

5. Mark Ruffalo

Foto: Getty Images

Bintang Avengers: Endgame ini mengakui pernah hilang rasa cinta terhadap bidang lakonan pada 2009 dan hampir bersara. “Saya sudah muak dengan Los Angeles. Saya muak dengan bisnes yang wujud dalam industri hiburan Hollywood. Anda seorang artis, kemudian tiba-tiba anda menjadi produk pada masa sama, dan ada syarikat-syarikat yang muncul di sekeliling anda,” katanya pada 2011. “Saya tertekan dan hilang rasa cinta, jadi saya nekad, ‘Cukuplah sampai sini sahaja.’” Ruffalo menambah, “Jadi saya memecat semua orang dan bawa keluarga berpindah ke Callicoon, New York. Saya terpaksa membuat perubahan radikal. Filem saya, The Kids Are All Right adalah filem terakhir saya. Saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan selepas itu.”

 

Foto: MovieWeb

Pautan berkaitan: BERKELAKUAN BURUK, SHIA LABEOUF DISINGKIR DARIPADA PROJEK FILEM TERBARU

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

“SAYA TERASA SANGAT TUA” - ROBERT PATTINSON KONGSI PENGALAMAN MENJADI BAPA

“SAYA TERASA SANGAT TUA” – ROBERT PATTINSON KONGSI PENGALAMAN MENJADI BAPA

Bacaan Lanjut
EVANGELINE LILLY UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA HOLLYWOOD

EVANGELINE LILLY UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA HOLLYWOOD

Bacaan Lanjut
CHRIS HEMSWORTH TERIMA PENGIKTIRAFAN BINTANG HOLLYWOOD WALK OF FAME

CHRIS HEMSWORTH TERIMA PENGIKTIRAFAN BINTANG HOLLYWOOD WALK OF FAME

Bacaan Lanjut
RAHSIA TUBUH MANTAP CHRIS HEMSWORTH

RAHSIA TUBUH MANTAP CHRIS HEMSWORTH

Bacaan Lanjut
cannes 2024

30 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI FESTIVAL FILEM CANNES 2024 (SETAKAT INI)

Bacaan Lanjut
5 FILEM MANTAP LAKONAN HENRY CAVILL

5 FILEM MANTAP LAKONAN HENRY CAVILL

Bacaan Lanjut