FRED JEWELRY PILIHAN LELAKI MASKULIN
FRED Jewelry barangan kemas berprestij yang mencetus inspirasi mewah dan artistik kini secara eksklusif berada di The Exchange TRX, Kuala Lumpur.
Joie de Vivre! Akhirnya butik pertama Fred Jewelry di The Exchange TRX, Kuala Lumpur dibuka dengan tersergam indah dan mewah. GLAM Lelaki bertemu bersama Direktor Artistik dan Naib Presiden di FRED, Valérie Samuel untuk mengenali lebih dekat mengenai FRED Jewelry di matanya dan di mata dunia.
Fred Samuel dilahirkan di Buenos Aires, Argentina. Keperibadiannya sebagai tukang emas berwibawa dan tiada tandingan sejajar dengan kemewahan di Côte d’Azur. Gelaran sebagai “Creative Modern Jeweller” membangkitkan kredibiliti Maison FRED sejak diasaskan pada 1936. Kisah inspirasi pengembaraan yang unik, keperibadian yang luar biasa, dan kehebatan dalam ciptaan perhiasan permata telah membentuk falsafah Maison, yang juga dikenali sebagai “Sunlight Jeweller”.
Destinasi aristokrat yang mempesonakan, Côte d’Azur atau dikenali sebagai Riviera Perancis merupakan jurnal pengembaraan pengasas FRED, Fred Samuel. Destinasi ini menjadi titik-tolak pertama dirinya memperkenalkan jenama barangan kemas mewah FRED ke mata dunia. Pengarah Kecantikan GLAM, Julia Azman diterbangkan khas untuk mengenali dengan lebih dekat jenama yang menjadi pujaan selebriti dan sosialit terkemuka dunia.
“The word ‘Radiance’ has never left me. The light of the sun and stones, of course, but also the inner light that shines deep within each of us,” kata Fred Samuel
Saat dia memperkenalkan barisan barangan kemas mewah yang menyerlahkan lagi auranya sebagai tukang emas berkaliber sekitar 1936 yang membawa pembaharuan dan interprestasi moden dan eksklusif. Koleksi Monsieur Fred Inner Light ini meneruskan legasinya hingga ke hari ini. Terus memberi inspirasi kepada warga di Maison Fred jelas Charles Leung, Ketua Pegawai Eksekutif FRED. Sebagai jenama yang melihat visi masa depan, dare to unexpected kerana setiap enam koleksi punya inspirasi berbeza. Setiap satu rekaanya diilhamkan oleh kepekaan Monsieur Fred terhadap laut, potongan berlian unik dan setiap ilhamnya diterjemahkan kepada 24 ciptaan luar biasa.
Antara yang menjadi highlight utama adalah koleksi Pretty Women yang dicetuskan menerusi kisah cinta pandang pertama Fred Samuel dengan Thérèse yang tiada batasan kasih sayangnya. Pada 2021, FRED menafsirkan semula koleksi Pretty Woman yang legenda ini. Simbol cinta ini melalui transformasi lebih glamor dan disuntik dengan semangat joie de vivre! Koleksi ini juga pernah viral apabila ia muncul dalam filem Pretty Woman lakonan Julia Roberts dan Richard Gere. Fred mendedikasikan koleksi ini sempena filem ikonik sehingga kini masih menjadi bualan hangat!
Untuk koleksi 2023, FRED memperkenalkan himpunan baharu iaitu Force 10 Capsule yakni sebuah koleksi uniseks lebih kasual tahan lasak. Koleksi ini dicipta sekitar tahun 1966 sebagai memberi penghormatan kepada sukan laut yang melawan arus angina buat kelasi. Kapsul pertama uniseks ini mengambil intipati kejohanan Roland Garros. Perhiasan gelang tangan ini boleh digayakan secara bersendirian atau digabung dengan koleksi berbeza.
Ikuti interviu GLAM Lelaki bersama cucu Fred Samuel, Valérie Samuel, Direktor Artistik dan Naib Presiden di FRED
1. Apakah cabaran dan visi anda di FRED?
Cabaran terbesar buat diri saya semenjak bergelar Direktor Artistik di FRED adalah berdepan dengan bagaimana untuk mengekalkan momentum dalam mengejar visi utam FRED dan juga falsafah pengasas kami, Fred Samuel. Sentiasa membuat pembaharuan tetapi tidak lari dengan asal-usul FRED yang menjadi tunggak utama jenama kami. Sebagai pencipta barang kemas moden sejak 1936 ini membuatkan saya terus memegang asas utamanya.
2. Bagaimana pula mengekalkan jenama barangan kemas mewah di Paris?
FRED Jewelry bukanlah sepertimana barangan kemas mewah yang anda lihat di mata dunia. Di dunia kami segalanya punya interprestasi tersendiri, punya cerita yang istimewa. Baru-baru ini,cabaran buat rumah FRED apabila kami mengadakan pameran yang mempamerkan barisan arkib yang memperkenalkan warisan FRED di mata dunia. Pameran ini juga mempamerkan sebanyak 450 barang kemas, objek, dokumen arkib lebih daripada 85 tahun. Ia sangat menakjubkan!
3. Apakah momen ikonik anda dan FRED?
Paling hampir dengan diri saya adalah momen di pameran ikonik FRED kerana kami boleh berkongsi mengenai kekayaan warisan FRED. Setiap ruang yang kami pamerkan adalah bersifat peribadi dan ikonik. Kemungkinan kami akan membuka ruang pameran ini di Asia .
4. Apakah memori pertama anda bersama Fred Samuel?
Disebabkan datuk saya, wujudnya saya dalam dunia pembuatan barangan kemas kerana dia sumber inspirasi saya. Gelaran Monsieur Fred terngiang dalam minda saya kerana kredibiliti dan personaliti sangat elegan, karismatik dan berjiwa atletik.
5. Apakah pilihan koleksi kegemaran anda?
Jika harus dipilih, saya sangat menggemari koleksi permata ikonik iaiti Yellow Diamond. Bagi saya ia cukup bermakna buat diri saya dan juga FRED. Pada 1977, kemunculan Yellow Diamond ini disifatkan paling unik kerana punya kriteria “fancy intense yellow” yang terserlah sinarannya. Kini, Yellow Diamond seberat 101.57 karat dan tersenarai sebagai “The largest cut diamonds in the world.”
6. Menarik mengenai koleksi Joyful Happy Blue 2023?
Bukan hanya koleksi ia lebih kepada ciptaan yang meluahkan perasaan dan inspirasi yang bersinar dan terinspirasi daripada keindahan biru di lautan. Warna biru lautan dan langit adalah penting di FRED kerana menerusi warna tercetusnya idea dan inspirasi. Biru mendatangkan kekuatan dan kekuasaan.
Artikel berkaitan SUT MERAH JAMBU & RANTAI CANDY TANDA PENGHORMATAN TIMOTHEE CHALAMET BUAT WONKA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
CARA MUDAH MENJAGA RAMBUT BERUBAN
Ketahui cara mudah menjaga rambut beruban agar tampak lebih sihat dan elegan. Dapatkan tips tentang syampu, produk terbaik, dan gaya rambut
5 TREND GAYA RAMBUT LELAKI 2024
Paras rupa yang tampan dan menarik akan dilihat melalui gaya rambut seseorang yang menentukan aura mereka yang tersendiri.
PIQUARDO PERKENAL KOLEKSI FW24: ERA BAHARU ITALI DAN INOVASI TEKNOLOGI
Piquadro mempersembahkan koleksi FW24, gabungan sempurna gaya Itali dan teknologi canggih kini dibuka di The Exchange TRX dan IOI City Mall.
10 TIPS PENJAGAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK LELAKI
Secara skeptikalnya, lelaki sering dikatakan untuk tidak mencari sokongan kesihatan mental kerana norma budaya dan sosial.
10 MANFAAT KESIHATAN PENGGUNAAN MAINAN SEKS UNTUK LELAKI
Siapa sangka penggunaan mainan seks semakin diterima sebagai cara yang sah untuk meningkatkan kesihatan seksual dan kepuasan diri. Mainan seks bukan sahaja dicipta untuk wanita, lelaki juga dapat meraih banyak manfaat daripada penggunaannya. Berikut adalah 10 manfaat utama kesihatan menggunakan mainan seks untuk lelaki: 1. Meningkatkan Kesihatan Seksual Penggunaan mainan seks membantu lelaki lebih memahami…
5 DRAMA LAKONAN MIERUL AIMAN DIGEMARI RAMAI
Mierul Aiman merupakan seorang pelakon yang sedang meningkat naik namanya dalam industri lakonan dan fesyen di Malaysia. Juara Hero Remaja tahun 2021 ini merupakan salah seorang dari jejaka yang menjadi wajah muka depan GLAM Lelaki pada bulan September. Mierul Aiman, seorang pelakon Malaysia yang digemari ramai ini baru sahaja mencecah umur 26 tahun. Lakonan Mierul…