Skip to content

SUT MERAH JAMBU & RANTAI CANDY TANDA PENGHORMATAN TIMOTHEE CHALAMET BUAT WONKA

SUT MERAH JAMBU & RANTAI CANDY TANDA PENGHORMATAN TIMOTHEE CHALAMET BUAT WONKA

Kongsikan artikel ini

Timothee Chalamet dilihat kekal dalam karakter ketika menghadiri tayangan perdana filem terbaharunya, Wonka di Royal Festive Hall, London.

Timothee yang menggalas watak Willy Wonka, pengasas kilang coklat dalam filem prekuel itu muncul di karpet merah menyarung sut baldu merah jambu rekaan Tom Ford.

Persalinan mencuri perhatian itu adalah daripada koleksi pakaian wanita Musim Bunga/Panas 2024. Ia diperagakan di pentas fesyen oleh model wanita yang menyuai padan blazer tersebut dengan celana pendek.

Timothée Chalamet Wonka

Foto: Page Six

Bagaimanapun aktor berusia 27 tahun itu memilih seluar panjang paras buku laki. Penampilannya disempurnakan dengan but kulit rona coklat dan rantai berinspirasikan gula-gula daripada Cartier.

Tampil menggayakan hanya sut tanpa baju dalam, Timothee secara bersahaja mendedahkan sebahagian besar dadanya dalam suhu di bawah 4 darjah celcius.

Pilihan Gaya Timothee Chalamet Untuk Tayangan Perdana Wonka

Teman lelaki kepada mogul kecantikan Kylie Jenner ini menggayakan potongan rambut kegemarannya yang membingkai wajahnya dengan sempurna.

“Saya sangat teruja! Saya berterima kasih kepada semua yang hadir pada malam ini untuk menonton Wonka. Ia luar biasa. Malam ini sangat indah dan dingin. Saya tidak tahu mengapa saya memilih untuk memakai sut ini,” selorohnya.

Ini bukan kali pertama Timothee memberi penghormatan kepada watak Willy Wonka menerusi fesyen. Ketika muncul di tayangan perdana di Tokyo minggu lalu, dia menggayakan jaket kulit paten Prada rona lavender yang dipadankan bersama seluar sedondon. But putih melengkapkan penampilannya.

Timothée Chalamet wonka

Foto: Getty Images

Filem Wonka akan menemui penonton di layar perak pada 7 Disember 2023. Ia mengikuti perjalanan Wonka mencari biji koko, berkawan dengan seorang gadis yatim piatu dan memasang impian memiliki kedai coklat sendiri.

Selain Timothee, filem ini turut dibintangi oleh Hugh Grant, Olivia Colman, Rowan Atkinson, Sally Hawkins, Keegan-Michael Key, Matthew Baynton, Matt Lucas, Jim Carter, Natasha Rothwell, Simon Farnaby, Paterson Joseph, Tom Davis, Rakhee Thakrar, Justin Edwards, Colin O ‘Brien, Ellie White, Freya Parker dan Kobna Holdbrook-Smith.

 

Foto: Getty Images/Julian Ungano for Cartier

Pautan berkaitan: SUT MERAH JAMBU DANIEL CRAIG DI TAYANGAN FILEM JAMES BOND MENCETUS PERBALAHAN PEMINAT FESYEN

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

GAYA BINTANG TERNAMA DI ‘OSCAR SAINS’, BREAKTHROUGH PRIZE AWARDS 2024

GAYA BINTANG TERNAMA DI ‘OSCAR SAINS’, BREAKTHROUGH PRIZE AWARDS 2024

Bacaan Lanjut
PENAMPILAN PERTAMA TIMOTHEE CHALAMET UNTUK FILEM BIOPIK BOB DYLAN

PENAMPILAN PERTAMA TIMOTHEE CHALAMET UNTUK FILEM BIOPIK BOB DYLAN

Bacaan Lanjut
FESYEN TERBAIK BRIT AWARDS 2024 PILIHAN GLAM LELAKI

FESYEN TERBAIK BRIT AWARDS 2024 PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
10 YANG SEGAK DI INDEPENDENT SPIRIT AWARDS 2024

10 YANG SEGAK DI INDEPENDENT SPIRIT AWARDS 2024

Bacaan Lanjut

10 STAIL TERBAIK SELEBRITI DI BAFTA AWARDS 2024

Bacaan Lanjut
FESYEN SELEBRITI DI TAYANGAN PERDANA DUNE: PART TWO

FESYEN SELEBRITI DI TAYANGAN PERDANA DUNE: PART TWO

Bacaan Lanjut