KENALI BRIGHT VACHIRAWIT, BINTANG MEDIA SOSIAL BAHARU
SIAPAKAH BRIGHT VACHIRAWIT? PENANGAN BRIGHT DALAM SIRI 2GETHER MENCETUSKAN FENOMENA. GOLONGAN MUDA MULA MENGIKUTI PERKEMBANGANNYA. KLIEN-KLIEN FESYEN BEREBUT UNTUK BEKERJASAMA DENGANNYA. LOUIS VUITTON, PRADA ANTARA YANG PERNAH MENYUNTING BRIGHT. BRIGHT VACHIRAWAT ADALAH BINTANG MEDIA SOSIAL ERA BAHARU YANG GIAT DIKETENGAHKAN.
Situasi pandemik dan ‘lockdown’ ternyata berhasil buat anak muda bernama Bright Vachirawit. Siri TV lakonannya, “2gether: The Series” bersama seorang lagi pelakon baharu, Metawin Opas merupakan antara siri yang paling tinggi jumlah strim sewaktu ‘lockdown’. “2gether: The Series” yang viral menyebabkan ramai yang bercerita tentangnya. Peminat-peminat Bright mula mereka akaun kelab peminat yang seringnya berkongsi perihal harian Bright. Bright mula diburu peminat.
Memulakan langkah sebagai pelakon, Bright yang berasal dari Thailand dan tanpa diduga telah menawan dunia dalam sekelip mata. Dari tidak dikenali, terus berjaya mengumpul bilangan jutaan peminat. Since that, everyone is talking about Bright. Move over K-pop? Apakah mungkin trend fesyen lelaki kini datangnya dari Thailand. Destinasi fesyen baharu?
Keberadaan Bright dalam dunia seni telah membentuk trend baharu. Anak-anak muda, khasnya mula mengalihkan perhatian kepada bintang-bintang muda dari Thailand. Wajah-wajah masa kini, kini datangnya dari Thailand. Bukan lagi dari Korea. Fenomena K-pop terhenti seketika. Bintang muda Thailand semakin meraih perhatian. Disebabkan pengaruh yang besar datang dari Bright, klien-klien fesyen dan produk gaya hidup mula menampuk Bright sebagai duta dan wajah komersial. Bright pun sudah melantik penata gaya peirbadi untuk menata gayanya. Dia semakin serius berfesyen.
Sepanjang 2020, Bright pernah bekerjasama dengan jenama-jenama besar, seperti Burberry, Loewe, Louis Vuitton, dan Prada. Produk-produk jenama gaya hidup juga ada termasuk dalam senarai portfolio hebat Bright untuk tahun ini. Langsung, membentuk trend pemasaran era baharu. Yang mana, bintang media sosial adalah tarikan baharu dalam bidang pemasaran. Mengukuhkan lagi dominasi ‘influencer’ dalam konteks fesyen.
Bright memiliki stail fesyen yang tersendiri. Sepanjang pemerhatian kami, Bright suka bergaya ringkas, namun ‘polished’. Imej bersih and always tailored, mendefinisikan identiti gaya Bright. Stail rambut Bright pun digayakan beralun dan terkadang a bit messy. Menyimbolkan imej anak muda sebenar. We can’t wait to see what’s next for Bright in 2021.
Artikel berkaitan: Mahmood, Ikon Stail Baharu?
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 BEG LELAKI MENARIK DARIPADA KOLEKSI LOUIS VUITTON TAIGARAMA 2023
Louis Vuitton hadirkan koleksi baharu Taigarama. Kali ini membawa nafas olahraga yang kencang serta dituangkan ke dalam koleksi musim panas.
BRIGHT DEDAHKAN RAHSIA KULIT PUTIH LELAKI THAI
Interviu eksklusif bersama Bright Vachirawit menyelongkar rahsianya bagaimana dia menjaga kulit muka dengan teliti.
KAPTEN BOLA SEPAK YANG TERSELAMAT DALAM ‘THAI CAVE RESCUE’ MENINGGAL DUNIA
Duangpetch Promthep, kapten kelab bola sepak, Wild Boars yang telah diselamatkan dalam ‘Thai cave rescue’ pada 2018 telah meninggal dunia di United Kingdom.
PHARRELL WILLIAMS DILANTIK SEBAGAI PENGARAH KREATIF LELAKI LOUIS VUITTON
Rumah fesyen ikonik, Louis Vuitton telah melantik Pharrell Williams bagi menggantikan Virgil Abloh sebagai Pengarah Kreatif Menswear terbaharu jenama itu.
IKON FESYEN, CHIARA FERRAGNI KONGSI INSPIRASI BUDAYA KOPI ITALI
Ikon fesyen antarabangsa, Chiara Ferragni bersama Nespresso mempekenalkan rangkaian kopi edisi terhad Ispirazione Italiana yang diilhamkan oleh budaya kopi Itali.
“I’M A DREAMER, I DREAM BIG AND I DON’T SETTLE.” – SKY ISKANDAR, MODEL & USAHAWAN ERA BAHARU
Kenali Sky Iskandar, bergelar model, usahawan dan mula menceburi bidang lakonan. Bercerita tentang fesyen dan gaya peribadinya.