Skip to content

JELLY, TELEFON PINTAR ANDROID TERKECIL DI DUNIA

Kongsikan artikel ini

Memilih untuk lari dari kebiasaan, syarikat Jelly bertindak melawan dengan mengeluarkan telefon pintar android terkecil dengan skrin hanya selebar 2.54 inci, malah lebih kecil dari iPhone versi pertama. Walaupun peranti berskrin besar semakin digilai majoriti pengguna, namun syarikat pembuat telefon, Unihertz yang berpangkalan di Shanghai dengan pengalaman 10 tahun dalam industri tampil dengan telefon bersaiz kecil diberinama Jelly.

Unihertz Jelly hadir dengan penyediaan RAM 1 GB dan 8 GB ruang storan. Jelly juga menggunakan kamera belakang 8-megapixel dan kamera hadapan 2-megapixel. Smartphone ini mungkin menjadi pilihan segelintir pengguna yang mahukan telefon yang kecil serta dikuasakan dengan OS Android. Yang menariknya, adalah kapasiti baterinya yang bersaiz 950 mAh. Sangat kecil berbanding smartphone keluaran jenama lain dan dikatakan mampu bertahan sehingga tiga hari.

Kedua-dua model Jelly (Jelly & Jelly Pro) boleh dimasukkan ke dalam poket seluar dengan cukup selesa. Walaupun kecil ia masih menyokong rangkaian 4G dan kebanyakan aplikasi Android di pasaran. Hebat bukan! Di bawah adalah spesifikasi kedua-dua model.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 5 Mei 2017

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

BAYU SOMERSET merdeka 118

DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118

Bacaan Lanjut

KLCC GETS A NEW WAVE! OMBAK KLCC TARIK PERHATIAN

Bacaan Lanjut

SUDAH DIBUKA! 118 MALL MENJADI TARIKAN BAHARU KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut

TESLA ROADSTER, KERETA TERBANG BUKAN LAGI FIKSYEN

Bacaan Lanjut
SENARAI PEMENANG MTV VMAS 2026

SENARAI PEMENANG MTV VMAS 2026

Bacaan Lanjut
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026 BERSAMA ALPHA: DALAM RENTAK SENDIRI

GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026: ALPHA, DALAM RENTAK SENDIRI

Bacaan Lanjut