Skip to content

JO MALONE LONDON SAMBUT MUSIM PERAYAAN DENGAN GAYA BRITISH

Kongsikan artikel ini

Jo Malone London meraikan musim perayaan dengan cara yang penuh ceria dan bergaya. Di mana Jo Malone membawa keseronokan, keharuman dan kemewahan bertemu dalam satu koleksi yang penuh imaginasi. Seperti tradisi British yang klasik namun penuh kejutan, jenama ini memperkenalkan rangkaian edisi khas untuk mereka yang ingin menjadikan setiap pemberian hadiah lebih bermakna.

HADIAH UNTUK SETIAP DETIK

Jo Malone London menampilkan pelbagai pilihan hadiah yang cukup memikat daripada koleksi Twelve Day Ornament Collection yang menawarkan lilin mini, minyak wangi 9ml, hingga penjagaan tubuh yang dibungkus dalam 12 perhiasan istimewa. Ia bukan sekadar hadiah, tetapi juga satu interpretasi yang sesuai digantung di pokok Krismas atau dijadikan hiasan meja makan. Untuk si tuan rumah yang bergaya, The Art of Entertaining Collection pula menampilkan set lilin, diffuser dan semburan bantal. Membawa suasana mewah ke dalam setiap ruang.

KEHARUMAN IKONIK KEMBALI

Musim ini turut menyaksikan kemunculan semula haruman kegemaran seperti Orange Bitters, dengan gabungan aroma oren manis, oren pahit dan kayu sandal yang kaya. Simbol klasik suasana perayaan. Turut hadir Midnight Musk & Amber yang memikat dan Ginger Biscuit. Membawa kehangatan nostalgia aroma biskut segar di malam sejuk.

HARUMAN TERBAHARU: SANDALWOOD & SPICED APRICOT

Bintang utama koleksi tahun ini, Sandalwood & Spiced Apricot, menampilkan harmoni antara bau kayu  yang lembut, vanila yang manis dan kesegaran kardamom yang menyatukan semuanya dalam keharuman aprikot yang mewah. Untuk mereka yang sukar memilih satu aroma sahaja, Fragrant Festivities Collection menawarkan lima wangian mini termasuk edisi baharu ini serta haruman klasik seperti Fir & Artemisia dan Orange Bitters.

LEBIH DARIPADA SEKADAR WANGIAN

Koleksi penuh Jo Malone London tahun ini meliputi pelbagai set eksklusif. Dari Advent Calendar dan Cologne Collection, hingga Decorated Candle Duo dan New Year Countdown Collection. Setiap satu dicipta untuk menghadirkan rasa gembira, nostalgia dan kemewahan dalam setiap semburan.

Musim perayaan kali  ini, Jo Malone London membuktikan bahawa pemberian paling indah bukan sekadar hadiah. Tetapi pengalaman dan  keharuman yang mencipta memori. Dengan sentuhan British yang elegan dan rekaan yang menawan, Jo Malone London mengajak kita semua untuk bermain dengan masa, emosi dan deria.

Artikel Berkaitan: YSL BEAUTY HADIRKAN ICONIC DUO POP-UP DI KLCC

Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

MUSLIM MET GALA — GAYA HARI RAYA SELEBRITI PILIHAN GLAM LELAKI

MUSLIM MET GALA — GAYA HARI RAYA SELEBRITI PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
ikmal amry

HIGH PERFORMANCE: IKMAL AMRY AKTIF AKTIVITI KECERGASAN, CETUS INSPIRASI BUAT LELAKI MASA KINI

Bacaan Lanjut
kimi noordin

HIGH PERFORMANCE: HAKIMI NOORDIN, “AYAH SAYA MERUPAKAN INSPIRASI TERBESAR SAYA DALAM BIDANG KECERGASAN”

Bacaan Lanjut
ikmal amry

PILIHAN STYLISH IKMAL AMRY MERAIKAN SYAWAL

Bacaan Lanjut

THE DRAMA KING: AMIR AHNAF

Bacaan Lanjut
TARUNG: UNFORGIVEN BAWAKAN BARISAN PELAKON HEBAT

TARUNG: UNFORGIVEN BAWAKAN BARISAN PELAKON HEBAT

Bacaan Lanjut