KELAB JANGGUT & KUMIS DARI KANADA BERGAMBAR SEPERTI DUYUNG DEMI KEBAJIKAN
Dalam meningkatkan kesedaran serta mengumpul wang demi kebajikan, apa saja boleh dilakukan, asalkan ianya ikhlas dan tidak membebankan. Samalah juga seperti apa yang dilakukan oleh sebuah kelab janggut dan kumis dari Kanada, iaitu Newfoundland and Labrador Beard and Moustache Club di mana baru-baru ini mereka memasarkan kalendar khas untuk tahun 2018 dengan beraksi seperti ikan duyung!

Mulai tular di laman-laman sosial, kalendar yang digelar MerB’ys, iaitu frasa yang menggabungkan perkataan Merman (ikan duyung lelaki) dengan perkataan ‘bye’ iaitu istilah jantina neutral seperti perkataan ‘bro’ atau ‘buddy’. Bercakap tentang usaha murni ini, pengasas kelab, Hasan Bai memberitahu HuffPost, misi teras kelab sosial ini terbuka kepada siapa saja yang ingin menumbuh serta menghargai bulu rambut (facial hair) dan pada masa yang sama ingin membuat amal kebajikan kepada komuniti dan masyarakat. Hasil dari penjualan kalendar ini akan disalurkan kepada Spirit Horse Mental Health , program tempatan yang mengajar kemahiran hidup kepada orang melalui interaksi terapeutik dengan kuda.


“Kalendar yang menampilkan sekumpulan lelaki berjanggut mereplika ikan duyung lelaki melakukan pelbagai aksi menarik, dilihat selesa dalam kulit mereka sendiri. Walau terdedah dengan penentangan norma tradisional maskuliniti nyata menzahirkan hubungan dengan orang di sekeliling, namun konsep ini bertepatan dengan apa yang ingin disampaikan”, jelas Hasan lagi. Saksikan gambar-gambar menarik yang kami sediakan di bawah ini. Semoga usaha murni ini dapat dijadikan contoh buat kita semua.


Oleh Wan Mohd Firdaus, 9 November 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP
Terokai 5 filem terbaik lakonan legenda Meryl Streep sebelum kemunculannya dalam filem baru The Devil Wears Prada 2.
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN
Ketahui senarai filem biopik berkisar tentang penyanyi lelaki dengan penilaian tinggi melebihi paras rating lapan.
MEW SUPPASIT & MONTBLANC MEISTERSTÜCK: MANIFESTASI JIWA DALAM SETIAP GORESAN
Mew Suppasit sertai Montblanc menterjemah makna seni penulisan. Lihat gaya sofistikated ikon Thailand ini bergaya dengan produk Montblanc.
TACTICAL GROOMING: KEKAL KACAK DI BAWAH BAHANG PALM SPRINGS
Ketahui strategi tactical grooming untuk kekal segar di Palm Springs. Tip penjagaan wajah, rambut, dan wangian untuk lelaki masa kini.
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL
Lihat bagaimana selebriti dunia menjadikan naskhah fizikal sebagai pelengkap personaliti yang sangat berkarisma.
THE LEGENDARY ZUL ARIFFIN: 7 FILEM WAJIB TONTON SEPANJANG ZAMAN
Terokai 7 filem terbaik lakonan Zul Ariffin yang wajib tonton. Temui evolusi kerjaya ikon aksi Malaysia ini sekarang.










