Skip to content

KELUANG MAN 3 BAWA PELAKON HEBAT KE PAWAGAM

KELUANG MAN BAWA PELAKON HEBAT KE PAWAGAM

Kongsikan artikel ini

Keluang Man membawa semula nostalgia kartun zaman kanak-kanak ke pawagam dengan barisan pelakon hebat tanah air. 

Setelah sekian lama, adiwira tempatan kini kembali di Malaysia. Satu lagi karya ikonik tempatan bakal menghiasi layar perak. Keluang Man, adaptasi aksi komedi terbaru daripada siri animasi popular yang pernah mencuri hati rakyat Malaysia pada era akhir 90-an hingga pertengahan 2000-an, bakal menemui penonton di pawagam bermula 29 Mei 2025.

keluang man pawagam

Diterbitkan oleh Astro Shaw, filem ini menghidupkan semula watak adiwira kegemaran ramai dengan suntikan elemen moden dan penuh aksi. Menariknya, Keluang Man diarahkan oleh Anwari Ashraf yang turut menulis skrip, manakala Raja Jastina Arshad bertindak sebagai penerbit eksekutif.

Watak ikonik Keluang Man dibawakan oleh Nas-T, dengan barisan pelakon hebat seperti Rosyam Nor, Remy Ishak dan Anwaar Beg Moghal. Turut membintangi filem ini ialah Amelia Henderson yang memegang watak Kathy Ismail, dan Shahrol Shiro sebagai Ated. Kehadiran dua bintang muda yang kini menjadi kegemaran ramai, Nadhir Nasar dan Mierul Aiman, turut memeriahkan filem ini dalam penampilan istimewa mereka.

keluang man pawagam

Keluang Man berasal daripada siri animasi hasil ilham Kamn Ismail bersama Natashah Md Noor dari UAS Animation. Mengisahkan tentang Borhan, seorang pesakit hospital mental yang menjelma menjadi adiwira malam sebagai Keluang Man, siri ini pernah mencatat kejayaan besar dengan tujuh musim dan lebih 140 episod ditayangkan di TV1 dari 1998 hingga 2005.

Lebih menarik, filem ini bukan sekadar satu projek semata-mata. Ia merupakan permulaan kepada Dunia Sinematik Keluang Man, sebuah francais yang dijangka bakal merangkumi enam filem kesemuanya. Antara filem lain yang bakal menyusul termasuk Baling, Patani, Keluang Man 2, Besut, dan Kataha.

Pautan Berkaitan: KENALI 7 PELAKON SIRI NETFLIX TERBARU, BET

By Batrisyia Faisal
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

NAS-T BAWA WATAK ADIWIRA IKONIK, KELUANG MAN

Bacaan Lanjut

LAKONAN BETO KUSYAIRY MENGHIDUPKAN FILEM “GAYONG”

Bacaan Lanjut

ANDY TEH HERO BARU FILEM AKSI MALAYSIA

Bacaan Lanjut
5 FILEM LAKONAN HEBAT SHARNAAZ AHMAD

5 FILEM LAKONAN HEBAT SHARNAAZ AHMAD

Bacaan Lanjut

5 PELAKON MESTI KENALI DALAM FILEM BLOOD BROTHERS

Bacaan Lanjut

SYAMSUL YUSOF: PENGARAH VISIONARI FILEM MALAYSIA

Bacaan Lanjut