KEMATANGAN EGGSY, KECELARUAN GALAHAD DALAM KINGSMAN: THE GOLDEN CIRCLE
Lebih epik, lebih aksi, lebih menghiburkan! Itu ulasan GL tentang sekuel kepada filem Kingsman iaitu The Golden Circle yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia bermula hari ini. Tiada siapa menyangka sebenarnya, filem pertama Kingsman: The Secret Service pada tahun 2015 menerima ulasan positif dan dikira berjaya. Filem yang diadaptasi dari buku komik Kingsman ciptaan Dave Gibbons dan Mark Millar itu ternyata cukup menghiburkan, dan penulis lega di mana kesinambungan kali ini masih menerapkan elemen sama namun ditambah baik hasil garapan asli, gabungan aksi lebih mendebarkan, barisan pelakon tambahan yang legend, serta jalan cerita mudah difahami dan menghiburkan.
KEMATANGAN EGGSY
Sebelum apa-apa, pastikan anda menonton filem pertama terlebih dahulu ya! Dah nama pun filem sekuel, pastinya ia berkait rapat. Filem Kingsman: The Golden Circle mengisahkan bagaimana Eggsy, watak utama dalam filem ini meneruskan perjuangannya sebagai salah seorang Kingsman yang masih hidup selepas kematian mentornya, Galahad lakonan Colin Firth. Dengan bantuan Merlin (Mark Strong), mereka terpaksa merantau ke Amerika Syarikat bagi mendapatkan bantuan Statesman (sebuah lagi pakatan Kingsman di Amerika Syarikat) selepas ibu pejabat mereka dimusnahkan oleh pihak musuh dikenali The Golden Circle yang diketuai Poppy, watak antogonis lakonan Julianne Moore.
Apa yang menariknya adalah bagaimana kematangan Eggsy dilihat cukup menyerlah. Sekiranya dalam filem terdahulu, Eggsy agak cemerkap, cuai pada awalnya namun kali ini, Eggsy dilihat lebih menyerlah dengan etika dan kemahirannya dalam pertempuran, berbanding Galahad atau Harry Hart yang masih hidup! Well, its not a spoiler anymore! Walaupun Galahad masih hidup, dirinya yang dulu bukanlah yang sekarang. Ingin tahu apa yang benar-benar terjadi kepada Galahad? Anda kena tonton sendiri!.
JULIANNE MOORE AS A VILLAIN? WHY NOT!
Pada awalnya penulis meragui keupayaan Julianne Moore membawakan watak jahat atau antogonis. Walaupun beliau adalah salah seorang aktres bertaraf lagenda di Hollywood, namun kredibilitinya membawa watak Poppy, ketua pengedar dadah tampak berkesan dan menyakinkan. Penulis tiada masalah langsung dengan Poppy. Yang pasti kehadirannya sebagai seorang adorable villain but psycho sedikit sebanyak membantu perkembangan plot dalam filem ini.
AKSI TRADEMARK
Masihkah anda ingat aksi pertempuran Galahad di dalam gereja dalam filem pertama? Best bukan! Jangan risau. Dalam filem kedua kali ini, aksi trademark seakan itu turut dihidang malah lebih banyak lagi. Maklumlah, filem ini masih lagi diarahkan oleh pengarah yang sama, iaitu Matthew Vaughn jadi anda boleh menjangkakan ledakan aksi yang berganda lagi mendebarkan. Dengan star studded cast, penulis cukup berpuas hati dengan setiap peranan yang dimainkan oleh setiap pelakon walaupun ada yang minimal seperti Channing Tatum dan Jeff Bridges, malah ada watak yang dimatikan. Yup, we are not kidding! Kesimpulannya, filem Kingsman ini sewajarnya ditonton. Dengan jalan cerita yang mudah untuk difahami, dengan aksi dan humor yang diadun sebati, penulis percaya filem sekuel ketiga pasti sudah dirancang. 9/10
Oleh Wan Mohd Firdaus, 21 September 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KHABAR ANGIN JUSTIN BIEBER MUFLIS BENAR BELAKA?
Dalam dunia selebriti yang penuh drama, Justin Bieber menjadi bualan bukan kerana muzik terbaru, tetapi kerana satu dakwaan yang mengejutkan.
JOHNNY DEPP KEMBALI DENGAN GAYA ‘SILVER FOX’ DALAM FILEM TERBARU DAY DRINKER
Johnny Depp, bintang legenda hadir dengan transformasi yang mengubah persepsi – satu gaya silver fox yang membangkitkan perbualan hangat.
5 PELAKON MESTI KENALI DALAM FILEM BLOOD BROTHERS
Kebangkitan luar biasa filem tempatan apabila Blood Brothers: Bara Naga muncul sebagai karya epik yang mencetuskan sensasi.
5 SEBAB MENGAPA FILEM MINECRAFT BERJAYA BESAR
Ada sesuatu yang menarik tentang filem Minecraft apabila memberikan petanda bahawa ia mampu hit box office yang mengejutkan.
TOM HARDY EFFECT: SENARAI WAJIB TONTON UNTUK ANDA
Tom Hard lebih daripada sekadar wajah garang dan berrahang tajam. Ia tentang intensiti yang membara, tenaga hebat dan aura maskulin.
5 FILEM BERTEMAKAN RAYA PILIHAN GLAM LELAKI
Hari Raya Aidilfitri bukan sahaja diraikan dengan lagu-lagu yang menyentuh hati, tetapi juga dengan filem-filem bertemakan Raya yang menggamit emosi dan nostalgia.