KERETAPI SARONG 2025: BILA WARISAN & MUZIK BERSATU
Tanggal 13 September 2025, ribuan peserta meriahkan Keretapi Sarong 2025 dari 11 stesen seluruh Lembah Klang. Mencipta gelombang warisan & budaya yang penuh warna sejak jam 8 pagi hingga 10 malam. Lebih daripada sekadar acara fesyen jalanan, Keretapi Sarong sekali lagi membuktikan bahawa sarong mampu menjadi simbol penyatuan identiti, gaya dan kebanggaan Malaysia moden.
Seawal pagi, suasana penuh ceria dengan Sing-A-Long Laaah dan ASEAN Serumpun Showcase bersama Aina Abdul. Warisan & muzik Malaysia diikuti dengan Joget Lambak, menambahkan semangat kebersamaan, sambil peserta tampil kreatif dengan gaya sarong moden. Padanan gaya daripada sneakers dan blazer hingga gaya tradisional klasik. Gabungan atau padanan ini sekaligus tidak menjejaskan warisan & muzik serta budaya di Malaysia.
Sepanjang tengah hari, acara terus rancak dengan segmen Bersama Malaysia bersama HOT FM, persembahan KL Drum Percussion and Pipes by Saji, serta dance showcase oleh Antava dan Zafina Fitness. Sorakan penonton juga disemarakkan dengan kuiz, hadiah cabutan bertuah dan kempen Merdeka Daripada Scam oleh KWSP, yang membawa mesej penting kepada komuniti.
Menjelang malam, sorotan acara diteruskan dengan Malam Bintang Purnama. Pentas persembahan yang menampilkan Mupun Ta’uh, Sri Greteh, Serambi Permata, serta sesi akustik intim bersama Bobby, Aleya dan Muiz. Gabungan muzik tradisional, kontemporari dan persembahan seni ini menjadikan suasana malam penuh magis dan menggamit rasa bangga terhadap budaya Malaysia.
Lebih daripada sekadar “flash mob”, Keretapi Sarong kini terbukti sebagai sebuah gerakan budaya. Acara ini dapat menyatukan masyarakat lintas generasi melalui muzik, seni dan gaya. Setiap tahun, sambutannya semakin besar, menandakan ia bukan sekadar acara tahunan, tetapi sudah menjadi ikon budaya moden Malaysia. Bersatu meraikan Hari Merdeka dan keindahan warisan Malaysia benar-benar mencerminkan semangat kebangsaan kita, meskipun ada yang berada jauh dari tanah air. Sarong dan busana tradisional yang digayakan para peserta menjadi pemandangan indah yang menghidupkan kembali rasa bangga terhadap budaya kita.
Artikel Berkaitan: KERETAPI SARONG 2025: SEGALANYA ANDA PERLU TAHU
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ANUGERAH GRAMMY 2026: MALAM MENGIKTIRAF MUZIK DUNIA
Anugerah Grammy 2026 sekali lagi membuktikan status mereka sebagai pentas paling berprestij dalam industri muzik global di acara mereka.
SELEBRITI MALAYSIA YANG MENYERTAI HYROX OSAKA 2026
HYROX Osaka 2026 menampilkan selebriti Malaysia yang uji stamina & mental, termasuk debut Shahizan Ismail dan Ahmad Ezrinloy.
SHINEE MINHO SERTAI HYROX OSAKA 2026 SEBELUM KONSERT SMTOWN FUKUOKA
Di sebalik jadual padat SHINee, Minho sempat menyertai HYROX Osaka 2026 sebelum tampil di pentas SMTOWN LIVE Fukuoka.
TEMU BUAL BERSAMA ANDREW PUTRA, PEMILIK GIMME, UNISEX LIFESTYLE BRAND DARI JAKARTA
GLAM Lelaki menemu bual pengasas GIMME iaitu Andrew Putra. Bertanya tentang visi dan latar belakang Andrew sendiri.
JOONG ARCHEN IN KUALA LUMPUR: PELANCARAN CONCEPT STORE BONIA
BONIA Pavilion Kuala Lumpur raikan kehadiran duta jenama, Joong Archen dalam pelancaran concept store penuh gaya dan seni pertukangan.
GRAMMYS 2026, FESYEN LELAKI JADI TUMPUAN
GLAM Lelaki menobatkan lapan lelaki paling bergaya di Grammys 2026. Mereka menetapkan standard baru untuk ekspresi sartorial karpet merah.











