KERETAPI SARONG 2025: SEGALANYA ANDA PERLU TAHU
Acara kegemaran rakyat Malaysia, Keretapi Sarong 2025 kini kembali lagi untuk memeriahkan bulan kemerdekaan Malaysia.
Tradisi tahunan sejak tahun 2012 kini kembali, dengan skala yang lebih besar dan menarik. Keretapi Sarong merupakan acara berbentuk flash mob yang menghimpunkan orang ramai bagi meraikan Hari Malaysia bersama. Peserta akan menaiki rangkaian perkhidmatan kereta api awam seperti Prasarana, MRT, KTM, ERL dan MAB. Mereka akan melalui laluan tertentu sambil mengenakan pakaian sarung. Pemilihan sarung sebagai tema melambangkan warisan budaya yang dikongsi bersama oleh masyarakat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama. Acara yang pertama kali dianjurkan oleh komuniti LOCCO Malaysia pada tahun 2012 ini bukan sahaja memperkenalkan semula pemakaian sarung, malah bertujuan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam serta menyemarakkan semangat keharmonian dalam kalangan rakyat.
Baca: MERDEKA WEEKEND ITINERARY: AKTIVITI WAJIB DI KL DAN SEKITARNYA
Tema Keretapi Sarong 2025
Tahun ini, Keretapi Sarong 2025 bakal berlangsung pada 13 September 2025, bersempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia. Dianjurkan oleh LOCCO, edisi kesembilan ini mengajak para peserta mengenakan sarung berwarna-warni dan berkumpul di stesen tertentu sebelum bergerak bersama menuju lokasi rahsia. Bertemakan ‘Serumpun’, acara tahun ini memberi penekanan kepada semangat cinta rakyat terhadap budaya, pencapaian serta perpaduan negara. Ia juga terbuka kepada penyertaan antarabangsa bagi memberi peluang merasai keunikan budaya Malaysia. ‘Sarung warisan, rangkul perpaduan.’ dengan membawa maksud akar budaya dan ikatan serantau yang mengikat perpaduan kita semua. Turut ingin mengetengahlan momen dimana formasi Malaysia pada tahun 1963 mengumpulkan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak sebagai satu negara yang bersatu.
Tema tersebut bukan sekadar menampilkan keindahan pakaian tradisional seperti sarung, tetapi turut meraikan kreativiti dan keistimewaan jenama tempatan di pentas dunia. Menurut Pengarah Program Keretapi Sarong 2025, Shamsul Bahrin Zainuzzaman, tema ini dicipta untuk menonjolkan rasa bangga terhadap produk dan budaya tempatan yang menjadi identiti Malaysia, dengan harapan dapat terus menyokong perkembangan ekonomi kreatif negara.
Baca: FILEM- FILEM TONTONAN WAJIB BULAN SEPTEMBER 2025
Penyertaan Dari Negeri Dan Negara Luar
Tahun ini, Keretapi Sarong 2025 menerima penyertaan meriah daripada peserta tempatan mahupun antarabangsa. Tradisi pengumuman lokasi rahsia terus dikekalkan, sekali gus menambah elemen kejutan dan keterujaan dalam kalangan mereka yang hadir. Selain pengalaman menaiki kereta api sambil bergaya dengan sarung, acara ini turut diserikan dengan pelbagai aktiviti sampingan seperti persembahan muzik tradisional, flash mob, dan pertandingan busana terbaik. Lebih istimewa, penyanyi tersohor tanah air Noraniza Idris akan membuat penampilan khas bagi memeriahkan lagi suasana. Program ini turut menerima sokongan padu daripada lebih 40 Rakan Strategik serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) yang konsisten menyokong penganjuran acara berteraskan kebudayaan. Penyertaan dari lokasi-lokasi luar negara seperti Sydney, Berlin, Melbourne dan banyak lagi turut menyerikan lagi acara tahunan ini. Bukan sahaja Kuala Lumpur, malah negeri-negeri dalam Malaysia seperti Johor, Perak, Pahang, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Melaka juga bakal sertai acara ini.
What To Wear?
Jangan risau! GLAM Lelaki akan bantu anda untuk memilih pakaian yang sesuai sempena acara penting ini. Yang pertama sekali, pastikan pakaian anda selesa untuk bergerak dan tidak terlalu tebal. We all know how hot Malaysia can be. Dan yang paling penting, sudah tentulah sarong! Buat lelaki yang ingin ke acara Keretapi Sarong tahun ini dan ingin tampil effortless, kemeja putih yang dipadankan dengan baggy pants juga sesuai. Jangan lupa hiaskan fit anda dengan kain pelikat mengikut kreativiti anda. Perhiasan sangat penting untuk memastikan pakaian anda tidak kelihatan kosong. Meriahkan pakaian anda dengan corak juga satu cara mudah untuk mendapatkan outfit yang stail. Selain daripada pakaian anda yang sudah lengkap dan bergaya, jangan lupakan keperluan lain seperti air, deodorant serta gunakan pelindung matahari!
Pautan berkaitan: RIUH IN THE CITY EDISI MERDEKA 2025: PUTRAJAYA
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MERDEKA WEEKEND ITINERARY: AKTIVITI WAJIB DI KL DAN SEKITARNYA
Raikan hujung minggu Merdeka dengan pertunjukan bunga api, perarakan, pameran seni, pop-up store dan aktiviti menarik di KL serta sekitarnya.
TOKOH KEMERDEKAAN: WIRA BANGSA YANG MENGUBAH SEJARAH
Ketahui tokoh kemerdekaan Malaysia yang berjuang menuntut kebebasan tanah air. Inspirasi wira bangsa ini kekal relevan untuk generasi kini.
MERDEKA EAT: PROMOSI MAKANAN EKSKLUSIF MINGGU INI
Nikmati promosi istimewa Merdeka sepanjang Ogos.Jangan lepaskan peluang ini untuk berkongsi kenangan manis bersama rakan-rakan.
5 FILEM PATRIOTIK MALAYSIA SEMPENA HARI KEMERDEKAAN
Demi menyambut Kemerdekaan tahun ini, filem-filem patriotik boleh menjadi salah satu aspek menunjukkan semangat sebagai rakyat Malaysia.
7 HERO MALAYA MASA KINI PILIHAN GLAM LELAKI
Daripada Remy Ishak kepada Akim Ahmad dan juga Izzue Islam, GLAM Lelaki membariskan 7 individu yang layak bergelar "Hero Malaya" bersempena dengan sambutan Hari Malaysia tahun ini.