KESIHATAN MENTAL BUKAN LAGI TOPIK ‘TABOO’: MENGENALI SUARA DI SEBALIK SENYAP
International Men’s Day bukan hanya tentang meraikan kejayaan lelaki, tetapi juga ruang untuk bercakap tentang isu yang sering disorokkan seperti kesihatan mental. Selama bertahun-tahun, lelaki diajar untuk “keras”, “diam”, dan “selesaikan sendiri”. Hakikatnya, sikap ini telah membuat ramai memendam tekanan sehingga membawa kepada kemurungan, kecemasan melampau dan dalam sesetengah kes, kecenderungan mencederakan diri. Di seluruh dunia, selebriti dan figura awam telah menamatkan hidup mereka kerana depresi yang tidak dirawat. Dan Malaysia bukan lagi pengecualian. Semakin ramai personaliti tempatan tampil mengakui bahawa mereka juga pernah berada di titik terendah. Hal ini membuka ruang penting untuk masyarakat memahami bahawa kesihatan mental bukan kelemahan, tetapi keperluan manusia.
SELEBRITI LELAKI MALAYSIA YANG BERANI BERSUARA
Datuk Remy Ishak
Siapa menyangka pelakon berkarisma ini pernah bergelut dengan depresi. Datuk Remy pernah berkongsi bagaimana dia mengalami mood swing yang teruk, rasa sedih yang tidak berpenghujung dan kecenderungan untuk mengasingkan diri kerana fikirannya sentiasa bercelaru dan dipenuhi kemarahan yang sukar dijelaskan. Keberaniannya mengakui secara terbuka menonjolkan kenyataan yang sering diabaikan iaitu lelaki juga boleh hilang arah.
Haqiem Rusli
Penyanyi Haqiem Rusli juga pernah mencetuskan perhatian apabila mengumumkan hasrat untuk berhenti menyanyi akibat bergelut dengan kemurungan. Ketika itu, ramai yang menganggap ia sekadar gimik, namun keputusan Haqiem untuk menjalani pemeriksaan bersama pakar psikiatri akhirnya mengesahkan bahawa beliau mengalami ‘mild depression’. Pengakuan terbuka ini bukan sahaja menangkis spekulasi, tetapi menjadi peringatan bahawa tekanan emosi yang dialami lelaki sering tidak kelihatan di mata umum. Justeru, ia wajar diberi perhatian serius.
FIGURA YANG MENGANGKAT ‘AWARENESS’ SECARA TERUS-TERANG
Daiyan Trisha -“Kita Manusia”
Daiyan menulis lagu “Kita Manusia” berdasarkan pengalaman peribadi dengan depresi, anxiety, depersonalisasi dan self-harm. Melalui kempen #KitaManusia, dia mengajak masyarakat untuk membuka ruang untuk bercerita dan meluah tanpa rasa malu. Ia mengajar kita bahawa struggle bukan sesuatu yang perlu dipendam.
Keanu Azman OCD Bukan Gimik, Tetapi Realiti Hidup
Dalam sesi bersama MIASA, Keanu berkongsi kisah hidup dengan Obsessive-Compulsive Disorder (OCD) dan intrusive thoughts. Pendedahan ini bukan sekadar memberi kesedaran, tetapi menunjukkan bahawa penyakit mental bukan watak, tetapi keadaan yang boleh dirawat.
Perjalanan beberapa selebriti wanita sebenarnya mencerminkan betapa beratnya stigma kesihatan mental dan bagaimana ia memberi inspirasi kepada masyarakat, termasuk lelaki. Berikut antara selebriti wanita Malaysia, berkongsi tentang mental health awareness ini.
Diana Danielle
Diana Danielle pernah berkongsi detik mencemaskan ketika diserang anxiety attack. Ia membuatkan Diana Danielle bergelut dengan insomnia, nafas pendek dan rasa tidak stabil. Dia pernah juga mendedahkan diagnosis ADHD, sekali gus mematikan spekulasi salah seperti penyakit bipolar. Kejujurannya membuka perbualan penting seperti kesihatan mental bukan cerita yang perlu disembunyikan.
Ardell Aryana
Video Ardell dengan tangan menggeletar pada hari pernikahannya bersama Nadzmi Adhwa pernah tular sebelum ini. Ramai tidak tahu itu sebenarnya refleksi anxiety melampau yang Ardell hadapi. Ia mengingatkan kita bahawa senyuman di media sosial kadang-kadang menyembunyikan pergolakan yang besar dalam diri sesetengah individu.
Aina Abdul
Penyanyi bersuara besar ini juga tidak terlepas dan pernah berhadapan kemurungan kerana kariernya sebagai seorang penyanyi. Hilang keyakinan diri, tekanan dan terlalu banyak berfikir menolak Aina ke titik paling rendah. Kini, Aina Abdul berdiri sebagai simbol bangkit.
Artikel Berkaitan: HARI LELAKI ANTARABANGSA: KEKUATAN SEBENAR ADALAH BERANI UNTUK BERSUARA
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
HARI LELAKI ANTARABANGSA: KEKUATAN SEBENAR ADALAH BERANI UNTUK BERSUARA
Pada 19 November 2025, kita bakal menyambut Hari Lelaki Antarabangsa dengan tema yang penting: Supporting Men and Boys
LELAKI DAN PERUBAHAN: MENYEIMBANGKAN KEJAYAAN & KESIHATAN MENTAL
Keseimbangan dalam kejayaan dan kesihatan mental buat lelaki amat penting lebih-lebih lagi apabila ia dipandang kecil oleh masyarakat.
SELEBRITI TEMPATAN YANG MENJADI WAJAH JENAMA ANTARABANGSA
Selebriti tempatan kini mampu meletakkan nama mereka ke pesada dunia sebagai wajah jenama-jenama antarabangsa.
REMY ISHAK DIKURNIAKAN GELARAN DATUK
Remy Ishak menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) sempena Sambutan Hari Jadi Ke-75 Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam.
KENALI 5 BARISAN PELAKON UTAMA KAHAR KAPLA HIGH COUNCIL
Filem yang menanti penonton di pawagam tahun ini adalah Kahar Kapla High Council dan bakal mencetus fenomena selepas prekuel siri, Projek: High Council.
DISTOPIA ROMANTIK DAIYAN TRISHA DAN MEERQEEN DALAM ‘MY HOME IS IN YOUR ARMS’
Bintang jelita penuh bakat, Daiyan Trisha melancarkan video muzik untuk single terbaharunya, "My Home Is In Your Arms" yang menampilkan Meerqeen serta Nadhir Nasar selaku pengarah.











