Skip to content

KOLABORASI RIMOWA x PORSCHE UNTUK MENYATUKAN KELAS DAN FUNGSI

Kongsikan artikel ini

RIMOWA dengan bangganya mengumumkan debut pertama kolaborasi bersama RIMOWA x Porsche!

Sejak 1898, RIMOWA telah berdiri di barisan hadapan dalam reka bentuk Jerman dan inovasi. Kini, menggabungkan kepakaran tunggal dua syarikat Jerman bersejarah dengan kerjasama ikonik untuk menghasilkan debut kolaborasi bersama Porsche.

Terkenal kerana mengejar kesempurnaan tanpa henti, kedua-dua RIMOWA dan Porsche berfungsi dengan penghasilam reka bentuk, inovasi teknikal dan prestasi tinggi di sebagai paksi utama. Namun sentiasa kekal setia kepada warisan budaya mereka yang kaya.

kolaborasi

Edisi khas RIMOWA x Porsche Hand-Carry Case Pepita meraikan kejayaan dengan memberi penghormatan kepada elemen reka bentuk yang paling ikonik jenama itu. Dibuat di Cologne, Jerman, RIMOWA x Porsche Hand-Carry Case Pepita yang dihasilkan daripada RIMOWA aluminium beralur dan tertera logo daripada generasi pertama Porsche 911.

“Perkongsian dengan RIMOWA terasa semula jadi bagi kedua-dua pasukan sejak awal lagi bagi saya, ini sentiasa menjadi bukti bahawa nilai jenama kami sejajar dengan cara yang hebat,” Robert Ader, Ketua Pegawai Pemasaran Porsche AG. “Hasilnya diharapkan akan membuatkan kedua-dua peminta jenama ini teruja.”

Kerjasama istimewa ini tersedia dalam kuantiti yang sangat terhad dengan hanya 911 bagasi yang dihasilkan, menjadikannya ideal untuk pengumpul dan penggemar jenama ini. Sarung eksklusif itu juga akan dilengkapi dengan Set Pelekat RIMOWA x Porsche Pepita yang menampilkan trio pelekat retro yang akan dijual secara berasingan.

“Kami sangat teruja melihat kerjasama penting ini membawa dua jenama Jerman legenda bersama-sama,” kata Emelie De Vitis, Ketua Pegawai Pemasaran di RIMOWA.

“Perkongsian kami meraikan kualiti reka bentuk Jerman yang tiada tandingan kerana kami sama-sama mencurahkan kepakaran kami menjadi satu bahagian yang unik.”

Bermula tarikh 21 April, koleksi RIMOWA x Porsche akan tersedia di kedai RIMOWA terpilih di seluruh dunia. Selain itu, RIMOWA x Porsche Hand-Carry Case Pepita akan tersedia di seluruh rangkaian global Porsche pengedar dan di shop.porsche.com

Artikel Berkenaan: ECOTOPIA, ABSOLUTE SIAM & ICONCRAFT: DARI THAILAND KE MALAYSIA

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 FILEM YANG MEMBUKTIKAN BAKAT LAKONAN DAIYAN TRISHA

Bacaan Lanjut
5 ELEVATED PANTS UNTUK NAIKKAN TARAF ALMARI ANDA

5 ELEVATED PANTS UNTUK NAIKKAN TARAF ALMARI ANDA

Bacaan Lanjut
VISI KREATIF BERWAWASAN UZAIR SHOID

VISI KREATIF BERWAWASAN UZAIR SHOID

Bacaan Lanjut
BAGAIMANA KEJOHANAN PIALA DUNIA FIFA 2026 MEMBERI IMPAK KEPADA TREND FESYEN?

EMPAT TREND FESYEN PALING HANGAT SELEPAS FIFA WORLD CUP 2026

Bacaan Lanjut
PEMAKAIAN THRIFTED CLOTHES DI KLFW 2026 - WAJAR ATAU SEBALIKNYA?

PEMAKAIAN ‘THRIFTED CLOTHES’ DI KL FASHION WEEK 2026 – WAJAR ATAU SEBALIKNYA?

Bacaan Lanjut
5 JAM TANGAN MEWAH DENGAN 'STYLE EQUITY' TERTINGGI 2026

5 JAM TANGAN MEWAH DENGAN ‘STYLE EQUITY’ TERTINGGI 2026

Bacaan Lanjut