KOMBINASI KUASA DAN STAIL MOTO M
Peranti Motorola sudah mula mengorak langkah untuk kembali memasuki dan bersaing semula di pasaran tempatan. Terkini, salah satu peranti baru yang turut telah dipasarkan adalah Moto M yang hadir dengan spesifikasi pertengahan, dan telah mula dijual di pasaran Malaysia.
Moto M datang dengan skrin bersaiz 5.5-inci pada paparan resolusi penuh, dijana menggunakan cip pemprosesan MediaTek Helio P15, dan dilengkapi memori 4GB RAM serta ruangan storan 32GB. Moto M menggunakan Android 6.0 Marshmallow, dan dilengkapi kamera belakang 16-megapixel, serta kamera hadapan 8-megapixel. Seperti sejumlah peranti berasaskan MediaTek, Moto M turut dilengkapi dengan sokongan dwi-SIM.
Cap jari adalah kata laluan anda. Antara spesifikasi menarik yang ditawarkan oleh Moto M adalah aspek keselamatan dimana cap cari adalah kata laluan anda. Buka (unlock) atau tutup telefon pintar ini dengan sensor cap jari ultra-pantas, dengan hanya menyentuh pembaca jap jari. Sangat mudah dan cepat!
Di Malaysia, ia telah mula dijual pada harga RM1199, dan ia hadir dengan sokongan jaminan setahun dariapda Lenovo Malaysia. Ia datang dengan dua variasi warna menarik iaitu emas dan kelabu.
Tekan link ini untuk spesifkasi penuh Moto M. Jangan lupa dapatkannya di pasaran hari ini!
Oleh Wan Mohd Firdaus, 12 Januari
Tags
Artikel Yang Berkaitan
10 ASAS TAMPIL BERGAYA SETIAP LELAKI WAJIB TAHU!
Walau apa jua alasan anda untuk tampil lebih bergaya, ada beberapa langkah mudah yang boleh diambil untuk mencapainya.
EVOLUSI FESYEN WILL SMITH & JADA PINKETT SMITH SEJAK TAHUN 90-AN
Ayuh imbas kembali detik fesyen Will Smith dan Jada Pinkett Smith sejak hampir tiga dekad lalu.
DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN
Selepas menghasilkan lebih 100 koleksi selama 38 tahun, Dries Van Noten bakal mempersembahkan koleksi terakhirnya pada musim panas ini.
GLAM LELAKI MOST STYLISH 2023
2024 is just around the corner! Jadi ini lah masa yang tepat untuk kita lihat siapakah lelaki yang paling stylish bagi tahun 2023 ini.
10 MOMEN FESYEN KARPET MERAH TERBAIK SEPANJANG 2023
Memandangkan 2023 bakal berakhir, tiba masa untuk meninjau kembali gaya selebriti dan fesyen paling menyerlah di karpet merah berprestij.
8 MOMEN FESYEN TERBAIK POWER COUPLE HOLLYWOOD PADA 2023
Gaya Taylor Swift dan Travis Kelce mencuri perhatian baru-baru ini. Bagaimanapun stail pasangan Hollywood lain tidak kurang hebatnya.