LIMA KARAKTER FILEM IKONIK LAKONAN REZA RAHADIAN
Reza Rahadian terkenal sebagai pelakon yang memiliki versatiliti luar biasa dalam membawa karakter dengan penuh penghayatan.
Reza Rahadian merupakan nama yang tidak asing lagi dalam industri perfileman Indonesia. Setiap kemunculannya di layar perak sentiasa dinantikan kerana beliau mampu memberi nyawa pada pelbagai karakter. Daripada tokoh sejarah yang penuh inspirasi, watak romantis yang menyentuh hati, hinggalah ke peranan unik yang sarat dengan elemen komedi. Keistimewaan Reza terletak pada caranya menyampaikan emosi dengan begitu tulus sehingga penonton dapat merasakan kedalaman cerita yang dibawa. Sepanjang kerjayanya, beliau telah memegang banyak peranan ikonik yang bukan sahaja memperkukuh reputasinya sebagai pelakon terkemuka. Namun ia juga meninggalkan jejak mendalam dalam ingatan para penonton. Berikut adalah lima karakter filem ikonik lakonan wajah hadapan isu Ogos GLAM Lelaki, Reza Rahadian yang terus menjadi sebutan dan membuktikan kebolehannya sebagai seorang pelakon.
#1 Habibie – Habibie & Ainun
Dalam filem terkenal lakonan Reza Rahadian iaitu Habibie & Ainun, watak Habibie digambarkan sebagai seorang lelaki yang lemah lembut dalam tutur kata dan perilaku. Dia juga sabar menghadapi pelbagai cabaran, serta bijaksana dalam membuat keputusan. Lebih-lebih lagi ketika berdepan dengan masalah ekonomi keluarganya. Wataknya juga bersikap penyayang terhadap Ainun dan keluarga, sentiasa menghargai pendapat pasangannya, selain tekun mengejar cita-cita serta berusaha menyelesaikan setiap tugas dengan penuh dedikasi. Watak Habibie menjadi salah satu watak kesukaan peminat Reza atas karakter yang romantik dan penyayang itu.
#2 Aziz – Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck
Karakter Aziz yang dilakonkan oleh Reza Rahadian dalam filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck digambarkan sebagai seorang lelaki yang berpenampilan menarik, berkarisma, dan datang daripada keluarga berada. Namun, dia memiliki sifat sombong dan sangat mementingkan darjat. Aziz bersikap angkuh, memandang rendah orang lain yang dianggap tidak setaraf dengannya. Aziz juga sanggup menggunakan kekayaan dan statusnya untuk mendapatkan apa yang diinginkan. Walaupun pada luarannya kelihatan sopan dan terhormat, sikap sebenar Aziz sering terserlah melalui keangkuhan, sifat cemburu, dan keegoan yang mempengaruhi tindakannya terhadap orang di sekelilingnya.
#3 Bossman – My Stupid Boss
Dalam filem komedi My Stupid Boss, watak Bossman digambarkan sebagai seorang majikan yang pelik, cerewet, dan sukar difahami. Namun, watak yang dimainkan Reza ini dipenuhi keyakinan. Dia sering bercakap besar, suka memberi arahan yang tidak masuk akal, dan kurang mengambil kira pendapat atau perasaan pekerja. Bossman juga terkenal dengan sifatnya yang kedekut, gemar mengulang-ulang cerita yang sama, serta memiliki perangai yang spontan hingga membuatkan suasana di pejabat huru-hara. Walaupun kelihatan menjengkelkan, di sebalik sikapnya yang ganjil itu terselit sifat kelakar dan unik yang menjadikan dirinya berbeza daripada majikan biasa.
BACA: 7 FILEM DAN SIRI BAHARU DI NETFLIX PATUT TONTON
#4 Dr. Syarief – Surga Yang Tak Dirindukan 2
Di dalam filem Surga Yang Tak Dirindukan 2, Dr. Syarief merupakan seseorang yang memiliki masa lalu dengan Meirose, watak utama yang dilakonkan oleh Raline Shah. Kehadiran karakter yang dilakonkan oleh Reza Rahadian ini memunculkan konflik dalam hubungan Meirose dengan suaminya, Prasetya.
#5 Aris – Layangan Putus
Dalam siri popular Indonesia Layangan Putus, watak Aris digambarkan sebagai seorang lelaki yang pada luarannya kelihatan penyayang, romantik, dan bertanggungjawab. Namun sebenarnya menyimpan sikap mementingkan diri dan tidak setia. Aris pandai memikat hati dengan kata-kata manis dan sikap romantis, tetapi sanggup mengkhianati kepercayaan isteri demi kepentingan sendiri. Dia juga licik dalam menyembunyikan rahsia, sering memberi alasan untuk menutup kesalahannya. Sifatnya yang ego, manipulatif, dan sukar mengakui kesalahan menjadikan Aris watak yang penuh konflik dan mencetuskan emosi penonton. Siri ini bukan sahaja terkenal di Indonesia, malah menjadi kehangatan di Malaysia juga.
Pautan Berkaitan: NAK SEAT TENGAH! INI FILEM PALING ‘HOT’ BULAN OGOS!
Tags
Artikel Yang Berkaitan
AMEERA KHAN & JEFRI NICHOL: FESYEN SEBAGAI BAHASA CINTA
Ameera Khan dan Jefri Nichol membuktikan bahawa cinta boleh disampaikan melalui gaya dan simbolik yang halus.
MENGENANG ASHRAF SINCLAIR: HENING RINDU NOAH AIDAN SINCLAIR
Tahun ini genap 5 tahun perginya aktor terkenal Allahyarham pelakon dan pengacara terkenal, Ashraf Sinclair. Kepergiannya yang berpunca daripada serangan jantung di Jakarta, Indonesia.
JEFRI NICHOL CIUM MESRA AMEERA KHAN
Pasangan hangat bercinta aktor Jefri Nichol dan Ameera Khan meragut perhatian dengan adegan mesra sehingga mengundang rasa tidak senang.
NICHOLAS SAPUTRA IS BACK, BIKIN RAMAI SESAK NAFAS!
Hello, Doctor! We need oxygen gas ASAP!!! Berlegar desas-desus mengenai aktor dan pengarah Indonesia ini bakal membintangi filem baru!
ADA APA DENGAN JEFRI NICHOL?
Satu Malaysia bercakap mengenai kelibat Aktor Indonesia Jefri Nichol dan kekasihnya, Ameera Khan di majlis fesyen Dior yang berlangsung di The Gardens, Kuala Lumpur. Aksi mesra berpegangan tangan sepanjang majlis berlangsung turut mengundang pujian dan tidak kurang juga komentar yang kurang senang! GLAM Lelaki bariskan #7 fakta yang anda perlu tahu mengenai pelakon berusia 26…
10 LAGU JUDIKA PALING BANYAK DI STRIM DI SPOTIFY
Dengan suara serak dan lunak, Judika telah mencuri hati jutaan pendengar di seluruh Nusantara dan juga di peringkat antarabangsa.