MINUM KOPI SEBELUM PUKUL 9 MEMBAHAYAKAN?
Kopi adalah sejenis minuman pilihan terutama sekali tatkaladiminum pada pagi hari. Ini kerana kopi mengandungi kafein yang dapat membangkitkan semangat dan menyegarkan mata anda. Itulah sebabnya ada orang yang merasa hari mereka tidak sempurna dan tidak berfungsi jika tidak menikmati kopi di pagi hari.
Namun tahukah anda, sebenarnya ada tempoh masa tertentu yang melarang anda sama sekali untuk menikmati kopi. Biar betul? Berdasarkan sebuah kajian yang dipaparkan di laman web motherjones.com menyarankan agar anda tidak meminum kopi di pagi hari.
Ini kerana menurut pakar, sewaktu pagi hari tubuh anda mengandungi hormon cortisol yang mencukupi dan bertindak untuk membuatkan badan anda kekal cergas, aktif dan terjaga. Jadi sebenarnya badan anda telah menghasilkan ‘kafein’ secara semulajadi dan tidak perlu lagi meneguk secawan kopi atau apapun minuman yang mengandung kafein.
Jadi pukul berapa sebaiknya untuk anda minum kopi? Berdasarkan hasil penilitian yang diterbitkan dalam jurnal Psychosomatic Medicine, pakar perubatan telah melakukan penelitian dan dan percaya waktu paling baik untuk menikmati kopi setiap hari adalah di antara pukul 9.30 dan 11.30 pagi kerana kafein akan memberi tindak balas dengan hormon kortisol yang membantu tubuh bekerja lebih cergas dan aktif serta meningkatkan perhatian anda.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 11 Mac 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DANIEL BOGERS, BEKAS PELUMBA MOTOR, KINI MENONJOL SEBAGAI INSPIRASI FITNESS & PENGULAS SUKAN
Daniel Bogers mengubah haluan kerjayanya sebagai pengulas dan hos sukan, sambil menyalurkan minatnya dalam dunia kecergasan.
BARISAN DUTA JENAMA BAJU RAYA BULAN BINTANG 2026
Barisan duta jenama Bulan Bintang 2026 tampil hebat sempena pertunjukan fesyen Raya Next Chapter, mewakili generasi moden dan tradisi Melayu.
QUIET POWER: MASKULINITI LELAKI YANG TIDAK PERLU BISING
Quiet power di dalam penggayaan menjadi salah satu kuasa buat lelaki yang ingin tampil penuh bergaya dengan penampilan peribadi mereka.
PUMA “RACE AHEAD”: DEFINISI BAHARU GAYA TAHUN BAHARU YANG DINAMIK
PUMA melancarkan koleksi Race Ahead 2026, gabungan sport-luxe dan inspirasi motorsport untuk gaya tahun baharu yang dinamik.
THE ORDINARY MEMPERKENALKAN LASH CURL FINISHER: DEFINISI LEMBUT, HASIL SEMULA JADI
Produk terbaru The Ordinary ini menyokong gaya clean beauty dengan lentikan bulu mata yang kemas, selesa dan mudah ditanggalkan.
SENSASI HEATED RIVALRY BAWA HUDSON WILLIAMS KE RUNWAY DSQUARED2
Hudson Williams membuka show Dsquared2 di Milan Fashion Week, memperkukuh pengaruhnya sebagai bintang televisyen dan ikon fesyen baru.












