Skip to content

N.FLYING BAKAL HIBURKAN PEMINAT MENERUSI KONSERT SULUNG DI MALAYSIA

N.FLYING BAKAL HIBURKAN PEMINAT MENERUSI KONSERT SULUNG DI MALAYSIA

Kongsikan artikel ini

Sekian lamanya peminat menunggu, N.Flying akhirnya akan terbang ke Malaysia untuk membuat persembahan buat julung kalinya.

Bakal berlangsung pada 1 Disember di Zepp Kuala Lumpur, kedatangan mereka dibawakan khas oleh penganjur More Entertainment untuk menjayakan konsert jelajah 2024 N.Flying Live ‘Hide-Out’ in Kuala Lumpur. ‘Hide-Out’ dipilih sebagai tema yang mencerminkan perjalanan dan identiti mereka sebagai sebuah kumpulan.

N.Flying yang ditubuhkan pada 2015 ini dianggotai oleh lima ahli iaitu Lee Seung Hyub, Yoo Hwe Seung, Cha Hun, Seo Dung Sung dan Kim Jae Hyun. Bagaimanapun Kim Jae Hyun yang merupakan pemain dram tidak berpeluang menyertai jelajah kali ini kerana komitmennya dalam perkhidmatan tentera.

Selain Kuala Lumpur, kumpulan ini akan turut membuat persembahan di beberapa lokasi lain seperti Bangkok, Macau dan Taipei.

konsert N.Flying kuala lumpur malaysia

Foto: More Entertainment

Harga Tiket Konsert N.Flying

Buat peminat fanatik, jangan lepaskan peluang untuk menonton aksi kumpulan rock hebat ini yang terkenal dengan lagu-lagu seperti Rooftop, Good Bam dan Oh Really.

Tiket boleh didapati bermula hari Jumaat, 27 September jam 11 pagi sehingga 11 November 2024 di laman BookMyShow. Terdapat enam kategori untuk dipilih iaitu Kotak VIP (RM6,288) yang menyediakan lapan tempat duduk, Zon Premium (RM799) dan VIP (RM688). Tidak lupa juga CAT 1 (RM558), CAT 2 (RM468) dan CAT 3 (RM368).

Pembeli tiket Premium Zone, VIP dan CAT 1 berpeluang menerima faedah seperti poster yang ditandatangani, gambar polaroid ahli N.Flying, menyertai sesi perpisahan dan foto berkumpulan.

Pembelian terhad kepada empat tiket sahaja untuk setiap orang. Maklumat lanjut mengenai jelajah boleh didapati di laman Instagram More Entertainment.

 

Foto: X

Pautan berkaitan: MACKLEMORE MERIAHKAN KONSERT AFTER RACE FEST DI MALAYSIA NOVEMBER INI