NIKE PERKENALKAN PAKAIAN SUKAN UNTUK WANITA BERHIJAB
Baru-baru ini Nike memperkenalkan pakaian sukan khusus untuk wanita yang berhijab. Akhirnya atlet wanita muslim di seluruh dunia boleh tampil lengkap dengan pakaian sukan profesional setelah Nike mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan Nike Pro Hijab yang bakal dilancarkan pada musim bunga tahun 2018.
Pengumuman Nike tentang pelancaran ini ternyata mengejutkan namun mendapat respon positif dari seluruh lapisan dunia dek kecaman terhadap negara Islam yang kini sedang berleluasa. Nampaknya, berikutan model wanita Muslim berhijab, Halima Aden membuat kemunculan di Milan Fashion Week baru-baru ini, wanita berhijab di seluruh nampaknya kini semakin dihormati.
Pro Hijab akan direka dari fabrik mesh ringan yang bercirikan lubang-lubang halus untuk memberikan pengudaraan yang optimum. Meskipun Nike sudah agak lama komited terhadap kepelbagaian dan baru-baru ini mereka baru sahaja melancarkan koleksi khas untuk mereka yang bertubuh besar, ini adalah pertama kali Nike ingin melancarkan item istimewa buat atlet wanita yang beragama Islam.
“Nike Pro Hijab telah dicipta setelah mendapat pendapat terus dari atlet-atlet sukan yang mana mereka memberitahu kami yang mereka memerlukan produk sukan yang profesional untuk mereka melakukan yang terbaik. Kami berharap di mana item ini akan menolong atlet di seluruh dunia untuk bersukan dengan baik,” kata Jurucakap Nike Global, Megan Saalfeld kepada Al Arabiya English.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 9 Mac 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DARI FOTOGRAFI KE FESYEN, GAYA MUHAMMAD IMRAN
Kenali perjalanan Muhammad Imran daripada fotografi ke dunia fesyen dan bagaimana pengalaman membentuk gaya dan identitinya.
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.
LEBIH LONGGAR, LEBIH BERGAYA: TREND OVERSIZED KEMBALI POPULAR
Oversized kembali mencuri perhatian dengan siluet longgar, selesa dan bergaya yang semakin menjadi pilihan generasi kini
DARI AKTOR KE STAIL IKON: 5 PELAKON TEMPATAN DENGAN GAYA VERSATIL
Kenali 5 selebriti Malaysia yang bukan sahaja menyerlah di layar, tetapi turut mencuri perhatian dengan stail dan identiti fesyen tersendiri.
LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN
Daripada jam tangan flashy hingga seluar yang tampil baggy, GL melampirkan lima tips fesyen untuk tampil bergaya ala Kabilan Jelevan.
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026
Terokai trend utama KLFW 2026 dari sentuhan batik moden, gaya jalanan berani, hingga busana lelaki terkini di pentas peragaan tempatan.













