PENAMPILAN PERTAMA ANA DE ARMAS DALAM BALLERINA, FILEM SPINOFF JOHN WICK
Treler pertama filem lakonan Ana de Armas yang ditunggu-tunggu, From The World Of John Wick: Ballerina akhirnya menemui peminat.
Aktres berusia 36 tahun itu tampil sebagai balerina pembunuh dalam filem terbaru arahan Len Wiseman ini. Treler rasmi itu memperlihatkan Ana direkrut oleh Ian McShane untuk berlatih di akademi pembunuh upahan elit di bawah tunjuk ajar jurulatih lakonan Sharon Duncan-Brewster.
Merupakan naskah kelima dalam francais John Wick, ia berfungsi sebagai filem sampingan antara peristiwa dalam John Wick: Chapter 3 – Parabellum dan John Wick: Chapter 4. Keanu Reeves turut muncul sebagai cameo dalam treler pertama itu.
Filem ini mengisahkan tentang Eve Macarro a.k.a Rooney yang baru memulakan latihannya di akademi Ruska Roma. Dalam masa sama dia cuba membalas dendam atas kematian bapanya.
Ana De Armas Bercakap Tentang Ballerina
Berkongsi pengalamannya bersama Collider, Ana mengakui sangat teruja kerana diberi peluang untuk terlibat dalam filem ini.
“Saya sangat berbangga dengan filem ini. Ia benar-benar mengujakan. Ia berbahaya, ia seksi, ia sangat John Wick. Saya rasa penonton akan terkejut. Saya berat sebelah. Sudah tentu saya suka filem itu, tetapi saya rasa ia sememangnya hebat. Ia akan menjadi naskah yang menakjubkan,” katanya.
From The World Of John Wick: Ballerina pada awalnya dijadualkan menemui penonton pada Jun 2024. Bagaimanapun penggambarannya ditunda supaya Chad Stahelski, pengarah filem John Wick dapat berkerjasama dengan pengarah Ballerina dan memantau perjalanan filem ini.
Selain Ana dan Keanu, filem ini turut dibintangi oleh Anjelica Huston, Gabriel Byrne, Lance Reddick, Catalina Sandino Moreno, Norman Reedus dan Ian McShane. Ia dijangka menemui penonton di layar perak pada 6 Jun 2025.
Tonton treler pertama From The World Of John Wick: Ballerina di bawah.
Foto: Lionsgate
Pautan berkaitan: ADAM DRIVER TERAJUI TRELER FILEM SAINS FIKSYEN EPIK MEGALOPOLIS
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MENGEJUTKAN! INI BAYARAN DIPEROLEHI KEANU REEVES UNTUK SETIAP PERKATAAN DALAM DIALOG JOHN WICK 4
Seperti dijangka, Keanu Reeves yang menggalas watak utama John Wick menerima bayaran tertinggi antara semua barisan pelakon.
10 ‘MUST WATCH’ SEPANJANG SEPTEMBER 2022
Dari filem pecah panggung tempatan, “Mat Kilau” kepada siri K-drama inspirasi kisah sebenar, “Narco-Saints”, laman penstriman utama membariskan 10 filem, siri drama, rancangan komedi serta dokumentari baharu yang ‘must watch’ sepanjang September 2022.
ANA DE ARMAS MENGHIDUPKAN MARILYN MONROE DALAM FILEM TERBITAN BRAD PITT, BLONDE
Bintang Cuba, Ana de Armas bakal tampil sebagai aktres ikonik Hollywood menerusi filem yang diadaptasi daripada novel tahun 2000 karya Joyce Carol Oates.
ROLEX SUBMARINER, PEMBERIAN ISTIMEWA KEANU REEVES BUAT 4 PELAKON LAGAK NGERI JOHN WICK
Keanu Reeves sememangnya dikenali sebagai salah seorang pelakon Hollywood yang dermawan, baik hati dan merendah diri.