PERCUTIAN MEWAH 2025: 5 RESORT TERSEMBUNYI DI MALAYSIA UNTUK PERCUTIAN AKHIR TAHUN
Dalam dunia moden yang serba pantas, percutian akhir tahun bukan lagi sekadar peluang untuk berehat. Ia merupakan satu ritual pemulihan diri. Bagi mereka yang menghargai privasi, ketenangan dan layanan bertaraf dunia, Malaysia mempunyai deretan resort tersembunyi yang menawarkan pengalaman mewah tanpa kompromi. Dari hutan hujan purba hingga pantai persendirian bertaraf antarabangsa, berikut ialah 5 destinasi eksklusif untuk anda melarikan diri pada hujung tahun 2025.
1. The Datai Langkawi
Terletak di tengah hutan hujan berjuta tahun di Teluk Datai Langkawi, resort ikonik ini adalah definisi sebenar kemewahan tropika. Dengan vila yang dikelilingi hutan hujan yang tebal, pantai persendirian bertaraf dunia dan layanan butler peribadi. The Datai Langkawi menawarkan pengalaman yang tenang, intim dan ultra-premium. Setiap sudut seakan direka untuk mereka yang mahukan keseimbangan antara alam dan kemewahan moden.
2. Anantara Desaru Coast Resort & Villas
Anantara Desaru Coast ialah destinasi pilihan mereka yang menginginkan kemewahan kontemporari dengan sentuhan Asia Selatan. Villa dengan kolam renang peribadi, spa bertaraf antarabangsa dan akses terus ke pantai Desaru menjadikan resort ini lokasi ideal untuk percutian sambil menikmati ruang privasi maksimum. Ia adalah tempat untuk “disconnect to reconnect”.
3. The Banjaran Hotsprings Retreat, Ipoh
Untuk lelaki yang mencari pengalaman pembaharuan total, Banjaran ialah lokasi terbaik. Dikenali sebagai salah satu wellness retreat paling eksklusif di Malaysia, ia menawarkan kolam air panas geoterma, gua wap semula jadi dan vila yang diselubungi batu kapur berusia jutaan tahun. Segala-galanya direka untuk menyembuhkan tubuh, minda dan jiwa.
View this post on Instagram
A post shared by The Banjaran Hotsprings Retreat (@thebanjaranhotsprings)
4. Shangri-La’s Rasa Sayang Resort & Spa, Pulau Pinang
Terletak di tepian pantai Batu Ferringhi, resort legenda ini masih memegang statusnya sebagai pilihan utama seorang lelaki yang menghargai elegan klasik. Dari pepohon rain tree yang menjulang, spa Chi yang menenangkan, hingga bilik-bilik luas dengan panorama selat, semuanya disusun untuk mereka yang mahu percutian bertaraf lima bintang tanpa perlu meninggalkan tanah air.
5. The Taaras Beach & Spa Resort, Redang
Jika idea percutian impian anda ialah pantai putih halus, laut jernih bak kristal dan villa mewah di tepi air, The Taaras ialah destinasi wajib. Terletak di pulau peribadi, ia memberikan tahap privasi yang jarang terdapat di Malaysia. Resort ini cukup eksklusif untuk membuatkan anda terasa seperti memiliki pulau sendiri.
View this post on Instagram
A post shared by The Taaras, Redang Island, Terengganu, Malaysia (@thetaarasmalaysia)
Artikel Berkaitan: ESCAPE SEORANG DIRI: 8 HIDDEN GEMS DI MALAYSIA YANG SEMPURNA UNTUK HEALING DAN RECHARGE
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
NIKMATI SAJIAN NUSANTARA DI THE ST.REGIS LANGKAWI DENGAN KERJASAMA CEF DATO’ FAZLEY YAAKOB
Nikmati pengalaman kulinari kreasi Cef Dato’ Fazley Yaakob yang menampilkan citarasa asli Nusantara pada sepanjang bulan Ramadan di lokasi terbaik Langkawi, The St. Regis Langkawi.
5 AKTIVITI MENYERONOKAN ANDA BOLEH CUBA DI THE TAARAS BEACH & SPA RESORT
Dari berenang bersama penyu kepada berkayak sekitar Pulau Redang, The Taaras Beach & Spa Resort menjanjikan percutian terbaik kepada setiap pengunjung dengan aktiviti-aktiviti yang menyeronokan.
HAI YAN, LANGKAWI : SUATU PERJALANAN KULINARI EKSKLUSIF
Panorama mewah di Hai Yan, restoran tradisional Cina di The Ritz-Carlton, Langkawi, meraikan pembukaan semulanya selepas dua tahun bersama peningkatan gaya elegan, The Ritz-Carlton.
7 PENGINAPAN AIRBNB MENAKJUBKAN UNTUK MERAIKAN MUSIM LEBARAN
Sama ada destinasi sentuhan seni bina Melayu atau rumah kampung tradisional penuh nostalgia, Airbnb membariskan 7 penginapan untuk memeriahkan lagi percutian musim lebaran ini.
FAHDRUL ABD MALEK KINI CHEF EKSEKUTIF DI SALAH SEBUAH RESORT MEWAH DI DESARU COAST
Tahun ini pusat peranginan mewah Anantara Desaru Coast Resort & Villas dengan sukacitanya mengumumkan bahawa veteran terkenal iaitu Fahdrul Abd Malek telah menyertai sebagai Chef Eksekutif baharu!
PANDUAN DESTINASI KEMBARA 2022 BERDASARKAN ZODIAK CINA ANDA
Bersempena dengan kehadiran Tahun Baharu Cina, Heavens Portfolio membariskan destinasi inspirasi sebagai panduan untuk pengembaraan tahun ini berdasarkan zodiak Cina anda.











