PIASTRI RAIH KEMENANGAN DRAMATIK DI GRAND PRIX BELANDA.
Oscar Piastri raih kemenangan ketujuhnya musim ini di Formula 1 selepas menjuarai Grand Prix Belanda. Sekali gus mengukuhkan reputasinya sebagai pencabar utama kejuaraan. Namun, drama tercetus apabila rakan sepasukan McLaren dan pesaing terdekatnya, Lando Norris, terpaksa berundur awal dari perlumbaan akibat masalah teknikal yang menggugat kedudukannya.
Lando Norris Tersingkir Di Penghujung Perlumbaan Akibat Kebocoran Minyak
Lando Norris berada di kedudukan kedua akibat kebocoran minyak ketika rakan sepasukan McLaren, Oscar Piastri, meraih kemenangan penuh dalam Grand Prix Belanda. Norris pada awalnya kehilangan tempat kedua kepada Max Verstappen di pusingan pertama. Namun berjaya merampas semula posisi tersebut dan terus memberi tekanan kepada Piastri. Walaupun Piastri kekal tenang dan konsisten di hadapan, malang menimpa Norris apabila jentera beliau berhenti dengan kepulan asap hanya tujuh pusingan sebelum tamat.
Aksi dramatik dalam perlumbaan penuh huru-hara dengan tiga kereta keselamatan serta beberapa insiden ini berpotensi menjadi titik penting dalam perebutan gelaran antara kedua-dua pemandu McLaren. Kemenangan ketujuh Piastri dalam 13 perlumbaan musim ini melonjakkan kelebihannya kepada 34 mata. Manakala Verstappen mewarisi tempat kedua dan pelumba baharu Perancis, Isack Hadjar, 20 tahun, mencipta kejutan dengan podium sulung sepanjang kariernya.
Leclerc Tersingkir Selepas Bertembung Dengan Antonelli
Charles Leclerc tersingkir daripada Grand Prix Belanda selepas terlibat dalam insiden pelanggaran dengan pendatang baharu Mercedes, Kimi Antonelli di selekoh ketiga. Selepas kedua-dua pelumba keluar dari hentian pit secara serentak, Antonelli cuba melakukan aksi memotong di bahagian dalam. Akan tetapi Mercedes yang dipandu Kimi Antonelli menyentuh jentera Ferrari milik Leclerc. Insiden ini menyebabkan kereta itu berpusing lalu menghentam penghadang dan menamatkan perlumbaannya.
Kami menyaksikan Charles Leclerc duduk di lereng Turn Three hampir separuh perlumbaan selepas insiden pertembungannya dengan Mercedes milik Kimi Antonelli. Dalam sesi media, pemandu Ferrari itu sempat berseloroh apabila ditanya mengapa dia dibiarkan begitu lama: “Saya cuma tak dapat tumpangan! Semudah itu,” katanya sambil ketawa.
Rookie Mercedes, Kimi Antonelli, tampil mengulas insiden tersebut: “Saya agak kecewa kerana perlumbaan berjalan dengan lancar, pace kereta pun bagus, dan saya berasa selesa di litar. Sayangnya ia berakhir begini. Untuk kontak itu, memang salah saya. Saya cuba elak, terutama bila nampak dia masuk semula ke depan, tapi ia tidak mencukupi. Saya minta maaf kepada Leclerc dan pasukan Ferrari, dan sekarang kami perlu terus bergerak ke hadapan.”
Artikel Berkaitan:
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SELEBRITI MALAYSIA, KERETA LAGI LAJU DARI GOSIP!
Kereta mewah selebriti Malaysia seperti Lamborghini, Audi & Range Rover jadi simbol status dan gaya hidup glamor mereka.
RICHARD MILLE RM 43-01 FERRARI 2025: JAM TANGAN PALING MEWAH KOLABORASI SUPERCAR & TEKNOLOGI SWISS
RM 43-01 Ferrari bukan sekadar jam tangan mewah, ia direka dengan penuh ketelitian dan dedikasi yang tiada penghujung.
15 SELEBRITI LELAKI PALING BERGAYA DI WIMBLEDON 2023
Game. Set. Match! David Beckham, Orlando Bloom, Tom Hiddleston dan Roger Federer antara selebriti lelaki yang mencuri perhatian dengan gaya off-court klasik penuh gentleman di Wimbledon 2023.
RESPONS CASIO & RENAULT TERHADAP LAGU ‘BALAS DENDAM’ SHAKIRA
Lagu baharu Shakira, Bzrp Music Session #53 trending di media sosial sejak dilancarkan pada Rabu lalu.
GERARD PIQUE BIDAS LIRIK LAGU SHAKIRA, BZRP MUSIC SESSIONS #53
Hampir setahun berpisah, Shakira melancarkan lagu terbaharu sebagai tindakan balas dendam terhadap kecurangan Gerard Pique.
PRESTASI BURUK CRISTIANO RONALDO DIKECAM
Juventus tewas 0-3 di tangan AC Milan dalam perlawanan yang berlangsung pada Ahad lalu.