PRODUKSI BOLLYWOOD ‘REMAKE’ FILEM RAMBO DAN INI RESPON STALLONE
Rambo merupakan filem aksi ikonik yang dilakonkan oleh pelakon lagenda, Sylvester Stallone. Filem yang berdasarkan dari novel penulisan David Morrell itu mengisahkan tentang John Rambo, seorang veteran perang dan askar angkatan khas Amerika Syarikat yang memiliki kemahiran bertempur serta kombat yang mengagumkan. Sehingga kini, empat filem dari siri ini telah ditayangkan, iaitu pada tahun 1982 (First Blood), Rambo: First Blood Part II (1985), Rambo III (1988) and Rambo (2008).
Dan baru-baru ini, sebuah produksi Bollywood mencipta semula (remake) filem ikonik itu yang menampilkan anak kepada pelakon Bollywood, Jackie Shroff iaitu Tiger Shroff sebagai Rambo. Tiger Shroff mula dikenali dalam arena perfileman Bollywood selepas pertama kali tampil dalam filem aksi Heropanti pada tahun 2014, dan seterusnya filem Baaghi pada tahun 2016 yang melayakkannya dirinya untuk tercalon dalam anugerah Filmfare untuk kategori Bintang Baru Lelaki.
Filem aksi yang diarahkan oleh Siddharth Anand, pengarah filem Bang Bang ini mengisahkan tentang Rambo yang merupakan ahli unit rahsia elit dari Angkatan Tentera India yang masih hidup selepas pulang dari sebuah misi yang merbahaya, namun terpaksa berhadapan dengan satu lagi misi apabila dia terpaksa bersembunyi di dalam hutan dan pengunungan Himalaya akibat peperangan yang tercetus.
Menjelaskan kepada The Hollywood Repoter sewaktu pada festival filem Cannes baru-baru, Tiger memberitahu, “Sebagai salah seorang penggemar seni mempertahankan diri dan amat sukakan filem-filem aksi sejak dari kecil lagi, saya amat bersyukur dengan peluang diberikan ini.

(Photo credit: Entertainment Weekly)
Namun apa pula pendapat Slyvester Stallone tentang isu ini? Berdasarkan posting beliau di Instagrammnya baru-baru ini, Slyvester seakan tidak sabar menyaksikan Tiger membawakan watak tersebut dan percaya Tiger akan membawa watak tersebut sehabis baik. Filem ini dijangka akan ditayangkan pada tahun 2018 nanti.
https://www.instagram.com/p/BUWDJgSjbMO/
Oleh Wan Mohd Firdaus, 22 Mei 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
FILEM PATUT TONTON DI PAWAGAM PADA JUN 2025
Filem-filem yang bakal ditayangkan di pawagam pada bulan Jun 2025 semestinya memberi pelbagai emosi yang naik turun buat pencinta filem.
7 FAKTA MENGEJUTKAN TENTANG MISSION: IMPOSSIBLE – THE FINAL RECKONING YANG RAMAI TAK TAHU
Filem Mission Impossible The Final Reckoning sarat aksi ekstrem dan rahsia. Ini fakta tersembunyi yang mungkin anda terlepas pandang.
DHAN ILLIANI, GADIS BERSENI PENUH UNIK
Nama Dhan Illiani menjadi satu nama yang cukup dikenali dalam kalangan anak seni. Topik unik di dalam karya-karyanya menarik perhatian ramai.
5 PAMERAN SENI SEKITAR LEMBAH KLANG BULAN APRIL INI, KAKI SENI WAJIB PERGI!
Terokai pameran seni terbaik April ini di Lembah Klang! Galeri menarik dan seni meluas menanti pencinta seni dari semua lapisan masyarakat.
5 PELAKON MESTI KENALI DALAM FILEM BLOOD BROTHERS
Kebangkitan luar biasa filem tempatan apabila Blood Brothers: Bara Naga muncul sebagai karya epik yang mencetuskan sensasi.
5 SEBAB MENGAPA FILEM MINECRAFT BERJAYA BESAR
Ada sesuatu yang menarik tentang filem Minecraft apabila memberikan petanda bahawa ia mampu hit box office yang mengejutkan.