“RASA & TAKDIR” MUNCUL LAGU NO.1 DI CARTA MUZIK
“Rasa & Takdir” bukan sekadar single baharu, tetapi fenomena muzik tempatan. Sejurus dilancarkan, lagu duet ini terus melonjak ke No.1 di iTunes Malaysia dan menjadi kemasukan baharu paling banyak distrim di Spotify.
“Rasa & Takdir” ungguli carta No 1 di Itunes Malaysia
Dua nama besar dalam industri muzik tanah air, Amira Othman dan Irfan Haris, sekali lagi membuktikan kekuatan mereka sebagai artis serba boleh menerusi duet terbaharu berjudul “Rasa & Takdir”. Sejurus dilancarkan, lagu ini mencuri perhatian ramai apabila melonjak ke tangga teratas iTunes Malaysia. Pencapaian ini bukan sahaja mencerminkan sokongan peminat yang luar biasa, malah menandakan penerimaan positif terhadap gandingan dua suara.

‘Most- Streaming’ di Spotify
Tidak terhenti di situ, “Rasa & Takdir” turut mencatat kejayaan di platform penstriman apabila muncul sebagai lagu kemasukan baharu paling banyak distrim di Spotify Malaysia. Pencapaian ini meletakkan lagu tersebut sebagai salah satu debut paling kukuh sepanjang tahun 2025. Membuktikan bahawa formula lagu balada penuh emosi masih mempunyai tempat istimewa di hati pendengar tempatan.

“Rasa & Takdir”
Kekuatan “Rasa & Takdir” terletak pada keaslian vokal Amira yang matang dan penuh penghayatan. Digandingkan dengan suara segar Irfan yang memberi keseimbangan moden. Tidak hairanlah lagu ini dengan cepat menjadi pilihan di platform digital, malah dijangka terus mendominasi carta dalam minggu-minggu mendatang.
Lebih daripada sekadar lagu cinta, “Rasa & Takdir” adalah refleksi keindahan muzik Malaysia yang merentasi usia dan genre. Kolaborasi Amira Othman dan Irfan Haris ini berpotensi menjadi salah satu karya ikonik yang akan terus diingati oleh peminat muzik tempatan dalam tahun-tahun mendatang.
Artikel Berkaitan: FATTAH AMIN & AMIRA OTHMAN: PESONA BUSANA “SETULUS TAKDIR”
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ANUGERAH GRAMMY 2026: MALAM MENGIKTIRAF MUZIK DUNIA
Anugerah Grammy 2026 sekali lagi membuktikan status mereka sebagai pentas paling berprestij dalam industri muzik global di acara mereka.
SELEBRITI MALAYSIA YANG MENYERTAI HYROX OSAKA 2026
HYROX Osaka 2026 menampilkan selebriti Malaysia yang uji stamina & mental, termasuk debut Shahizan Ismail dan Ahmad Ezrinloy.
SHINEE MINHO SERTAI HYROX OSAKA 2026 SEBELUM KONSERT SMTOWN FUKUOKA
Di sebalik jadual padat SHINee, Minho sempat menyertai HYROX Osaka 2026 sebelum tampil di pentas SMTOWN LIVE Fukuoka.
TEMU BUAL BERSAMA ANDREW PUTRA, PEMILIK GIMME, UNISEX LIFESTYLE BRAND DARI JAKARTA
GLAM Lelaki menemu bual pengasas GIMME iaitu Andrew Putra. Bertanya tentang visi dan latar belakang Andrew sendiri.
JOONG ARCHEN IN KUALA LUMPUR: PELANCARAN CONCEPT STORE BONIA
BONIA Pavilion Kuala Lumpur raikan kehadiran duta jenama, Joong Archen dalam pelancaran concept store penuh gaya dan seni pertukangan.
GRAMMYS 2026, FESYEN LELAKI JADI TUMPUAN
GLAM Lelaki menobatkan lapan lelaki paling bergaya di Grammys 2026. Mereka menetapkan standard baru untuk ekspresi sartorial karpet merah.











