RASAI KEAJAIBAN A.I TEKNOLOGI DI RE x SAMSUNG EXPERIENTIAL NETWORKING
Bertempat di Glasshouse Seputeh, acara RE x Samsung Experiential Networking telah mengubah ruang ini menjadi pusat kreativiti dan inovasi, memadukan seni dengan kecanggihan teknologi dalam suasana yang memukau.
Acara ini dihadiri oleh barisan personaliti ternama, termasuk pempengaruh terkenal seperti Adib Aidil, Aizat Saha dan ramai lagi bersama-sama usahawan dan pemimpin industri yang hadir untuk menyaksikan bagaimana teknologi memperkasa kreativiti dalam kehidupan haria.
Seawal jam empat petang, Keanu Azman, pengacara terkenal, membuka majlis dengan penuh semangat, memperkenalkan pelbagai aktivasi menarik yang disusun khas untuk para tetamu. Acara ini memberi peluang kepada tetamu untuk mencuba sendiri Samsung Galaxy Z Flip6 dan Galaxy Z Fold6, di mana teknologi ini menjadi tunjang pengalaman sepanjang hari.
Antara aktivasi menarik yang mencuri perhatian:
GLAM V.”A.I.”P Wall – Sentuhan peribadi dengan potret tetamu yang ditransformasikan menjadi karya seni digital AI dan dipamerkan pada skrin LED, memberikan elemen futuristik yang mengagumkan.
BAZAAR Expression Lounge – Ruang untuk para tetamu menonjolkan kreativiti dengan menghasilkan rekaan peribadi menggunakan teknologi Samsung, yang kemudian ditukarkan menjadi cenderahati unik seperti poskad. Di activation Bazaar Expression Lounge juga, tetamu dapat mencipta phone charm pilihan masing-masing yang dibawakan oleh Bowerhaus.
GLAM LELAKI #GLWHO? – Aktivasi interaktif di mana tetamu meneroka “watak AI” mereka melalui kuiz personaliti, dan imej AI khas dihasilkan menggunakan Samsung Galaxy Z Fold6.
ICON Social Affair – Ruang santai dengan kopi HWC yang menambah elemen elegan kepada pengalaman tetamu, sambil menggalakkan perbualan bermakna dan peluang networking.
- EH! Beauty Circle: Bekerjasama dengan Handmade Heroes, tetamu menerima sampel produk kecantikan tempatan yang menarik. Mereka juga dijemput untuk menangkap gambar produk yang menarik ini dan menggunakan alatan lakaran digital untuk memperibadikan imej mereka, mencipta pengalaman kecantikan yang menyeronokkan dan bermakna.
Kemuncak acara adalah sesi AI Talk Sessions, di mana pakar seperti Nelissa Hilman, Sid Murshid, Kai Zen Au, dan Dhan Illiani berkongsi pandangan mereka tentang bagaimana AI memperkasa kreativiti dan meningkatkan produktiviti harian. Keanu Azman bertindak sebagai moderator, menjadikan sesi perbincangan ini lebih interaktif dan penuh inspirasi.
Acara ini tidak hanya berakhir dengan networking dan aktivasi interaktif, tetapi turut memberikan kenangan manis kepada tetamu yang membawa pulang hadiah eksklusif daripada Handmade Heroes. Sebuah acara yang bukan sekadar pengalaman, tetapi satu perayaan seni, teknologi, dan kreativiti.
Artikel Berkaitan: SAMSUNG MALAYSIA MENGUMUMKAN PERTANDINGAN “SOLVE FOR TOMORROW”
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GALAXY UNPACKED JULAI 2024: SERTAI KUNCI GANJARAN LUAR BIASA & KEJUTAN HARIAN
Debaran menanti menghampiri dua minggu terakhir sebelum acara Galaxy Unpacked, bersedia untuk memasuki dunia yang penuh dengan kemungkinan tanpa had dengan inovasi Galaxy terkini.
PENGGABUNGAN SENI, BUDAYA & TEKNOLOGI: PEMBAHARUAN SAMSUNG TERHADAP SEMUA HOUSE YANG IKONIK
Samsung Malaysia mentransformasikan Semua House menggunakan teknologi, menawarkan pengalaman seni dan budaya inovatif yang dikuasakan oleh Galaxy AI.
HOUSE OF DISCOVERE, MALAM EKSKLUSIF PENUH GAYA
Biz of RE sekali lagi menganjurkan parti ‘House of DiscoveRE’ meraikan SAMSUNG Galaxy S24 sebagai telefon dan kamera rasmi yang dirakam secara langsung. Acara ini meraikan gaya selebriti dan pempengaruh dengan suasana meriah yang disokong bersama HWC dan NARS.
TEROKAI ERA BARU AI MUDAH ALIH BERSAMA SIRI SAMSUNG GALAXY S24
Samsung Electronics Co., Ltd. kini melancarkan Galaxy S24 Ultra, Galaxy S24+, Galaxy S24 dan secara langsung memperkenalkan pengalaman mudah alih baharu dengan Galaxy AI.
Protected: “SAMSUNG GALAXY Z FOLD6 PINTU GERBANG KREATIVITI DAN INOVASI,” SID MURSHID
There is no excerpt because this is a protected post.
‘PARTY OF THE YEAR’ BIZ OF RE MERAIKAN ULANG TAHUN KE-3
Biz of RE menganjurkan parti 'House of Re' meraikan ulang tahun ketiga kreativiti dan penceritaan melalui perjalanan penemuan yang menarik pelbagai pengalaman.