Skip to content

RASAI PENGALAMAN KEMBARA MESRA MUSLIM DI WESTERN AUSTRALIA

Kongsikan artikel ini
4 of 5

Kembara Jalanan Percutian Mesra Muslim

Western Australia

Bunga-bunga liar di Coalseam Conservation Park (Kredit foto: Tourism Western Australia)

Salah satu kelebihan pengembaraan jalanan di Western Australia yang mesra Muslim merupakan elemen spontan dan fleksibel yang ditawar. Dengan keupayaan untuk menerokai negeri tersebut mengikut jadual anda dan akses ke kemudahan mesra Muslim. Anda boleh menjelajahi tempat-tempat tersembunyi dan mengagumi keindahan alam sekitar sambil berseronok sepanjang perjalanan ke destinasi pilihan anda.

Destinasi-destinasi di Western Australia boleh dijelajahi dengan kereta dalam tempoh beberapa hari, minggu atau lebih. Ia bergantung kepada jadual anda. Salah satu laluan pengembaraan jalanan yang popular ialah Coral Coast yang merentasi Exmouth dari Perth. Di sepanjang jalan, anda dapat menyaksi pelbagai tarikan dan pengalaman seperti gaung, pantai berpasir putih, dan beting pasir. Serta pelbagai hidupan laut unik seperti penyu, dugong, ikan lumba-lumba liar dan kemungkinan ikan paus bungkuk.

 

4 of 5