Skip to content

RASAI PENGALAMAN KEMBARA MESRA MUSLIM DI WESTERN AUSTRALIA

Kongsikan artikel ini
5 of 5

Sekiranya anda inginkan kombinasi antara pengembaraan urban dan alam sekitar yang tidak dapat dilupakan. Terokalah jalan dengan pemandangan indah ke barat daya Perth. Di sini, anda akan disapa dengan hutan-hutan menjulang tinggi dan puncak gunung yang bergabung dengan lautan indah. Sambil meneroka daerah tersebut, anda turut dapat merasa hasil-hasil segar seperti makanan laut segar dan buah-buahan tempatan di ladang anggur, ladang pertanian dan pasar tani. Seperti di Olio Bello dan Bunbury Farmers Market.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bunbury Farmers Market (@bunbury_farmers_market)

Walaupun terdapat banyak laluan kereta untuk dipilih dan tarikan untuk diterokai, panduan kembara jalanan Western Australia adalah sebuah sumber bernilai untuk pengembara. Ia menampilkan peta yang dipenuhi destinasi-destinasi ikonik untuk diterokai, pilihan perjalanan pendek dan panjang, laluan bunga-bunga liar dan kalendar alam sekitar untuk membantu dalam perancangan anda.

Jadi, apa lagi yang anda nantikan? Mulakan pengembaraan anda ke Western Australia dan terokai kesemua keajaiban sepanjang perjalanan nanti. Untuk maklumat lanjut mengenai Western Australia, layari www.westernaustralia.com.

 

Foto: Tourism Western Australia

Baca lebih lanjut: 10 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG JULAI 2023

5 of 5