Skip to content

SEGALANYA ANDA PERLU TAHU TENTANG ABPBH 36

SEGALANYA ANDA PERLU TAHU TENTANG ABPBH 36

Kongsikan artikel ini

Malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-36 atau ABPBH 36 kembali menghangatkan industri hiburan tanah air.

Acara yang ditunggu-tunggu ini bakal menyaksikan barisan selebriti dan personaliti hebat bersaing dalam 16 kategori utama. Sekali gus membawa pulang trofi kemenangan dan hadiah menarik daripada penaja utama, Conboo.

Mengangkat tema Teguh, ABPBH 36 akan disiarkan secara langsung di TV3 dan strim melalui Tonton dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Wisma MBSA Shah Alam pada 11 Oktober bermula jam 9 malam.

Berikut maklumat penting mengenai ABPBH 36

 

Pengacara & Persembahan Artis

ABPBH 36 tahun ini bakal menyajikan kemeriahan dengan barisan pengacara dari tiga generasi – Didie Alias, Haniff Hamzah dan Riena Diana. Gabungan padu trio ini dijangka mencetus dinamik sekali gus menghiburkan penonton dengan tenaga luar biasa.

Hadirin juga akan disajikan dengan persembahan memukau daripada bintang terkenal tanah air termasuk Zamani, Ernie Zakri, Marsha Milan, Hazama, Haqiem Rusli, Shiha Zikir dan Usop. Tidak ketinggalan kumpulan popular seperti Spider, Ghidd, Tuju, Meerfly, Benzooloo dan tentunya De Fam.

ABPBH 36

Foto: BH Online

 

Penyampai Trofi & Hadiah Menarik

Antara selebriti yang akan menaiki pentas untuk menyerahkan trofi kepada barisan pemenang termasuk Datuk Seri Eizlan Yusof, Datuk Adi Putra, Azhar Sulaiman, Raja Azura, Rita Rudaini, Puteri Sarah Liyana, Anna Jobling dan Bella Astillah. Tidak lupa juga Muaz Zabir, Aniq Durar dan Fitri Farouk.

Pemenang akan membawa pulang ganjaran mewah yang ditaja sepenuhnya oleh Conboo. Selain trofi kemenangan, artis yang dinobat sebagai Bintang Paling Popular (BPP) akan menerima sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah. Dua pemenang bagi kategori Penyanyi Lelaki Popular dan Penyanyi Wanita Popular juga akan menerima hadiah berupa kepingan emas seberat 50 gram setiap seorang.

 

Kategori & Senarai Pencalonan

1. Artis Baharu Lelaki Popular

Danial Kifli

Hasif Upin

Izuan Razali

Putera Muhammad

Shah Radhy

 

2. Artis Baharu Wanita Popular

Erysha Emyra

Ezzanie Jasny

Raden Zaharatul

Trisha Ooi

Tracie Sinidol

ABPBH 36

 

3. Penyanyi Lelaki Popular

Amir Masdi

Aliff Aziz

Haqiem Rusli

Hael Husaini

Khai Bahar

 

4. Penyanyi Wanita Popular

Adira Suhaimi

Aina Abdul

Ernie Zakri

Siti Nordiana

Stacy

 

5. Aktor Filem Popular

Aedy Ashraf

Bell Ngasri

Pekin Ibrahim

Kamal Adli

Syafiq Kyle

 

6. Aktres Filem Popular

Amelia Henderson

Fasha Sandha

Isyariana

Janna Nick

Uqasha Senrose

 

7. Aktor Pembantu Filem Popular

Alif Hadi

Eman Manan

Hafiz Nafiah

Hisyam Hamid

Ropie

 

8. Aktres Pembantu Filem Popular

Daiyan Trisha

Harissa Adlynn

Nadia Brian

Raja Ema

Wanna Ali

 

9. Aktor TV Popular

Aedy Ashraf

Amir Ahnaf

Hun Haqeem

Meerqeen

Redza Rosli

 

10. Aktres TV Popular

Anna Jobling

Bella Astilah

Hannah Delisha

Siti Saleha

Sophia Albarakbah

 

11. Aktor Pembantu TV Popular

Azhan Rani

Mierul Aiman

Nadhir Nasar

Shah Iskandar

Wanns Ahmad

 

12. Aktres Pembantu TV Popular

Alya Iman

Amyza Aznan

Bella Hanna

Rita Rudaini

Puteri Sarah Liyana

 

13. Penyampai Radio Popular

DJ Sonic

Haiza

KJ

Sharifah Shahirah

Tyzo

 

14. Pengacara TV Popular

Anim Ezzati

Elly Mazlein

Izzue Islam

Raja Azura

Uyaina Arshad

 

15. Artis Komedi Popular

Bell Ngasri

Jep Sepahtu

Joey Daud

Sabri Y unus

Senario

 

16. Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular

Dolla

Khai Bahar & Nabila Razali

Khai Bahar & Adira

Siti Nordiana & Saujana

Ziana Zain & Hasif Upin

 

Pautan berkaitan: 15 SEGAK & ANGGUN DI KARPET MERAH ABPBH 35